Anak angin yang bermain sambil berpusing mengelilingi Ah Yin membuatkan si lelaki ketawa kecil. Dia terhibur dengan gelagat anak angin yang seronok mendapat kawan baru. Lagipun, A-Xian dan Yu Yue telah hilang entah ke mana meninggalkan Ah Yin seorang diri. Walaupun dia telah lama mengajar dua orang anak murid itu sehingga hampir menduduki ujian, nampaknya kehadirannya masih tidak diingini.
Puas sudah Ah Yin berfikir cara untuk menarik minat A-Xian dan Yu Yue tapi tak berjaya. Macam mana pun, sedikit sebanyak A-Xian dan Yu Yue mula bercakap dan berbual dengan Ah Yin. Ah Yin cuma perlu bersabar. Musang dua ekor ini tak boleh dipaksa. Biar mereka datang sendiri. Barangkali kerana mereka sering dibuli membuatkan mereka takut dan tak percayakan orang lain. Ah Yin sendiri agak terkejut apabila mendapat tahu akan sebab mereka dibuli.
Macam mana Ah Yin tahu? Jangan pandang rendah pada anak angin yang sangat sukakan gosip. Saat A-Xian dan Yu Yue berbual, anak angin akan sentiasa beritahu Ah Yin isi perbualan tersebut walau di mana sekali pun Ah Yin berada. Dia tak curi dengar. Cuma ini kelebihan dia. Segala macam rahsia dari hujung kayangan ke hujung kayangan yang lain dia tahu. Salahkan Dewa Angin kerana ada kuasa 'CHEAT' macam ni. Hehe..
Tak ada siapa boleh menipu Ah Yin dan Dewa Angin. Tapi walau mereka tahu banyak perkara dan berita sekali pun, sudah menjadi kebiasaan mereka untuk menutup mulut. Selagi sesuatu perkara tak melibatkan bahaya, mereka akan hiraukan berita tersebut. Kaki gosip sejati mungkin akan sebarkan tapi tidak mereka. Penat melayan si kecil dua ekor itu, Ah Yin berbaring di atas katilnya sebelum tertidur. Masa berlalu tanpa dia sedar.
Prang! Klank! Dush!
Ah Yin membuka matanya kerana terkejut lantas melihat sekeliling takut jika rumah kecilnya diceroboh oleh pencuri. Mana tahu, ada yang berani mencuri di rumah anak Dewa Angin dan Dewi Bulan. Pencuri berani mati betul. Perlahan-lahan Ah Yin bangun dari atas katil dan dia berjalan ke arah dapur dimana punca bunyi itu datang.
Tidak jauh darinya, seseorang sedang memakai apron milik Ah Yin dan dia sedang memegang senduk dan periuk. Meja dapur pula kelihatan bersepah dengan bahan masakan dan beberapa pinggan pecah. Lantai dapur pula..
Ah Yin mengeluh sambil menutup mukanya. Dia tak pasti malapetaka apa yang datang di dapurnya tapi apa yang dia pasti adalah dapurnya bakal musnah jika Ah Yin tak hentikan. Mahkluk kecil serba putih itu kelihatan sedang asyik melakukan kerja sehingga tidak sedar akan Ah Yin yang mendekati.
Lapar sangat ke mahkluk ni sampai pecah masuk dapur orang?
"Oi." tegur Ah Yin sepatah sambil menyilangkan tangan di dada.
"Gunyaa??!!" mahkluk kecil itu terkejut apabila ditegur lalu semua peralatan yang dipegangnya dibaling.
Prang! Klank! Dush!
Ah Yin terdiam sesaat. Dia melihat mahkluk putih itu yang mana kini dilitupi dengan bahan masakan yang telah tumpah. Kotor. Ah Yin mengeluh lalu menggunakan kuasanya untuk mengawal angin bagi membersihkan mahkluk tersebut. Semua kotoran dikumpulkan oleh Ah Yin dan dibuang ke dalam tong sampah. Selepas itu dia mengatur semula semua peralatan dapur ke tempat asalnya. Beberapa saat kemudian dapurnya kembali kemas seperti sediakala.
"Jadi? Mika ni siapa?" soal Ah Yin yang mana kemudian melutut di hadapan mahkluk tersebut.
"Guuuu.." mahkluk itu menikus dan mula menyembunyikan wajahnya.
Terkebil-kebil Ah Yin memandang. Dia menghulurkan tangannya dan menarik dagu mahkluk itu supaya mendongak. Ah Yin mahu melihat muka mahkluk yang telah menceroboh rumahnya. Namun selepas dia berbuat demikian, Ah Yin mula menyesal. Air mata yang mengalir dari tubir mata mahkluk itu buat Ah Yin rasa serba salah.
"Guuu...guuu...." mahkluk itu cuba untuk berkomunikasi.
Berkerut dahi Ah Yin. "Maaf. Kita tak faham bahasa Mika."
YOU ARE READING
The Demon Hunter (Completed)
Historische Romane#BOOK 3 (DUNIA KEGELAPAN) siri tiga alam dunia.. Aku penat. Kau tenat. Kita sama-sama rehat. Kau bising. Aku pusing. Kita sama-sama pening. ********* "Xiao Huo.. Xiao Huo.." ---- Hei Long. "Berhenti panggil Kita macam tu!" ---- A-Uin. "Ah Yin! Pakai...