Xiao Tu mengetap bibirnya. Menangis? Air mata dah kering. Dijual oleh keluarganya sendiri pada keluarga Qing, tidak cukup dengan itu kini dia di hambakan dalam kediaman keluarga itu. Bakal suaminya, Yu Dan pula sedikit pun tidak hiraukannya. Lelaki yang sering digelar anak tak guna itu asyik sibuk buat hal sendiri.
"Anak tak guna, layak berkahwin dengan perempuan tak guna juga." ejekan Mei Li menambah lagi rasa sakit pada hati Xiao Tu.
Tapi apa dia boleh buat? Keluarganya sendiri dah buang dia. Keluarga Wen sudah tamat. Semuanya kerana Mei Li! Xiao Tu nak balas dendam pun tak guna. Dia tak ada sebarang kuasa. Jadi Xiao Tu hanya mampu putus asa. Namun saat dia terdengar perbualan pembantu rumah yang mengatakan Mei Li bakal ditunangkan dengan Guang Yin, Xiao Tu buat pertama kalinya kembali menangis selepas kering air mata.
"Guang Yin..wuu..sob sob.." dia duduk di penjuru bilik dan mengesat air mata yang tiada tanda mahu berhenti.
Yu Dan yang saat itu baru pulang dari bar, berjalan masuk macam orang mabuk. Bau tubuhnya tengik dengan bau minuman keras. Melihat Xiao Tu yang sedang teresak-esak, dia berkerut sambil mendekati tunangnya itu.
"Kau dah kenapa?" soal Yu Dan, tidak berpuas hati.
"Guang Yin.. wuu..sob sob.. Guang Yin.." Xiao Tu tidak perasan akan Yu Dan. Fikirannya penuh dengan Guang Yin.
Mendengar Xiao Tu memanggil nama lelaki lain, buat Yu Dan rasa tercabar. Sejak kecil, semua yang dia dapat adalah bekas abangnya. Kini dia digelar anak tak guna disebabkan adik yang macam sial. Bila dia dah ada tunang, dia fikir perempuan itu akan jadi miliknya seorang dan orang lain tak boleh kacau. Siapa sangka Xiao Tu fikirkan lelaki lain?
Yu Dan yang memang sedang mabuk itu terus menyirap darahnya. Dia menarik tangan Xiao Tu dan mencampakkan gadis itu ke atas katilnya.
"Yu Dan?! Ahh!!" Xiao Tu tersedar dan dia terus menjerit apabila dikasari oleh lelaki itu.
"Siapa Guang Yin, hah?!" marah Yu Dan dan dia menekan kedua belah tangan Xiao Tu di atas katil sambil mengunci setiap pergerakan gadis itu. Badannya menghimpit tubuh Xiao Tu.
"Sakit.. wuu.. sob sob.. Yu Dan.. sakit.." Xiao Tu merayu.
"Aku tanya, siapa Guang Yin?!" soal Yu Dan sekali lagi lalu menampar pipi Xiao Tu.
Bayang hitam yang melekat pada tubuh Yu Dan semakin lama semakin membesar dan dia ketawa gembira.
"Betul, pukul dia lagi. Hukum dia. Dia milik kau. Dia kau punya. Kau boleh buat apa saja yang kau nak dekat dia. Dia tak dibenarkan sebut nama lelaki lain. Dia curang dengan kau. Hukum dia.." hasut suara jahat itu di dalam hati dan minda Yu Dan.
Xiao Tu meronta dan dia menangis. Pergelangan tangannya sakit apabila digenggam dan ditekan oleh Yu Dan.
"Maaf..maaf..maaf.." hanya itu yang mampu Xiao Tu suarakan.
Yu Dan masih belum puas hati. Dia menarik baju yang dipakai oleh Xiao Tu dengan kasar sehingga terkoyak dan kulit putih mulus gadis itu kelihatan.
"Maaf..maaf..maaf.." Xiao Tu menggigil ketakutan. Air mata yang mengalir mengaburi pandangan matanya. Dia rasa dirinya terlalu malang. Sangat malang.
Tubuhnya diraba oleh tangan Yu Dan, di setiap inci dia disentuh dan dicium. Pakaian yang dipakai entah ke mana Yu Dan campakkan. Lelaki itu kini tenggelam dalam nafsu. Dia mabuk. Bau minuman keras yang melekat pada tubuh Yu Dan buat Xiao Tu pening. Saat bibirnya dicium, Xiao Tu dapat rasa minuman keras yang diminum oleh Yu Dan melalui lidah mereka yang bersentuhan.
Xiao Tu meronta, dia melawan, dia menjerit dan menolak Yu Dan tapi apa daya dia? Yu Dan lebih kuat. Lelaki itu tidak beri peluang pada Xiao Tu untuk melarikan diri. Hari ini, saat ini, dia akan pastikan Xiao Tu benar-benar menjadi miliknya. Hanya dia punya seorang.
YOU ARE READING
The Demon Hunter (Completed)
Ficción histórica#BOOK 3 (DUNIA KEGELAPAN) siri tiga alam dunia.. Aku penat. Kau tenat. Kita sama-sama rehat. Kau bising. Aku pusing. Kita sama-sama pening. ********* "Xiao Huo.. Xiao Huo.." ---- Hei Long. "Berhenti panggil Kita macam tu!" ---- A-Uin. "Ah Yin! Pakai...