Dia memandang mangsa dihadapannya dengan penuh selera. Dia sudah berhari-hari kelaparan dan tak makan. Dia lapar. Sangat lapar. Melihat mangsanya kali ini dengan mudah masuk ke dalam perangkap, dia semakin teruja. Perasaan yang melonjak naik tidak dapat dibendung.
Dia menerkam ke arah mangsanya dengan dengan rakus dia menyiat kulit mangsa. Mangsanya menjerit, meraung kesakitan. Tapi apa dia peduli? Dia cuma tahu, perutnya lapar. Kukunya yang panjang dan tajam merobek keluar isi daging dari dalam perut si mangsa. Terkeluar semua tali perut dan segala macam benda.
Terburai. Dia masih lagi tidak puas. Dia mencakar dan mencarik setiap isi sebelum dimasukkan ke dalam mulut dan makan dengan lajunya. Comot atau tidak, dia tidak peduli. Asal perutnya dapat diisi. Dia mahu berasa kenyang. Namun sedang dia sedap menjamu selera, kepalanya dipancung dari belakang. Tanpa dia sedar, dia telah mati begitu sahaja.
Shen Mei mengelap pedang yang dia gunakan dengan sapu tangan sebelum sapu tangan tadi dia campak ke arah Dajin. Kotor.
"Tuan.." kening Dajin bertaut. Sapu tangan tadi dia sambut dengan dua jari sebelum mencampakkan ke arah tong sampah tidak jauh dari situ. Sejak bersama dengan Shen Mei, dia pun kini dan berjangkit perangai pembersih Shen Mei tu.
"Makin banyak Yao dan Mo yang makin hilang kawalan. Pelik. Selalunya mereka tak akan menyerang orang lain." Shen Mei mula berfikir.
Perang di Timur Kayangan telah bermula. Malahan, perang di barisan hadapan juga semakin rancak. Semakin lama, semakin banyak huru hara yang berlaku. Semuanya tak diduga. Macam apa yang berlaku sekarang. Yao dan Mo menyerang antara satu sama lain dan makan di kalangan mereka sendiri. Ada juga yang menyerang manusia.
Makin teruk jadinya. Shen Mei terpaksa berlari ke hulu dan ke hilir bagi menghapuskan mahkluk tersebut. Tak cukup tangan dibuatnya.
"Tuan fikir, mungkin ni ada kena mengena dengan Lan Qiandan yang Pendeta Kayangan tu beritahu?" soal Dajin.
"Hm. Mungkin." Shen Mei mengangguk sambil mengusap dagunya. Tapi dia masih berasa sesuatu yang pelik.
Kenapa Lan Qiandan nak hancurkan Kayangan? Kenapa dia nak musnahkan Dunia Manusia? Tapi Dunia Kegelapan masih berkembang. Apa yang cuba Lan Qiandan mahu lakukan? Adakah sama macam yang A-Uin beritahu, dia mahu menelan dunia ke dalam Dunia Kegelapan?
Tak. Shen Mei tak rasa begitu. Ini kerana apa yang berlaku sekarang tak sama dengan apa yang A-Uin fikir. Kalau dia tak mahu hancurkan Dunia Kegelapan, mengapa Yao dan Mo kini hilang kawalan dan berbunuhan antara satu sama lain?
Shen Mei tak faham apa yang Lan Qiandan fikirkan. Dia tak tahu apa yang Lan Qiandan tak puas hati sangat. Kalau sebelum ini dia mahu menghancurkan dunia, Lan Zhong Yi, Demon Lord itu telah lakukannya. Dunia dihancurkan dan dimulakan semula.
Tapi Demon Lord itu masih belum berjaya hapuskan Lan Qiandan. Dia masih wujud dan kini cuba menghancurkan dunia sekali lagi. Apa yang Lan Qiandan mahukan? Apa motif sebenarnya? Shen Mei berfikir dan berfikir hingga dia tidak sedar yang satu kakinya telah termasuk ke dalam perangkap.
"Tuan Shen!!!!" jeritan Dajin buat Shen Mei menoleh namun terlambat.
Bila dia sedar, Shen Mei sudah pun ditelan dengan satu kabus hitam yang muncul dari bawah tapak kakinya. Dia ditarik masuk dan jatuh ke dalam lubang kabus hitam tersebut dan kemudian lesap begitu sahaja. Dajin panik.
.
.
."Kenapa kau nak hancurkan Kayangan?" soalan yang pernah ditanya seseorang sebelum ini.
"Sebab Kayangan tempat asal Dewa Kehidupan yang dah bunuh orang yang aku cinta." jawapannya mudah.
"Kenapa kau nak hancurkan Dunia Manusia?" sekali lagi orang yang sama menyoal.
"Sebab manusia tak berikan apa-apa faedah selain dari kerosakan." sekali lagi dia jawab dengan mudah.
"Tapi Dunia Kegelapan juga berikan kerosakan?" soal orang yang sama itu lagi, tidak berpuas hati dengan jawapan Lan Qiandan.
