Arc II - Kayangan 1

713 71 28
                                    

Shen Mei dan Dajin bersama-sama menjejak akan setiap langkah yang mereka berjaya temukan. Dari setiap kesilapan yang dilakukan oleh pihak penceroboh, Shen Mei dan Dajin akhirnya berjaya sampai ke sebuah kampung yang dipercayai tempat penceroboh menyembunyikan diri mereka.

Sedang mereka berdua sibuk untuk menangkap musuh, satu rama-rama berwarna ungu terbang ke arah Shen Mei dan ia berpusing mengelilinginya. Dajin yang telah bersedia dengan pedangnya mahu mencantas rama-rama tersebut sebelum dihalang oleh Shen Mei.

"Ini utusan dari Tuanku." beritahu Shen Mei.

"Oh." Dajin mengangguk. Dia baru tahu perkara tersebut. Jadi Demon Lord menggunakan rama-rama sebagai utusan penghantar mesej?

"Apa yang Tuanku cakap?" tanya Dajin.

"Dewi Bunga sudah sedarkan diri." jawab Shen Mei.

"Dewi Bunga? Ah.. Isteri Demon Lord." Dajin mengiyakan apabila dia teringat gosip lama dahulu yang mengatakan raja mereka telah mengambil Dewi Bunga sebagai isteri.

Namun sesaat kemudian Dajin terkejut. "Eh? Sedarkan diri.. Dari apa?"

Shen Mei memandang ke arah orang kanannya itu. Boleh tahan lembab.

"Hm. Dewi Bunga tak pernah sedarkan diri sejak Tuanku bawa dia pulang. Dewi Bunga sentiasa beradu." cerita Shen Mei. Sejujurnya dia juga tak pernah tahu sehinggalah cikgunya, Lan Xin Ai bercerita. Siapa sangka yang dia ada ibu angkat tapi tak pernah dia tahu kewujudan itu?

"Jadi.. Tuan Shen nak pulang untuk berjumpa dengan ibu Tuan?" soal Dajin seolah-olah tahu akan apa yang Shen Mei fikirkan.

Namun begitu, Shen Mei memilih untuk menggelengkan kepala. "Tidak. Kita masih ada tugas untuk dilakukan." tegas Shen Mei.

Dajin tersengih hambar. "Heh.. Kalau nak balik, cakap."

"Pft. Sudah bermain. Target kita berada di sekitar sini. Dua orang. Tangkap mereka." arah Shen Mei.

Dajin tersenyum. "Hai, haiyo.." dia kemudiannya bergerak dengan laju menyusuri angin dan matanya yang sememangnya tajam seperti helang cepat menangkap akan kelibat asing.

"Tuan Shen, seekor musang dan.. tak pasti." lapor Dajin.

"Hm. Perangkap mereka. Tahan sebelah depan dan aku akan tahan dari belakang. Jangan biarkan mereka terlepas." Shen Mei mula bergerak dari tempatnya.

"Hai, haiyo.." Dajin tersenyum.

Shiehan dan Jiao Wu Ying yang mana ketika itu sudah tidak ada tempat untuk melarikan diri hanya mempu berserah. Langsung tidak sangka yang mereka akan dijumpai dengan begitu cepat. Dia pasti, semuanya disebabkan lelaki berambut biru itu. Tentu dia yang melaporkan tentang mereka berdua. Jika tidak, bagaimana mereka boleh terdedah?

"Fuh!" Jiao Wu Ying yang berada di dalam bentuk musangnya melompat ke arah Dajin dan kukunya yang panjang dikeluarkan. Hampir saja dia mencakar Dajin, Yao itu bertukar menjadi burung helang.

"Kuu??!"

Seekor musang dan seekor burung mula bergelut. Shiehan pula memandang ke arah lelaki bertopeng di hadapannya.

"Menyerah." ujar lelaki itu. Nada suaranya kedengaran dalam.

"....." Shiehan mendiamkan diri. Apa yang patut dia lakukan? Pendeta A-Uin cuma memberitahu supaya dia mencari pemilik bulu pelepah hitam. Tapi di Dunia Kegelapan yang sangat luas ni, di mana dia boleh mencari orang yang ada bulu pelepah hitam?! Yao dari puak burung?!

"Apa yang kalian mahu, menceroboh di kawasan ini? Jawab. Kalian kini hanyalah mangsa yang sudah terperangkap." sekali lagi Shen Mei membuka mulut.

"Pelepah.. Bulu pelepah hitam." Shiehan mencuba nasibnya.

The Demon Hunter (Completed)Where stories live. Discover now