Shen An Luan

1K 77 20
                                    

Shen Mei

Heilong atau Hei Long. Walaupun kedengaran sama tetapi ada beza. Heilong bermaksud naga hitam dan ianya adalah panggilan dan Hei Long pula adalah nama walaupun maksud yang sama.

"Heilong, mari ke sini." panggil general Bing Huan sambil membetulkan letak cermin matanya. Tiga tanduk di kepalanya direnung oleh Heilong.

"Tch! Tuanku, kenapa Tuanku bawa budak ni ke sini?!" saat itu suara tidak puas hati milik Xin Ai jelas kedengaran.

Tap! Tap! Tap!

Bunyi tumit kasutnya kedengaran saat dia berjalan ke arah Zhong Yi. Dia merenung Zhong Yi dengan tajam saat dia berdiri betul-betul dihadapan pemerintah tersebut. Wajah Zhong Yi yang sama tidak ada sebarang reaksi itu benar-benar kelihatan seperti patung. Bing Huang lantas menarik Xin Ai ketepi.

"Arahan Tuanku, kau nak tolak?!" tegur Bing Huang.

"Huh!" Xin Ai masih tidak berpuas hati. Tongkatnya dihentak ke atas lantai. Matanya merenung pula ke arah anak naga hitam itu. Mahkluk yang boleh membunuh mereka semua dalam sekelip mata.

"Anakku, mari." panggil Zhong Yi apabila panggilan Bing Huang tadi tidak dipatuhi oleh Heilong.

Akhirnya Heilong berjalan ke arah Zhong Yi. Walaupun Zhong Yi tidak punya sebarang perasaan, tetapi tangan lelaki itu sangat hangat dan selesa. Saat dia dipeluk oleh lelaki itu, Heilong rasa selamat.

Xin Ai yang mendengar Zhong Yi memanggil naga itu sebagai anak semakin bertambah urat yang timbul di wajah. Bing Huang mengusap belakang sahabatnya. "Xin Ai.." tegur Bing Huang.

"Grr.." Xin Ai mengetap gigi.

"Mulai hari ini, anak ini akan tinggal disini. Nama dia adalah Shen Mei." ujar Zhong Yi sambil menarik Heilong ke atas riba.

Mungkin dia tidak punya perasaan dan tidak tahu apa yang dirasai oleh anak kecil itu tapi dia pasti dia perlu lindungi nya.

"Baik, Tuanku. Menurut perintah." balas Bing Huang sambil menarik Xin Ai supaya turut sama melutut di atas satu kaki dan satu tangan disilang pada dada.

Heilong atau kini namanya adalah Shen Mei, untuk pertama kali berasa perasaan gembira. Sejak itu, dia terhutang budi pada Zhong Yi yang telah dianggap sebagai ayah angkatnya. Bing Huang pula merupakan guru yang telah mengajarnya berlawan dan Xin Ai adalah orang yang bertanggungjawab mengajar Shen Mei segala ilmu pengetahuan tentang dunia.

Dia dibesarkan dalam keadaan yang agak tegas dan suasana yang keras namun dia bahagia. Ini kerana walaupun dia diajar dengan disiplin, tidak ada seorang pun dari mereka yang mengasari Shen Mei. Bing Huang dan Xin Ai cuma tegas supaya Shen Mei menghormati mereka.

"General Bing Huang, kenapa Tuanku tidak pernah mahu keluar dan lakukan tugas di luar?" suatu hari, soalan yang seringkali bermain di fikiran Shen Mei terkeluar juga.

"Hah? Hmm.." Bing Huang menyilangkan kedua belah tangan di dada. Berfikir.

"Huh, budak lembab! Tu pun tak tahu!" saat itu Xin Ai mencelah.

"Ah, cikgu tahu ke kenapa?" tumpuan Shen Mei kali ini berubah pada Xin Ai. Sebagai pelindung dan orang paling rapat dengan Zhong Yi, Xi Ai pastinya tahu.

"Hah, dasar lembab! Sudah tentu Tuanku sibuk dengan isteri tercinta. Mana ada masa nak layan Dewa Laut Hitam yang memberontak atau Yao dan Mo yang membuat kucar kacir di serata dunia." balas Xin Ai dengan wajah bangga.

Shen Mei terdiam. Bing Huang yang mendengar turut sama berpura-pura seperti tidak pernah dengar apa yang dikatakan oleh Xin Ai. Dia masih berpeluk tubuh sambil memejamkan mata gaya berfikir panjang. Shen Mei menoleh ke arah Bing Huang.

The Demon Hunter (Completed)Where stories live. Discover now