"Gwarghh!! Hii!!"
Jeritan Mo yang dikejar Shen Mei membingitkan telinga.
Splat!
Shen Mei memijak ekor Mo tersebut yang mana kemudiannya hancur menjadi lendir hitam.
"Hii!! Gwarghh!!" Mo tadi berpusing dan menyerang Shen Mei.
Pisau belati dari dalam lengan bajunya dicapai sepantas kilat dan memotong kepala Mo itu. Lendir hitam macam jeli terpisah dua. A-Uin cepat-cepat menggunakan magik untuk penyucian. Cahaya putih kebiruan membasahi kawasan tersebut dan segala macam lendir hitam mula tersejat dalam cahaya yang menyinari.
Wajah Shen Mei berkerut kerut. Dia mengelap tapak kasutnya pada dinding. Geli. Tangannya rasa melekit. Entah berapa banyak Mo yang perlu dia hapuskan pun dia tak pasti.
"Perkara ni dah menjadi di luar kawalan!" Shen Mei menyuarakan rasa hati.
Ya, semuanya berada di luar kawalan. Dunia Manusia kini seolah-olah menjadi Dunia Kegelapan. Yao dan Mo bermaharajalela.
A-Uin memandang langit biru. Itu adalah dari sudut pandangan mata manusia biasa. Tapi langit yang sebenar adalah mendung dan semakin dilitupi miasma hitam. Hati A-Uin semakin tak keruan. Lan Qiandan mahu menelan Dunia Manusia ke dalam Dunia Kegelapan?!
"Urgh.." Shen Mei masih mengelap tangannya.
A-Uin menoleh ke arah lelaki yang terlalu pembersih. Dia kemudian mengeluarkan air menggunakan magi dan disua ke arah Shen Mei. Muka lelaki itu menunjukkan riak teruja. Dia menghulurkan tangannya untuk dibasuh namun A-Uin hanya tersenyum sinis. Shen Mei tak sedap hati. Belum sempat dia berbuat apa-apa, A-Uin terlebih dahulu berundur dan macam hujan lebat, sesaat kemudian Shen Mei basah kuyup.
"Dah bersihkan?" perli A-Uin sambil berpaling dan berjalan pergi.
Wajah Shen Mei berubah masam. Keruh dan pahit. Giginya diketap sambil matanya mengecil memandang perempuan itu. Anak matanya menjadi garis lurus. Mata si naga itu tidak lepas dari merenung A-Uin. Sedar yang dirinya diperhatikan, bulu roma A-Uin meremang. Dia menoleh ke belakang semula.
Shen Mei mencebik sambil melarikan pandangan mata. Dia berjalan ke arah A-Uin. Basah pun basah la. Dia bersin. Akhirnya A-Uin tak sampai hati.
"Pfftt~" pendeta kecil itu ketawa. Dia kemudian membersihkan semula Shen Mei serta mengeringkan pakaian si lelaki.
"Suka?" soal Shen Mei dengan nada sinis.
"Ahaha!" A-Uin ketawa lagi.
Shen Mei menjulingkan anak mata ke atas. Malas mahu melayan A-Uin. Dia lantas melompat ke salah sebuah bangunan yang agak tinggi bagi melihat sekeliling. A-Uin ditinggalkan.
"Hei!" panggil A-Uin.
Shen Mei hiraukan dia.
"Hei! Hei!" sekali lagi A-Uin panggil.
Sekali lagi dia dihiraukan.
"Hei! Hei! Hei!" A-Uin menghentak tongkatnya.
Shen Mei menyembunyikan senyuman. Dia kembali melompat ke bawah sepantas kilat dan sesaat kemudian, dia memeluk A-Uin ke dalam pelukannya sebelum kembali ke atas bangunan. A-Uin terkedu. Dia dilepaskan dan Shen Mei berpura-pura macam tak ada apa berlaku. Pendeta yang masih belum dapat tangkap apa yang berlaku itu kini berada di atas bangunan tinggi.
Angin yang bertiup sedikit pun tak menyamankan. Udara itu penuh dengan miasma. Membuatkan seseorang sesak nafas jika berlama-lama menghidu udara tersebut. Tapi A-Uin dan Shen Mei tak apa-apa. Ini kerana Shen Mei sendiri adalah mahkluk suci yang mana mampu mensucikan semula miasma ke mana saja dia pergi. A-Uin pula kerana dia mampu menggunakan magik penyucian.
YOU ARE READING
The Demon Hunter (Completed)
Historical Fiction#BOOK 3 (DUNIA KEGELAPAN) siri tiga alam dunia.. Aku penat. Kau tenat. Kita sama-sama rehat. Kau bising. Aku pusing. Kita sama-sama pening. ********* "Xiao Huo.. Xiao Huo.." ---- Hei Long. "Berhenti panggil Kita macam tu!" ---- A-Uin. "Ah Yin! Pakai...