Zhong Yi memandang lama laporan yang diberikan oleh Bing Huang. Lama dia renung. Tak faham. Lantas kertas laporan itu dicampak ke tepi.
"Ah.. Tuanku?" Bing Huang membetulkan letak cermin matanya. Dia dah buat raja itu marahkah? Kenapa kertas laporan itu dicampak ketepi?
"Bing Huang." Zhong Yi merenung ke arah general itu. Yao bertanduk tiga. Bing Huang merupakan ketua puak demon bertanduk tiga yang agak rendah pangkat mereka namun Bing Huang berjaya buktikan mereka juga mampu berada di atas. Dia kini merupakan General yang berada di sisi Demon Lord.
Yao bertanduk tiga merupakan daripada puak ular. Mereka terkenal dengan kuasa mereka bagi memanipulasi puak Yao dan Mo yang lain supaya bekerja dibawah mereka. Disebabkan itu juga, mereka terkenal sebagai penipu. Oleh itu Yao bertanduk tiga dibenci oleh Yao dan Mo yang lain. Pangkat mereka juga menurun apabila dihancurkan oleh puak ular lain yang telah bekerjasama dengan puak Wagyu, Demon Wolf.
Peluh dingin mengalir di dahi Bing Huang. Apa salahnya? Dia tak tahu. Demon Lord itu marahkah? Dia tak tahu. Lan Xin Ai, cepat selamatkan dia!
"Tuanku!" seperti mendengar panggilan Bing Huang secara telepati, Lan Xin Ai muncul.
"Lan Xin Ai?" perhatian Zhong Yi kini beralih kepada pelindungnya yang setia itu. Terlebih setia, lebih tepat.
"Tuanku, Xin Ai sudah siap susun kesemua buku Tuanku!" lapornya dengan senyuman bangga.
"Hahh.. dua bulan lepas Beta suruh kamu susun buku tu." Zhong Yi mengurut dahi. Wajahnya masih sama, tak ada sebarang reaksi.
"Hm! Betul tu!" Xin Ai mengangguk, masih tersenyum dengan bangga.
Zhong Yi mengecilkan matanya ke arah Xin Ai. Dia tak boleh marah. Dia tak ada sebarang perasaan untuk marah. Dia juga tak boleh gembira kerana dia tak tahu bagaimana. Semua perasaannya sudah hilang. Dia cuma mampu memuji gunakan mulutnya.
"Bagus." ujar Zhong Yi.
Xin Ai yang teruja lantas mengambil tangan Zhong Yi sebelum mencium tangan itu. Dia memegang erat tangan Zhong Yi dengan kedua belah tangannya. "Tuanku.. Apa arahan seterusnya?" soal Xin Ai.
"Ahh.. Buat la apa yang kamu nak. Beta tak peduli." balas Zhong Yi.
Xin Ai mengangguk, masih tersenyum bangga. "Baiklah! Xin Ai akan temankan Tuanku sepanjang malam.." memandangkan Dunia Kegelapan tak ada hari siang, tambahnya dalam fikiran.
"Hehe.." Xin Ai tersengih.
Bing Huang yang seolah-olah telah dilupakan kehadirannya menghela nafas lega. Dia terlepas. Terlepas dari amarah Demon Lord itu walaupun dia tahu Zhong Yi tidak mampu memarahinya. Tapi perasaan takut itu masih wujud dalam diri Bing Huang.
"Bing Huang." saat itu suara Zhong Yi memanggil. Keras terus tubuh Bing Huang. Nampaknya dia masih tidak dilupakan.
"Ya, Tuanku?" soal Bing Huang.
"Beta tak faham. Kalau tikus masuk pun.. Kenapa kena lapor pada Beta? Racun tikus tak ada ke?" soal Zhong Yi sambil menyengetkan sedikit kepalanya. Berlagak comel? Mungkin. Tak ada siapa faham fikiran Zhong Yi.
Duk!
Bing Huang hampir terjatuh namun sempat ditahan dirinya dengan menggunakan tongkat senjatanya yang cepat-cepat dikeluarkan. Nasib baik, kalau tidak buat malu saja dia jatuh dihadapan Demon Lord itu.
"Eh?! Ada tikus?! Mana?!" Xin Ai yang mendengar lantas siap mengeluarkan perangkap tikus yang entah dari mana dia dapat.
Bing Huang membetulkan letak cermin matanya lagi sekali. Jadi, macam mana dia nak terangkan? Paling penting, dari mana dia nak mula? Tikus.. Apa sebenarnya tikus ni?
YOU ARE READING
The Demon Hunter (Completed)
Historical Fiction#BOOK 3 (DUNIA KEGELAPAN) siri tiga alam dunia.. Aku penat. Kau tenat. Kita sama-sama rehat. Kau bising. Aku pusing. Kita sama-sama pening. ********* "Xiao Huo.. Xiao Huo.." ---- Hei Long. "Berhenti panggil Kita macam tu!" ---- A-Uin. "Ah Yin! Pakai...