Shen Mei sedang berbual dengan Guron bagi merancang perjalanan seterusnya. Sudah hampir sejam berlalu sejak mereka tiba di kem tentera milik Suiyao itu. Dajin pula sempat menarik Yu Yue ke belakang khemah yang langsung tidak masuk dengan mahkluk lain yang sedang asyik memerhatikan dirinya.
"Kau kenapa?" soal Dajin apabila perasaan riak wajah Yu Yue yang mana jelas tidak selesa.
"Kita tak suka tempat ni." komen Yu Yue. Lupa yang dia kini berbahasa kayangan sekaligus mengaku akan siapa dirinya.
"Hmm.." Dajin merenung Yu Yue lama sehingga peluh dingin mengalir di dahi musang comel itu.
"Kau dari Kayangan, betul tak?" sergah Dajin. Sengaja.
"Gik?!" si musang lantas mengundur namun terlanggar tiang khemah dan bergolek jatuh di atas tanah.
"Aku anggap kau jawab ya." Dajin mengangguk dengan sengihan jahat.
Yu Yue mengetap gigi. Baru dia sedar yang dia telah dikenakan.
"Kau?!" dia kini menukar semula bahasa yang dia guna.
Dajin ketawa. "Kau tak sedar lagi? Sejak awal kau dalam perlindungan Tuan Shen. Dia tahu kau dari Kayangan melalui bau kau. Tuan Shen adalah naga. Dia mampu memusnahkan Yao dan Mo dengan mudah. Kalau kau dari Diyu, perkara pertama kau akan buat bila ternampak Tuan Shen adalah lari sejauh yang mungkin."
"Tapi kau tak lari. Lagi satu, sebab Tuan Shen benarkan kau ikut kami adalah kerana dia nak hantar kau pulang. Kau patut berterima kasih pada Tuan Shen." sambil Dajin membangga dengan Shen Mei, sambil jarinya mengusap dagu. Matanya tak lepas dari memandang Yu Yue.
"Hmph!" si musang bongkak menaikkan ekornya ke atas dan memalingkan wajah.
Dajin yang geram dengan reaksi tersebut memicit telinga Yu Yue dan menariknya ke bawa. Menjerit meraung si musang hitam dibuatnya.
"Dajin?" tegur seseorang.
Dajin menoleh dan melihat Shen Mei bersama Guron disisi. Saat mata Dajin bertentang dengan Guron, jantungnya mula berdegup laju. Pertama kali dia bertemu dengan Suiyao, terutama kaum duyung sangat terkenal dengan kecantikan dan suara mereka yang merdu. Duyung di sisi Shen Mei itu sangat elok rupanya. Tangan yang memegang telinga Yu Yue tadi terlepas.
"Dajin, kita akan bergerak sekarang. Kamu akan tolong pimpinan sebahagian regimen milik Guron." arah Shen Mei, tidak perasan akan Dajin yang telah jauh terbang ke awangan mindanya.
"Dajin?" panggil Shen Mei sekali lagi apabila panggilan pertama tidak dijawab.
Guron yang sedar dirinya diperhatikan hanya tertunduk ke bawah. Tidak berapa selesa namun memikirkan yang lelaki bernama Dajin itu merupakan orang Shen Mei, rasa nak marah terus hilang. Mana taknya, dia tidak berani mahu menegur kesalahan Dajin. Takut jika Shen Mei pula yang akan fikir bukan-bukan. Lagipun dia cuma dipandang lama oleh Dajin, bukan diraba.
"Dajin..." kali ini panggilan Shen Mei bertukar nada sekaligus mengejutkan Dajin dari lamunan.
"Ah? Ahh.. baiklah!" lantas dijawab walaupun Dajin tak pasti apa arahan yang diberikan.
Shen Mei mengeluh. "Mn. Pergi. Kita bergerak sekarang."
"Hah?" Dajin terkebil-kebil.
"Kau akan mengetuai kumpulan sayap kanan." arah Guron yang mana sejak awal berdiam diri namun kini dia bersuara apabila merasakan yang Dajin sebenarnya seorang yang agak lembab.
"Sayap kanan? Apa sayap?" Dajin masih terkapai-kapai.
"Sekarang." arah Shen Mei sebelum berpaling untuk pergi. Dia masih banyak kerja lain yang nak dibuat. Yu Yue lantas berlari mengejar langkah Shen Mei. Lagi lama dia bersama Dajin, lagi rosak fikirannya. Meremang bulu musangnya apabila melihat pandangan mata Dajin memerhatikan Guron.
"Dajin, Tuan Shen dah berikan arahan. Kenapa kau masih berdiri di sini?" Guron menegur apabila perasaan yao itu tidak bergerak sebaliknya berdiri tegak sambil masih merenung dirinya. Guron cepat-cepat memeriksa diri sendiri. Mana tahu ada pakai baju terbalik. Itu pasal la Dajin asyik tengok.
Tapi bajunya elok sahaja. Berkerut dahi Guron. Akhirnya dia malas melayan dan terus meninggalkan Dajin bersendirian. Tidak lama kemudian, regimen tentera milik Guron mula berangkat seperti yang dijanjikan. Mereka menyeberangi sempadan dua dunia bagi ke Kayangan dengan menggunakan pintu pagar yang telah dibuat oleh Demon Lord lama dahulu.
