Yu Yue kembali ke Istana bersama Li Lian. Ketika Jiao Ran melihat si anak mendukung Li Lian yang tidak sedarkan diri, alangkah terkejutnya Jiao Ran. Li Lian tidak sedarkan diri selama seharian. Liluo telah sembuhkan anaknya dan nyawa Li Lian bukanlah dalam bahaya. Namun disebabkan perkara itu, Yu Yue kali ini telah dihukum berkurung di dalam bilik.
Yue Lan hanya mampu mengeluh. Isteri tercinta terlalu garang. Dia tak mampu nak lawan atau pujuk. Jadi dia hanya boleh tengok si anak dengan muka sedihnya masuk ke dalam bilik sebelum pintu itu dikunci. Di pintu depan dan kawasan koridor bilik Yu Yue diletakkan pengawal. Kalau Yu Yue nak lari sekalipun, dia perlu melalui berpuluh orang pengawal.
Sampai macam tu sekali Jiao Ran nak bagi amaran pada Yu Yue. Mana tidaknya, disebabkan Yu Yue yang berperangai tidak matang itulah Li Lian terpaksa bersusah-payah melindunginya. Yu Yue tak tahu tapi semua yang dilakukannya akan dilaporkan kepada Jiao Ran melalui Li Lian. Termasuklah hubungan Yu Yue yang terlalu rapat dengan A-Xian.
Bukan Jiao Ran tak suka tapi mengingatkan gurunya yang seorang itu, Dewa Musang... Urgh.. Jiao Ran tak mahu keluarganya ada kaitan dengan Jiao Wu Ying. Lihat saja apa yang berlaku pada Yu Yue sebelum ini. Sudahlah tidak dapat sijil tamat belajar kerana asyik gagal di akademi. Sebab apa gagal? Sebab dia ikut A-Xian. Bukan anaknya tak bijak tapi dia sengaja. Lepas tu anaknya itu tercampak ke Dunia Kegelapan sebab nak mencari A-Xian yang dah hilangkan diri.
Li Lian adalah orang paling banyak disusahkan untuk mencari Yu Yue ketika itu. Dia hanyalah gadis biasa tapi kerana itu tugasnya. Apa dia boleh buat? Jiao Ran betul-betul geram dengan anaknya yang seorang ni. Anaknya yang comel, baik hati dan mendengar kata sebelum ini bertukar nakal dan keras kepala. Semuanya kerana pengaruh A-Xian.
"Jiao Wu Ying!" Jiao Ran menghentak penumbuknya ke atas meja sebelum menghubungi gurunya itu menggunakan magik burung kecil, magik yang selalu dia gunakan.
"Ah? Jiao Ran?" suara dewa itu kedengaran. Jiao Wu Ying yang ketika itu berada di tempat lain, memandang ke arah burung yang tiba-tiba muncul dihadapannya. Siapa lagi kalau bukan milik Jiao Ran? Anak muridnya saja yang gunakan magik itu.
"Hmph! Mika tolong tengok anak Mika tu, jangan beri pengaruh buruk pada anak Kita!" marah Jiao Ran.
Jiao Wu Ying terdiam sesaat. Dia dimarahi anak murid sendiri?
"A-Xian tak ada di Kayangan sekarang. Dia di Dunia Manusia." beritahu Jiao Wu Ying.
"Oh.." hilang terus marah Jiao Ran. "Baiklah." talian dimatikan.
Burung kecil itu hilang. Jiao Wu Ying mengusap dagunya. Shiehan disisi yang tak tahu apa-apa memandang Dewa Musang itu penuh tanda tanya. Apa yang dia bualkan? Burung kecil itu milik siapa? Sedikit sebanyak dia cemburu. Shiehan mencebik. Jiao Wu Ying perasan akan jelingan Shiehan. Dia tersenyum lalu mencuit hidung Shiehan. "Jiao Ran." beritahunya.
"Apa yang Mika bualkan?" tanya Shiehan. Tak jadi nak cemburu.
"A-Xian pengaruh buruk untuk Yu Yue. Jiao Ran minta jauhkan mereka. Tapi sekarang A-Xian di Dunia Manusia. Jadi mereka berdua tak akan berjumpa buat sementara waktu." terang Jiao Wu Ying.
Kali ini wajah Shiehan bertukar keruh. "Kita bukan ibu yang baik." dia berbisik.
"Shh.. Kita juga bukan bapa yang baik. Apa boleh buat?" Jiao Wu Ying mengeluh.
