Hann Li mendongak. Kegelapan yang menyelubungi dunia sedikit pun dia tak hiraukan. Dia hanya memerhati Lan Qiandan yang terapung di atas langit yang mana kemudiannya perlahan-lahan turun ke bawah dan berdiri di hadapannya.
"Oh?" Hann Li tersenyum.
"Heilong! Aku tak akan benarkan kau kembalikan semuanya kepada asal!" dia mengetap gigi, suaranya kedengaran seperti tersekat.
"Bukankah lebih baik macam tu? Mika dan Xinling boleh kembali bersama." Hann Li bersuara sambil mengangkat kedua belah bahu gaya macam tak kisah.
"Walaupun keadaan dunia kembali semula kepada asal, mereka yang telah mati tak akan hidup kembali. Cuma peredaran masa yang akan diperbetulkan dan semua orang akan berjalan menuju ke masa depan tanpa konflik." terang Lan Qiandan.
Hann Li mengangguk. "Mn." siapa cakap orang gila tak boleh nak berbual tadi? Siapa? Orang gila ni siap terangkan lagi!
"Jadi Mika masih tak boleh bersama Xinling. Peduli apa?" Hann Li tersengih. Macam dia kisah pula?
"Kau!" Lan Qiandan mula mengeluarkan pedang yang mana muncul dari udara. Dia hanya menghulurkan tangan dan pedang itu menunjukkan dirinya sendiri.
"Oh?" terkebil-kebil mata Hann Li memandang pedang di tangan Lan Qiandan. Pedang milik Lan Zhong Yi yang mana mampu membunuh dewa atau dewi.
Tanpa sebarang kata, Lan Qiandan menghayunkan pedang tersebut ke arah Hann Li. Naga hitam itu hanya mengelak sedikit dan pedang itu hampir saja memotong kepalanya. Hann Li ketawa.
"Hahh~ kenapa semua orang tak boleh berbaik? Kenapa perlu ada konflik? Kenapa perlu ada perang? Kenapa perlu berdendam? Tahu tak dendam ni sesuatu yang tak ada kesudahannya? Dendam hanya akan membawa kepada dendam yang baru. Kalau ada cara lain untuk berdamai kenapa perlu pilih kekasaran?" dia mula membebel kepada Lan Qiandan selepas itu.
Dewa Maut itu mengecilkan sebelah mata. Urat di dahinya timbul. Nampak sangat dia rasa Heilong itu menjengkelkan. Banyak betul mulut dia. Ada saja benda dia nak cakap. Kalau nak berlawan, kenapa tak berlawan saja? Paling menyakitkan hati adalah setiap serangan dari Lan Qiandan itu berjaya dielak oleh Hann Li. Sambil dia mengelak, sambil dia membebel.
Siapa saja yang tak sakit hati? Macam dia tak pernah serius tentang apa yang dia buat.
"Kau!" Lan Qiandan rasa betul-betul marah. Rasa dipermain-mainkan.
"Ppfftt~ Dari tadi kau, kau. Tak ada perkataan lain ke Mika nak cakap? Atau Mika lupa cara nak bercakap lepas berjumpa dengan Kita? Alahai, Kita tahu Kita ni terlalu hebat jadi tak hairanlah kalau Mika rasa kagum sampai lupa cara bercakap." Hann Li meletakkan jarinya ke bibir sambil dia menahan ketawa.
Semakin lama semakin banyak urat di dahi Lan Qiandan yang timbul. Menjengkelkan! Menyampah! Apa perasaan ni? Sakit hati?! Argh! Siapa mahkluk di hadapannya ini? Kenapa annoying terlampau sangat?!!! Setahu dia Heilong adalah naga paling pendiam di antara semua naga lain. Naga yang tak banyak bicaranya. Hanya kelakuan sahaja yang menunjukkan apa yang dia mahu.
Jadi kenapa Heilong dihadapannya itu sangat berbeza dari Heilong yang dia kenal?
Seolah-olah dapat membaca fikiran Lan Qiandan, Hann Li tersenyum sebelum menjawab persoalan tersebut.
"Nama Kita Fu Hann Li."
Berkerut dahi Lan Qiandan.
"Dan Kita, akan tunaikan permintaan Xinling." dia menyambung.
Seketika kemudian, bayang-bayang yang hampir saja tidak kelihatan jika tidak dilihat dengan betul-betul, muncul di hadapan mereka berdua. Bayang tersebut adalah Xinling. Dia tersenyum ke arah Lan Qiandan.
"Xin.. Xinling?!" pedang di tangan Lan Qiandan terlepas. Dia berjalan ke arah Xinling dengan langkah yang tersekat-sekat.
Tangannya dihulur, mahu menyentuh namun tangannya segera menembusi tubuh Xinling. Mata Lan Qiandan membulat, terkejut. Dia memandang Xinling tidak percaya.
"Maafkan Xinling, Tuan Dewa." ujarnya perlahan dan lemah.
