Barisan hadapan semakin rancak berperang. Kedudukan tentera Kayangan semakin ditolak ke belakang dan terpaksa berundur sedangkan pemberontak semakin mara. Tentera dari Kayangan tidak lagi mampu menahan serangan yang bertubi-tubi dan terus menerus dari pasukan pemberontak. Seolah-olah mereka tidak penat dan tidak perlukan rehat.
Macam mayat hidup, sudah ditikam, hilang kaki tangan sekalipun masih maju dan mara ke hadapan. Perkara ini membuatkan tentera dari Kayangan menjadi takut dan perasaan gerun mula menyelubungi dalam hati mereka. Tidak pernah seumur hidup mereka berjumpa dengan situasi tersebut. Pasukan pemberontak yang dikatakan pengikut Dewa Laut Hitam itu lebih ngeri daripada gosip yang mereka dengar.
Paling penting, benarkah mereka itu pengikut Dewa Laut Hitam? Atau hanyalah meminjam nama Dewa Laut Hitam bagi melancarkan perang? Lagipun, Dewa Laut Hitam telah dibunuh oleh Lan Xin Ai lama dahulu. Jadi mengapa baru sekarang mahu berperang dan bukan saat ketika dewa itu mati? Perkara tersebut membuatkan pelbagai pihak mula berasa was-was dan goyah. Kepercayaan mereka terhadap Diyu semakin longgar.
Tentera yang sepatutnya datang membantu mereka juga tidak kelihatan. Adakah Dunia Kegelapan telah memungkiri janji? Jika benar, sejak awal perang tersebut hanyalah sebagai pengalih perhatian sedangkan objektif utama adalah menghancurkan Kayangan. Semuanya dirancang oleh Dunia Kegelapan dari awal. Mereka mempergunakan perjanjian tersebut dan kemudian mengkhianatinya. Masing-masing tentera dari Kayangan mula menyumpah Dunia Kegelapan yang tidak muncul saat diperlukan. Semuanya hanyalah satu permainan.
"Chang Er, bagaimana dengan Tianzi? Ada apa-apa berita baru?" soal Lui Yen yang mana sibuk menguruskan barisan tentera di hadapan.
"Mika tanyalah dengan anak angin!" Chang Er mendengus kasar kerana dia lebih sibuk dari Lui Yen kerana dia kini sedang bertempur di tengah medan perang. Mereka berdua berbual melalui telepati dan soalan bodoh Lui Yen itu buat Chang Er hilang fokus.
Salah seorang ahli pemberontak berjaya perasan akan gangguan dalam perhatian Chang Er dan dia mengambil peluang tersebut bagi menyerang hendap Dewi Bulan tersebut. Dengan sekali tusukan, pedangnya berjaya menembusi perut dewi itu dan darah mula memercik saat pedang ditarik keluar dengan kasar.
"Arkk!!--" Chang Er memegang perutnya yang kini berlubang dirobek pedang, terkejut.
"Chang Er? Mika tak apa-apa? Chang Er?!" Lui Yen di sebalik talian telepati tersebut mula tidak sedap hati saat dia tidak mendapat sebarang jawapan dari Chang Er.
Chang Er mengetap gigi dan berpaling ke arah mahkluk yang telah menikamnya. Yao tersebut mempunyai empat tanduk di kepalanya dan di belakangnya pula ada satu ekor panjang yang bersisik. Yao itu tersengih membuatkan darah Chang Er menyirap. Dewi Bulan lantas mencengkam kepala Yao tersebut sebelum dipicit sehingga hancur berkecai. Badan yang mana kini hanya tinggal badan tanpa kepala jatuh terjelepuk.
Biar nyawanya hilang sekalipun, objektifnya telah tercapai. Dia berjaya mencederakan dewi itu. Cukup masa, dewi itu akan mati juga. Ini kerana pedang yang digunakan untuk menikam Chang Er adalah pedang keramat yang pernah digunakan oleh Lan Zhong Yi bagi membunuh dewa dan dewi. Ya, siapa sangka pasukan pemberontak akan mempunyai pedang itu dalam tangan mereka? Zhong Yi sendiri tidak tahu ke mana hilangnya pedang tersebut selepas dia menghancurkan dunia.
Demon Lord itu telah lupa akan kewujudan pedang miliknya itu. Dia yang tidak pernah lagi menggunakan pedang selepas penghancuran dunia yang dilakukan olehnya tidak ambil kisah. Disebabkan itu, semua orang tidak tahu akan kewujudan pedang yang sangat bahaya itu. Pedang yang mampu meragut nyawa dewa dan dewi. Dewa dan dewi tidak akan mati kecuali jika dibunuh dengan senjata khas. Salah satunya adalah pedang milik Demon Lord, Lan Zhong Yi.