"Manusia yang berbuat terlalu banyak kerosakan akan jatuh ke Dunia Kegelapan. Kalau tak ada manusia, Tak akan ada mahkluk perosak di Dunia Kegelapan." seperti tadi, dia masih mampu menjawab setiap soalan dengan tenang.
"Jadi, kenapa tak hancurkan saja semua dunia ni?" soalan cepumas.
"Sebab aku tak mampu hapuskan Dunia Kegelapan di mana Xinling pernah hidup satu masa dahulu."
"Kalau kau tak mampu, biar aku yang lakukannya."
.
.
.Lan Zhong Yi membuka matanya perlahan-lahan. Tak sangka dia akan tertidur. Malah, mimpi yang dia alami juga sangat pelik. Dia bermimpi saat dia pertama kali bertemu Lan Qiandan, Dewa Maut yang gila itu. Dia hapuskan dunia dengan harapan dia mampu membunuh Lan Qiandan namun membunuh dewa atau dewi bukanlah perkara mudah.
Asalnya dia berlawan dengan Lan Qiandan, namun dia tewas. Tubuhnya dibasahi darah dan penuh dengan luka. Pedangnya dirampas oleh Lan Qiandan dan dia hanya mampu melutut disitu dengan kedua tangannya yang hancur. Lan Zhong Yi tidak ada pilihan lain selain mencuri sedikit waktu. Disebabkan itu, dia bertanya soalan tersebut bagi melengahkan masa. Lan Qiandan tak perasan, Lan Zhong Yi mengumpul segala kuasanya ketika itu untuk menghancurkan segalanya.
Dia berharap, dengan hancurnya dunia, hancur sekali Dewa Maut gila itu. Tapi siapa sangka dia akan selamat?
Selepas lama masa berlalu, dia masih lagi menjadi penyebab kacau bilau di Tiga Dunia. Zhong Yi mengurut dahinya. Walaupun kini dia dapat tahu di mana Dewa yang gila itu menyembunyikan dirinya dari DiHou YiFan, dia sudah tidak mampu berlawan.
Dia bukanlah seperti dirinya yang dahulu. Sejujurnya, Lan Zhong Yi yang sekarang sangat lemah berbanding dirinya yang dulu. Kalau dulu dia tewas berlawan dengan Lan Qiandan, tak mungkin sekarang dia akan menang?
"Shen Mei.. aku harap kali ni kau akan dapat lakukan apa yang aku gagal satu masa dahulu." bisik Zhong Yi. Dia juga masih ingat saat tubuhnya menggigil ketika berhadapan dengan Lan Qiandan. Satu sensasi yang menggerunkan. Dia hanya mampu melihat maut.
"Demon Lord!!!!" ketika dia sedang mengimbau masa lampau, suara Dajin yang menyergah itu buat Zhong Yi rasa sakit hati.
Matanya mencerlung ke arah Dajin, pandangan membunuh. Dajin meneguk liur. Dia tahu dia bukanlah rapat mana dengan Demon Lord itu. Namun tak ada cara lain selain melaporkan kepada Demon Lord itu. Dia menggigil ketakutan, tapi masih berdiri tegak di hadapan Zhong Yi.
"De.. Demon Lord.." panggil Dajin.
"Cakap." Zhong Yi memberikan arahan.
"Tuan.. Tuan Shen, hilang. Dia ditelan kabus hitam dan... lesap." ujar Dajin sambil menundukkan wajahnya. Tubuhnya menggeletar. Peluh dingin mengalir di dahi. Ketika itu juga, sesuatu melepasi kepalanya. Sipi. Rambutnya terpotong sedikit. Mata Dajin mencuri pandang ke sisi.
Demon Lord itu mencampakkan serpihan pasu ke arahnya. Dajin sendiri tak sedar, bila Zhong Yi pecahkan pasu di atas meja di tepi tempat duduknya. Perkara tersebut berlaku dengan sangat pantas. Aura kegelapan menyelubungi seluruh istana dan seluruh hidupan di dalam bangunan tersebut mati begitu sahaja kecuali beberapa individu.
Zhong Yi tak adalah baik mana. Lebih kepada dia jadi Demon Lord disebabkan dia yang tak ada belas kasihan. Peduli apa dia kalau mereka semua mati? Kalau mereka mati itu semua salah mereka kerana terlalu lemah.
"Kau, bukankah kau patut lindungi Shen Mei?" soal Zhong Yi yang mana kini telahpun berdiri di hadapan Dajin.
Dia bergerak dengan pantas. Macam halilintar. Dajin meneguk liur. Apa patut dia jawab? Dia dengan jelas gagal menjalankan tugasnya. Tak ada sebarang alasan.
YOU ARE READING
The Demon Hunter (Completed)
Historical Fiction#BOOK 3 (DUNIA KEGELAPAN) siri tiga alam dunia.. Aku penat. Kau tenat. Kita sama-sama rehat. Kau bising. Aku pusing. Kita sama-sama pening. ********* "Xiao Huo.. Xiao Huo.." ---- Hei Long. "Berhenti panggil Kita macam tu!" ---- A-Uin. "Ah Yin! Pakai...