Untuk ke barisan hadapan pertempuran, cuma laluan melalui pintu pagar tersebut sahaja yang paling cepat untuk sampai perjalanannya. Mereka mengambil masa dua hari untuk tiba. Namun saat mereka tiba di barisan hadapan medan perang, apa yang mengejutkan masing-masing adalah betapa kosongnya kawasan tersebut. Hanya bunyi angin berlalu.
Tidak jauh dari situ berdirinya seorang dewa. Dikeliling dewa itu merupakan bukit-bukit yang merupakan mayat yang bertimbun bersama. Darah merah dan hitam membasahi lantai medan perang. Umpama melihat sesuatu yang menakjubkan bagi tentera-tentera itu semua. Di tangan dewa itu tidak mempunyai sebarang senjata. Cuma tangannya yang likat dengan darah merah sudah kering.
Matanya menunjukkan bahawa dia tidak sedar. Kosong dan tidak ada sebarang perasaan. Membuatkan regimen tentera dari Diyu yang baru sampai itu menggigil ketakutan. Dewa itu yang akhirnya perasan akan kehadiran nyawa mahkluk baharu menoleh. Bibirnya membentuk senyuman aneh yang sinis. Sebelah tangannya menyentuh pipi dan kukunya mencakar kulit sehingga lekat kesan yang nyata.
"Dewa..Angin?" Yu Yue di sisi Shen Mei berbisik saat dia mengenali wajah itu. Cepat-cepat dia bersembunyi di belakang Shen Mei. Menyorok. Kali terakhir dia bertemu dewa itu adalah semasa dia datang bertemu bondanya bagi urusan rasmi di Qin Yian.
Shen Mei yang mana telinga dan pendengarannya sangat tajam itu cepat saja menangkap kata-kata Yu Yue. Dia menoleh ke arah musang itu dengan sebelah kening terangkat.
"Dewa Angin? Itu.. Dewa Angin? Apa yang berlaku di sini?" soal Shen Mei.
Yu Yue menggelengkan kepala. Dia cuma tahu apa yang bondanya beritahu. "Bonda bicara tentang situasi yang amat bahaya. Minta Kita pulang secepat mungkin. Itu sahaja. Tapi siapa sangka Kita akan sesat ke Diyu?"
"Kau..." Shen Mei terdiam seketika, berfikir. Nampak gaya Yu Yue tidak lagi berpura-pura tentang siapa dirinya yang sebenar.
Zaaapp!!
Saat dia sedang berfikir, tanpa disedari oleh regimen tentera tadi, Lui Yen telah terlebih dahulu bergerak untuk menyerang. Dia tidak lagi mempunyai kesedaran minda yang waras. Baginya semua adalah musuh. Kerana terlalu stress dan menghadapi tekanan yang amat berat, fikirannya telah ditutup dan kini dia sama seperti mesin membunuh. Menyerang tanpa belas kasihan.
Shen Mei lantas menolak Yu Yue jauh sehingga jatuh bergolek lelaki itu sebelum disambut oleh Dajin manakala Shen Mei menahan serangan Lui Yen dengan tangannya. Kulit di bahagian tangannya bertukar menjadi sisik naga yang keras bagi melindungi diri sendiri. Tumbukan demi tumbukan, Shen Mei menahan setiap serangan. Semakin lama semakin banyak bahagian badan Shen Mei yang bertukar menjadi sisik naga.
Serangan Dewa Angin tidak boleh diambil mudah. Shen Mei mengetap gigi. Pertama kali dia berlawan dengan seorang dewa. Jika dia tidak memberikan perhatian dan fokus sepenuhnya, dia akan mati tanpa dia sendiri sedar yang dia telah mati. Menyedari akan situasi yang semakin bahaya, Yu Yue melepaskan diri dari pegangan Dajin yang menjaganya sejak tadi.
"Oi, musang!" panggil Dajin sambil mengejar Yu Yue yang berlari ke arah Lui Yen.
"Dewa Angin! Jangan! Kami bukan musuh!" jerit Yu Yue, cuba untuk membetulkan keadaan. Barangkali Dewa Angin fikir mereka adalah musuh, kerana itu dia menyerang.
Tapi perkara yang tidak disangka telah berlaku. Lui Yen mengalihkan perhatiannya dari Shen Mei ke arah Yu Yue dan dia hilang dari pandangan sebelum muncul di hadapan Yu Yue. Tangannya diangkat dan ditusuk ke arah jantung Yu Yue bagi dirobek keluar. Mata mereka yang melihat terbeliak.
"Yu Yue!!!!!!"
YOU ARE READING
The Demon Hunter (Completed)
Historical Fiction#BOOK 3 (DUNIA KEGELAPAN) siri tiga alam dunia.. Aku penat. Kau tenat. Kita sama-sama rehat. Kau bising. Aku pusing. Kita sama-sama pening. ********* "Xiao Huo.. Xiao Huo.." ---- Hei Long. "Berhenti panggil Kita macam tu!" ---- A-Uin. "Ah Yin! Pakai...