"Xin.." Lan Qiandan buat pertama kalinya mengalirkan air mata selepas kematian Xinling. Sejak itu dia tidak lagi menangis namun kini saat dia kembali melihat Xinling di hadapannya, dia yang sepatutnya telah kering air mata itu, menangis lagi.
Tangan yang lembut itu kemudiannya menyeka air mata Lan Qiandan. Rasa udara sejuk di pipinya namun dia tahu, dia tidak dapat menyentuh Xinling. Walaupun dia hanya dapat melihat Xinling buat kali terakhir, dia sudah puas. Bertahun lamanya dia menanti saat itu.
"Shh.. jangan menangis Tuan Dewa. Maafkan Xinling. Tuan Dewa, hentikan semua ni. Kita berdua, masih boleh bersama." ujar Xinling dengan senyuman kecil.
Lan Qiandan jatuh terduduk dan dia menekup wajahnya sendiri. Berapa lama masa berlalu? Sejak bila kali terakhir dia melihat Xinling? Dia tak tahu. Dia dah lupa. Rindu yang dia rasa buat hatinya kini kebal tanpa sebarang perasaan. Namun semuanya musnah selepas dia melihat Xinling.
Dinding yang dia pasang di dalam hatinya runtuh. Dia tidak dapat menahan sebak. Rasa pilu. Kali pertama dia melihat Xinling adalah juga kali terakhir dia dapat melihatnya. Kenapa semuanya terlalu kejam? Kalau begitu, biar dia saja ikut Xinling. Pedang yang mana tadinya terlepas dari tangan, terbang dengan sendirinya ke arah Lan Qiandan.
Zap!
Belakang Lan Qiandan ditikam dengan pedang tersebut hingga menembusi dadanya di hadapan. Dewa Maut itu memuntahkan darah dari mulutnya. Dia yang memang sudah melutut di atas tanah, semakin membongkok dan tertunduk ke bawah. Xinling mengetap bibirnya sebelum memalingkan wajah ke tepi. Sesaat kemudian dia menghilang bersama-sama dengan Dewa Maut itu.
"Tragis." Hann Li bersuara. Dia di tepi hanya melihat 'drama' di depan mata itu. Tak berniat nak masuk campur.
Apa pun, dia berjaya. Kejam? Memang dia kejam. Gunakan Xinling untuk membunuh Lan Qiandan. Impian keduanya untuk bertemu tertunai bukan? Sekurang-kurangnya mereka berdua mati dalam keadaan puas hati. Dia melihat tapak tangannya selepas itu. Bebola kaca yang merupakan glob memori Xinling itu kini tidak lagi bercahaya. Sesaat, glob kaca itu retak dan pecah sebelum menjadi debu.
Hann Li menepuk-nepuk tapak tangannya sebelum dilap dengan sapu tangan yang diambil dari dalam poket. Dia melihat ke arah Lan Qiandan yang mana tubuhnya semakin menghilang. Sampai mati pun dia tak sedar, Xinling yang dia lihat hanyalah sekadar memori.
"Tch!" Hann Li berpaling. Dia yang hati batu itu tidak mahu rasa bersalah.
Dia kemudiannya mendongak ke arah langit sebelum memetik jari.
Dunia yang gelap kembali cerah. Semuanya dalam keadaan berundur. Kehadiran Lan Qiandan seolah-olah tidak pernah berlaku.
Jinlong yang mana berada di dalam Kediaman Pendeta bersama A-Uin tersentak. Dia dapat merasakan tubuhnya berada dalam masa yang diundur. Tubuh A-Uin yang dipegangnya itu mula menghilang begitu juga semua perkara di dalam Kediaman itu.
"Heilong!" Jinlong segera bangun namun dia tidak dapat bergerak. Tubuhnya tidak dapat dikawal.
Semua orang tidak menyedari perubahan yang berlaku. Cuma Jinlong sahaja yang dapat merasainya. Ini kerana dia juga merupakan naga. Naga Emas yang mengawal segala macam ilmu di dalam dunia perpustakaan. Kitabnya mengandungi semua benda yang orang lain terkejar-kejar mahu belajar.
Tapi kini semua itu tak ada guna. Jinlong hanya mampu melihat semua benda di sekeliling hilang satu per satu dan semuanya kembali ke sediakala.
Lenyap.
Jinlong dan Heilong kini berpandangan antara satu sama lain di dalam kegelapan. Kegelapan itu kemudiannya menjadi ruang putih yang sangat luas.
"Pftt~" Hann Li ketawa kecil.
"Hahh.." Jinlong mengeluh. Apa lagi yang dia boleh cakap?
Kosong.
Reset.
Mula.
YOU ARE READING
The Demon Hunter (Completed)
Historical Fiction#BOOK 3 (DUNIA KEGELAPAN) siri tiga alam dunia.. Aku penat. Kau tenat. Kita sama-sama rehat. Kau bising. Aku pusing. Kita sama-sama pening. ********* "Xiao Huo.. Xiao Huo.." ---- Hei Long. "Berhenti panggil Kita macam tu!" ---- A-Uin. "Ah Yin! Pakai...