A-Uin masuk ke dalam bilik bacaan Demon Lord setelah dia tiba di kediaman mewah raja Dunia Kegelapan itu lantas mencari kelibat Zhong Yi. Tahu sahaja dia di mana Zhong Yi berada.
Duk!
Meja tempat Zhong Yi menongkat dagu kini diketuk dengan penumbuknya. Rumput hijau yang mana merupakan tumbuhan yang dimahukan oleh Zhong Yi diletakkan ke atas meja.
"Oh, kau jumpa." Zhong Yi bersuara sambil tangannya kini disua untuk mencapai herba itu.
Namun sebelum sempat dia mengambilnya, A-Uin menepis tangan Zhong Yi. Lelaki itu terkebil-kebil memandang A-Uin yang mana kini serupa dengan singa betina menjaga anak.
"Terangkan pada Kita. Jangan buat bodoh." ujar A-Uin.
"Hm?" Zhong Yi menyengetkan kepalanya ke tepi.
"Demon Lord, Lan Zhong Yi.. Mika patut lebih tahu. Apa tujuan asal Mika suruh Kita yang pergi ambil rumput herba ni?!" A-Uin mengetap gigi.
"Oh.." Zhong Yi terdiam beberapa saat sebelum dia menunjukkan reaksi yang agak jarang ditunjukkan olehnya. Senyuman.
A-Uin berkerut. Dalam masa yang sama dia agak terkejut namun ditahan perasaan itu daripada ternampak di wajah. Setahu dia, pemerintah di hadapannya itu tidak punya sebarang perasaan. Namun kini dia tersenyum. Kalau bukan kerana dia seorang pendeta, A-Uin sudah menampar Zhong Yi kerana OOC (out of character).
"Hm. Betul tekaan kau. Memang aku sengaja." balas Zhong Yi.
"Kenapa?" soal A-Uin, masih belum puas hati.
"Sekarang kau tahu, bahawa Dewa Maut masih belum mati." jawabnya selamba.
A-Uin menghela nafas berat. Masih belum faham.
"Baiklah, baiklah." Zhong Yi hampir ketawa namun ditahan kerana jika dia berkelakuan lebih dari itu dia takut dia akan benar-benar ditampar oleh A-Uin yang mula hilang sabar. Dia bangun dari kerusi dan berjalan ke sebuah rak buku tidak jauh dari mejanya.
Dari situ, dia mengeluarkan sebuah buku dari rak dan buku itu diselak muka suratnya. Satu muka surat yang mempunyai gambar bulatan seperti glob kaca menghentikan tangan Zhong Yi dari terus menyelak kertas lusuh itu. Tangannya menyeluk ke dalam kertas dan dia mengeluarkan glob kaca tadi. Muka kertas itu kini kosong. Glob kaca tersebut diberikan kepada A-Uin.
"Glob memori." beritahu Zhong Yi sambil menyimpan semula buku tadi di rak.
"Glob memori? Memori siapa dalam ni?" soal A-Uin sambil membelek glob sebesar penumbuknya itu.
Sudah tentu dia tahu akan glob kaca itu. Walaupun rupanya macam kaca, tapi glob itu sebenarnya diperbuat daripada batu permata khas yang mampu menyerap memori seseorang. Memori itu kemudiannya akan disimpan di dalam batu permata tersebut sehingga diambil oleh orang lain. Ianya digunakan bagi menyimpan pesanan atau mesej namun begitu tak ramai yang guna kerana hanya boleh dilihat sekali sahaja memori tersebut.
Jika Zhong Yi berikan glob itu kepadanya, bermaksud pesan atau memori di dalam itu adalah untuk A-Uin. Siapa saja yang mahu meninggalkan memori mereka kepada A-Uin? Setahu dia, dia tak kenal sesiapa di Dunia Kegelapan. Lagipun dia asal dari Kayangan. Dia datang ke Diyu pun jika ada urusan antara dunia.
"Tengok la." beritahu Zhong Yi, meyakinkan A-Uin untuk melihat ke dalam glob memori tersebut.
A-Uin meletakkan glob tadi dekat dengan dahinya dan satu cahaya biru cair diserap masuk ke dalam mindanya. Memori di dalam glob tersebut mengalir masuk ke dalam fikiran A-Uin dan gambaran seperti wayang bermula. Glob kaca tadi retak dan pecah sebelum menghilang dan A-Uin rebah dengan mata terpejam. Zhong Yi cepat-cepat menahan tubuh A-Uin dari jatuh ke lantai. Pendeta kecil itu didudukkan di atas kerusi.
YOU ARE READING
The Demon Hunter (Completed)
Historical Fiction#BOOK 3 (DUNIA KEGELAPAN) siri tiga alam dunia.. Aku penat. Kau tenat. Kita sama-sama rehat. Kau bising. Aku pusing. Kita sama-sama pening. ********* "Xiao Huo.. Xiao Huo.." ---- Hei Long. "Berhenti panggil Kita macam tu!" ---- A-Uin. "Ah Yin! Pakai...