Pasukan pemberontak telah berjaya pecah masuk ke kem pertahan di sebelah timur Dai Diyu. Bing Huang lantas mengarahkan pasukan regimen ketiga untuk bergerak bagi menyokong kem pertahanan yang telah jatuh itu bagi merampas semula kedudukan mereka.
"Tuan Bing Huang, untuk strategi rampasan semula kem pertahanan ini Tuan pastikah yang kita akan berjaya?" soal Guron, ketua puak Suiyao yang berkhidmat untuk Bing Huang.
"Ahh.. Kita akan bergerak dalam lima kumpulan kecil yang dipecahkan daripada regimen ketiga. Strategi ini adalah supaya setiap pasukan bergerak dalam bentuk bintang. Pihak musuh tak akan dapat pecah masuk ke bahagian pertengahan kerana setiap titik dapat menghantar pasukan untuk membantu. Selepas itu, kita akan menyerang secara serentak dan musnahkan mereka." balas Bing Huang.
Guron mengangguk. Bing Huang memandang Suiyao itu dengan tajam. Segala harapannya kini terletak pada bagaimana Guron dapat mengawal tenteranya. "Guron, jangan kecewakan aku."
"Ha! Baik, Tuan Bing Huang!" Guron memberikan tunduk hormat sebelum dia keluar dari bilik perbincangan.
Dia berjalan ke arah pasukan regimen ketiga yang mana akan bergerak menuju ke kem pertahanan yang telah tumpas bagi merampas semula tempat tersebut. Masing-masing berdiri tegak dalam barisan mereka. Tentera regimen ketiga kebanyakannya terdiri daripada puak Suiyao dan Guron merupakan ketua mereka. Demon yang mampu mengawal air.
"Ahh.. Untuk fikir kita akan dihantar ke barisan hadapan untuk berlawan. Bila la dunia ni nak aman? Perang merata tempat." Guron mengeluh.
"Eheh.. Leftenan Guron, Dunia Kegelapan tak akan pernah aman. Dimana ada mereka yang kuat, yang lemah akan terus dipijak." tegur orang kanannya.
"Pfft.. Bosan." bidas Guron sambil menjongket bahu. Dia kalau boleh nak berendam dalam air sepanjang masa sambil menatap langit gelap di Dai Diyu. Ekornya tidak sabar mahu berenang. Dia perlu selesaikan perkara ini dengan cepat.
.
.
.
.Pada masa yang sama di Dunia Kayangan, Lui Yen memandang ke arah sempadan dua dunia tidak jauh dari tempat dia sedang duduk. Dia yang telah dihantar oleh Tianzi ke barisan hadapan bagi melindungi sempadan daripada Yao dan Mo yang mahu menakluk Kayangan berasa sangat tidak puas hati.
Duk!
Kepala diketuk oleh seseorang daripada belakang. "Jangan la buat muka tak rela macam tu!" tegur budak kecil yang berpakaian baju besi. Siapa lagi kalau bukan Chang Er, Dewi Bulan? Cuma dia yang berani mengetuk kepala bekas General Dewa Agung Fu Hann Li itu.
"Tch!" Lui Yen memalingkan wajahnya ke arah lain.
"Pelindung Demon Lord ni pun satu. Kalau nak bunuh Dewa Laut Hitam tu sangat lakukanlah kerja dengan teliti! Menyusahkan betul bila sekarang ni Yao dan Mo yang tak bertuan dah mengganas membuat kacau. Selepas kemangkatan Dewa Agung, macam-macam perkara berlaku!" rungut Chang Er.
"Macam mana dengan Dewa Qilin yang dah khianati Kayangan sebelum ni? Dia yang dah berikan info kepada Dewi Petir tentang Dewa Agung Hann Li di Dunia Manusia sebelum ni bukan?" tanya Lui Yen.
"Ah tentang tu, nampaknya anak Dewa Qilin dah dijadikan tebusan. Tapi hakikat bahawa dia telah khianati kita tak akan berubah. Permaisuri Qin Yian, Jiao Ran sedang uruskan perkara itu. Bercakap tentang Dewa Qilin yang dah hilangkan diri, Dewa Musang Putih dan Dewi Keamanan juga entah ke mana." Chang Er tersenyum hambar sebelum mengeluh.
Semua orang nampaknya berpisah dan bergerak ke haluan masing-masing. Pentingkan diri sendiri betul. Cuma Lui Yen sahaja yang masih kekal mahu melindungi Dunia Kayangan daripada penceroboh. Dewa Air, Dewa Tanah dan Dewa Api pula masing-masing sibuk melindungi Wilayah sendiri.
YOU ARE READING
The Demon Hunter (Completed)
Ficção Histórica#BOOK 3 (DUNIA KEGELAPAN) siri tiga alam dunia.. Aku penat. Kau tenat. Kita sama-sama rehat. Kau bising. Aku pusing. Kita sama-sama pening. ********* "Xiao Huo.. Xiao Huo.." ---- Hei Long. "Berhenti panggil Kita macam tu!" ---- A-Uin. "Ah Yin! Pakai...