Pendeta Kayangan yang dahulu tak sama seperti Pendeta Kayangan yang sekarang. Pendeta Kayangan yang terdahulu asalnya seekor naga emas. Semua anak muridnya dipilih dari keturunan naga. Namun selepas Dewa Kehidupan dibunuh, Dewa Maut Lan Qiandan yang telah disumpah dengan hukuman dari langit, mahu melarikan diri.
Dia tahu, dengan kuasa naga emas sahaja dia mampu menyembunyikan diri sendiri. Jadi dia telah menyelinap masuk ke Kediaman Pendeta, mencuri kitab ruang dan masa sebelum menggunakan taktik kotor bagi mengurung naga emas ke dalam sebatang tongkat kayu.
Tongkat Pendeta yang kini semuanya diturunkan dari seorang pendeta ke seorang pendeta yang selepasnya. Namun telah la masa berlalu dan selepas kehancuran dunia yang sebelum ini, kisah sebenar telah lama hilang dan terkubur begitu sahaja. Apa yang Pendeta Kayangan tahu, mereka perlu melindungi tongkat tersebut seperti melindungi nyawa mereka.
Tidak, tongkat itu lebih bermakna dari nyawa mereka. Apa pun yang berlaku, mereka perlu melindungi tongkat tersebut. Namun siapa sangka, ketika A-Uin menggunakan kuasanya bagi menyeru Shen Mei di dalam ruang kegelapan, A-Uin akan mengejutkan sang naga yang sedang tidur?
Menghidu bau Shen Mei yang merupakan sejenisnya itu membuatkan naga emas yang selama ini terkurung di dalam tongkat tersebut sedar dari tidurnya. Naga yang semua orang katakan dah lama pupus. Naga hitam yang diseru A-Uin menggunakan kuasa naga emas. Walaupun separuh tenaga hayatnya digunakan, A-Uin bukan sekadar berjaya menyelamatkan Shen Mei.
"Wahai Pendeta Muda, dengar titah Beta." ketika itu juga, A-Uin mendengar suara di dalam fikirannya.
"Siapa?" soal A-Uin selepas dia keluar dari bilik. Shen Mei sudah kembali tidur untuk berehat.
"Beta merupakan naga emas, Jinlong yang terkurung di dalam tongkat ini. Dewa Maut Lan Qiandan telah mencuri kuasa Beta menyebabkan Beta terpaksa beradu." balas suara itu lagi.
A-Uin menelan liur. Berpeluh tangannya. Naga emas?
"Pendeta, pergi ke bahagian utara Kediaman Pendeta. Ada altar disitu." arah suara tersebut selepas A-Uin hanya berdiam diri.
"Altar? Maksud Mika.. altar ritual?" tanya A-Uin untuk kepastian.
"Ada satu tiang disitu. Kau akan lihat ada satu ukiran naga. Salurkan kuasa kau pada ukiran tersebut dan pintu ke sebuah tempat akan terbuka." terang Jinlong.
A-Uin mengangguk. Memang di Kediaman Pendeta mempunyai banyak ukiran. Bukan setakat ukiran naga di tiang altar, malah di kawasan larangan. Semasa A-Uin kecil, dia pernah bermain dengan ukiran-ukiran tersebut, sebab itu dia tahu bahawa ukiran tersebut bukan sekadar ukiran. Ianya kunci ke kawasan rahsia.
Cuma ukiran di tiang altar itu sahaja dia tidak pernah dapat buka. Jadi bila dia mendapat arahan dari suara yang mengatakan dia adalah naga emas, Jinlong, A-Uin terus percaya. Ini kerana dia percayakan Shen Mei. Semasa dia selamatkan Shen Mei, A-Uin sedar akan sesuatu perubahan yang berlaku pada tongkatnya.
Kehadiran Shen Mei, mengejutkan Jinlong yang sedang beradu. Mungkin juga kerana A-Uin telah menggunakan kuasanya terlalu banyak. Tapi apapun, dia percayakan Jinlong.
.
.
."Lapor!!! Tentera di bahagian Timur tak berjaya melepasi halangan pihak musuh!" suara pelapor situasi perang bergema.
Dang!
Meja catur dibaling oleh Lan Qiandan. Dewa Qilin mengetap gigi.
"Keluar!" arah Lan Qiandan.
Suasana kembali sunyi. Dia tahu, kalau dia tak berjaya menembusi kawasan Timur Kayangan, dia tak mungkin akan dapat semula kuasanya. Golden Tree of Life and Death.
YOU ARE READING
The Demon Hunter (Completed)
Historical Fiction#BOOK 3 (DUNIA KEGELAPAN) siri tiga alam dunia.. Aku penat. Kau tenat. Kita sama-sama rehat. Kau bising. Aku pusing. Kita sama-sama pening. ********* "Xiao Huo.. Xiao Huo.." ---- Hei Long. "Berhenti panggil Kita macam tu!" ---- A-Uin. "Ah Yin! Pakai...