Bukan tak sayang anak, tapi mereka tak tahu macam mana nak tunjukkan kasih sayang tu. Macam mana nak melayan anak, mereka tak tahu semua tu. Sejak awal Shiehan dah pisahkan mereka dari A-Xian. Malah Jiao Wu Ying pada asalnya langsung tak tahu kewujudan anaknya. Identiti mereka berdua agak sulit dan tak semua orang boleh faham.
Shiehan menekup mukanya dengan tapak tangan. "Tapi Kita tak tahu.. macam mana nak berbual dengan dia? Apa yang boleh Kita lakukan untuk A-Xian? Kita tak tahu. Kita berikan macam-macam pada Shiruo supaya dia berikan pada A-Xian. Baju yang Kita buat, makanan yang Kita buat... Tapi A-Xian tak pernah tahu. Kalau Kita cakap sekarang ni pun, tak mungkin dia percaya."
Jiao Wu Ying mengeluh lagi. "Shiehan, dia tak perlu tahu. Kita lindungi dia sejak kecil pun, A-Xian tak perlu tahu. Sebagai ibubapa, sudah cukup A-Xian selamat dan membesar dengan baik.. Kita gembira."
"Tapi Mika nampak wajah kecewa A-Xian bukan? Masa bertemu, dia mahu Kita cakap sesuatu padanya. Tapi Kita tak mampu." tangisan Shiehan makin laju.
Jiao Wu Ying menarik Shiehan ke dalam pelukannya. Kalau Shiehan tak tahu apa yang patut dilakukan, apatah lagi dia? Lagi la dia tak pandai. Sekurang-kurangnya, Shiehan ada hantarkan baju yang dia jahit sendiri pada A-Xian setiap tahun melalui Shiruo. Semua baju yang A-Xian pakai, semuanya dibuat sendiri oleh Shiehan. Malah kadangkala jika Shiehan ada membuat kuih-muih, dia turut hantarkan pada Shiruo supaya dapat diberikan pada A-Xian.
Jiao Wu Ying? Dia tak buat apa-apa. Dia cuma perhatikan si anak dan lindungi dia jika sesuatu berlaku. Nak dekati A-Xian pun dia takut. Dia takut jika dia cederakan si anak tanpa dia sedar. Baginya A-Xian terlalu lemah. Jika dia sentuh, anak itu akan hancur. Perasaan takut itu membuatkan dia menjauhkan diri dari A-Xian. Saat dia melihat A-Xian yang sudah dewasa, dia mahu mengusap rambut anaknya dan cakap, 'Ah, anak Kami dah besar!'. Namun dia tidak dapat melakukan kerana takut.
Dia juga mahu sentuh A-Xian, memeluk anaknya, mencium anaknya dan berikan kasih sayang yang sepatutnya. Bukan Shiehan saja yang rasa begitu. Jiao Wu Ying juga sama.
"Shiehan.. nak ke Dunia Manusia?" tanya Jiao Wu Ying. Mereka boleh jadi ibubapa A-Xian di sana juga. A-Uin tentu boleh melakukannya.
"Tapi Kita masih ada tugas di sini. Mika juga ada tugas bukan?" Shiehan menyoal.
"Siapa peduli? Kalau Mika dan Kita hilang untuk sebulan pun tugas tu nanti boleh disambung semula." Jiao Wu Ying tersengih.
Akhirnya Shiehan mengangguk. Dalam hati, dia turut merasa teruja. Ah, siapa peduli kalau mereka tak buat kerja? Betul tu. Biarkan saja. A-Xian lagi penting buat mereka. Walaupun mereka tidak akan mempunyai sebarang memori tentang Kayangan di Dunia Manusia nanti, perasaan mereka akan kekal. Mereka mahu menjadi ibubapa A-Xian.
************************
Done drawing characters in my novel~ Yu Yue and A-Xian~ you guys can check it out at my other book, Drawing, Arts and Whatever to see my drawings collection. A-Xian like to wear red and white clothes so yeah, imagine that yourself. Hahah~ while Yu Yue like to wear black. Sorry I'm not good at colouring so it's black and white pictures.(^^)
.
.
#drawing #drawings #art #traditionalart #handdrawing #ninetailedfox #originalcharacter #sketch #ninetailedfoxdrawing
YOU ARE READING
The Demon Hunter (Completed)
Historical Fiction#BOOK 3 (DUNIA KEGELAPAN) siri tiga alam dunia.. Aku penat. Kau tenat. Kita sama-sama rehat. Kau bising. Aku pusing. Kita sama-sama pening. ********* "Xiao Huo.. Xiao Huo.." ---- Hei Long. "Berhenti panggil Kita macam tu!" ---- A-Uin. "Ah Yin! Pakai...