Melihat darah yang tidak berhenti mengalir serta luka yang tidak sembuh walaupun dia telah menggunakan kuasa penyembuhan, Chang Er mula panik. Nafasnya turun naik dan dia mula berundur dari medan perang dan memberikan kuasa arahan kepada general yang bersama dengannya. Dia pantas pulang semula ke pangkalan tentera Kayangan. Tiba di hadapan khemah milik Lui Yen, dia terbaring jatuh kerana sudah tidak lagi dapat menahan sakit yang dirasakan.
Lui Yen keluar dari khemah tersebut selepas mendengar bunyi riuh rendah di luar. Saat matanya menangkap kelibat Chang Er yang terbaring lemah dalam lopak darah, dia cepat-cepat mengangkat dewi itu dan dibawa ke dalam sebelum dibaringkan di atas katilnya. Dia menggunakan kuasanya bagi menyembuhkan Dewi Bulan namun apa jua yang dia lakukan tidak berhasil. Chang Er semakin lama semakin lemah dan dia mula kehilangan kuasanya.
"Chang Er! Tidak, tidak..Mika tak boleh pergi. Beritahu Kita apa yang berlaku? Chang Er, buka mata Mika!!" Lui Yen cemas. Dia menggenggam erat tangan Chang Er dan di ciumnya penuh kasih. Pepatah di dunia manusia, bila saat kita kehilangan seseorang itu barulah kita sedar betapa pentingnya dia dalam hidup ini. Namun Lui Yen masih belum bersedia dengan kehilangan Chang Er. Terlalu banyak yang masih belum mereka bualkan. Masih banyak yang mereka tidak tahu antara satu sama lain. Semuanya salah Lui Yen yang sering bertangguh-tangguh.
"Lui Yen.." Chang Er bersuara lemah. Matanya masih tertutup seperti mamai. Seperti berada di alam mimpi, dia tersenyum. Mimpi yang sangat indah.
Buat pertama kali, selepas pemergian Dewa Agung Fu Hann Li, air matanya mengalir lagi. Kali ini untuk isteri yang tersayang. Tangan Chang Er digenggam erat seolah-olah tidak mahu dilepaskan. Dia memeluk lengan Chang Er yang terbaring sedang dia melutut disisi. Air matanya mengalir deras namun tidak ada sebarang suara yang keluar. Biru pucat tangan dewi itu kerana digenggam terlalu erat.
"Maaf.. Lui Yen.." suara Chang Er semakin lama semakin lemah dan hampir tidak lagi kedengaran.
"Jagakan Ah Yin ya? Jadi ayah yang baik." pesan Chang Er buat kali terakhir sebelum tubuhnya mula menjadi lut sinar dan cahaya kecil berterbangan. Semakin lama semakin menghilang dan terbang begitu sahaja ditiup angin sayu.
"Aaa..aarghhh..warghh!!!!" akhirnya suara dewa itu kedengaran juga. Menjerit dan meraung sukat hatinya. Kini dia faham, perasaan kehilangan orang yang dia sayang dan cinta. Dia faham kenapa rajanya sebelum ini sanggup menukarkan nyawanya sebagai ganti untuk menghidupkan semula Xiao Huo. Lui Yen juga, jika diberi peluang mahu menghidupkan semula Chang Er dengan menggunakan nyawanya sendiri.
"Chang Er!!!" Dewa Angin meratap dewi kesayangan.
Walau dia menjerit dan meraung pun Dewi Bulan tak akan dengar. Dia sudah tidak ada. Dia muncul secara tiba-tiba dalam hidup Lui Yen. Dia juga pergi secara tiba-tiba dari hidup Lui Yen. Dengan sesuka hatinya dia mencuri hati Dewa Angin dan kini dia pergi bersama hati itu tidak mungkin akan kembali lagi.
Dewi itu telah kembali kepada alam dan menjadi tenaga suci. Sama seperti Dewa Agung Fu Hann Li. Mereka sudah tidak ada lagi dan tak mungkin akan wujud kembali. Dewa dan dewi yang telah mati tidak boleh hidup kembali. Mereka tidak akan dimasukkan ke dalam kitaran kelahiran semula. Perkara itu adalah tabu untuk dilakukan. Melanggar hukum alam akan menyebabkan hukuman dari langit. Dewa dan dewi hanyalah tenaga suci selepas pemergian mereka. Hayat mereka sangat panjang oleh itu selepas pemergian tidak akan lagi dapat pulang.
*****************
As of today, my friend had passed away. Thus the ending of this chapter end in a tragedy.
YOU ARE READING
The Demon Hunter (Completed)
Historical Fiction#BOOK 3 (DUNIA KEGELAPAN) siri tiga alam dunia.. Aku penat. Kau tenat. Kita sama-sama rehat. Kau bising. Aku pusing. Kita sama-sama pening. ********* "Xiao Huo.. Xiao Huo.." ---- Hei Long. "Berhenti panggil Kita macam tu!" ---- A-Uin. "Ah Yin! Pakai...