DM 1

11.1K 129 16
                                    

"MORNING Mama!" Sapa El Naura Elena sambil menuruni tangga menuju ke meja makan yang sudah meriah dengan lauk pauk yang dimasak oleh Puan Naurah.

"Morning! Duduklah, kita breakfast sama sama. Jarang dapat breakfast dengan anak mama ni. Asyik busy je.." Keluh Puan Naurah sambil menggamit anak daranya menuju ke meja makan.

"Alaa.. Elena busy shooting la mama. Photoshoot lagi, event sana sini, tu kerja kat office pun masih bertimbun lagi." Bebel Elena sambil menyapu jem strawberry pada rotinya. Pening kepalanya apabila memikirkan tentang kerja yang tak habis habis. Tambah tambah lagi dia seorang yang melakukan dua tiga kerja dalam satu masa. Dia lah model, dia lah pelakon, dia lah menguruskan business. Mana tak pening.

"Yela yelaa.. mama faham. Tapi Elena jangan lah kerja keras sangat sampai tak cukup masa untuk berehat. Nanti sakit siapa susah." Kata Puan Naurah sambil mengusap kepala Elena dengan lembut.

"Papa mana ma?" Tanya Elena tukar topik.

"Papa dah keluar tadi. Pergi office. katanya ada masalah besar." Wajah Puan Naurah bertukar muram.

"Masalah apa? Bagitahu lah Elena.. mana tahu Elena boleh tolong mama dengan papa kan?"

"Entahlah. Mama pun tak tahu apa masalahnya, tapi macam serius juga."

"Eh.. Elena tak ada shoot ke hari ni?" Tanya Puan Naurah memandang Elena yang berpakaian casual itu.

"Tak ada ma tapi petang nanti ada photoshoot untuk Majalah. Lepas tu, malam ada event dekat Hotel Mandarin Oriental. Kejap lagi lepas breakfast Elena nak pergi office kejap, settle apa yang patut." Kata Elena dengan wajah yang letih. Letih dengan kerja yang tak sudah sudah tapi nak buat macam mana lagi, dia yang pilih haluan ini.

"Ouh makan lah dulu. Nanti lambat pulak pergi office."













"ABANG Qairi!" Jerit seorang gadis dengan suara nyaring sambil berlari anak menuju ke arah Amsyar Qairi yang sedang meletakkan buah buahan ke dalam lorinya.

"Aduh! Perempuan ni datang pulak!" Keluh Amsyar dari dalam hati.

"Abang Qairi nak pergi mana?" Tanya gadis tersebut sambil terliuk lentok di sebelah Amsyar.

"Pergi hantar buah kat pasar macam biasa lah Nina." Balas Amsyar dengan malas.

Amsyar mempunyai kebun buah yang ranum peninggalan ayahnya. Dia menyara emaknya menggunakan duit menghantar buah buahan itu ke pasar.

"Ouh, Nina nak ikut boleh?"

"Tak payah lah Nina. Nanti ayah Nina marah dekat abang pulak."

Bukannya Amsyar tidak tahu, ayah Nina kalau bersua muka dengannya tidak akan ada secalit senyuman pun diwajahnya. Mentang mentanglah dia cuma menjual buah buahan terus dipandang rendah.

"Alaaa... tak apalah kalau macam tu, Nina balik dulu. Love you!" Nina membuat flying kiss ke arah Amsyar sambil terkedek kedek berjalan itik balik ke rumahnya.

Sebaik sahaja Nina berlalu Amsyar membuat aksi geli geleman.

"Amsyar, kenapa biarkan Nina balik? Jemputlah dia masuk." Tegur Puan Maria apabila melihat Nina berjalan pulang.

"Alaa.. biarlah mak. Nanti ayah Nina marahkan Amsyar lagi." Balas Amsyar.

"Kamu cubalah berbaik baik dengan ayah Nina tu. Mana tahu nanti Nina jadi isteri kamu. Untung mak dapat bakal menantu macam Nina." Kata Puan Maria lalu berjalan masuk ke dalam rumah kayu mereka.

Amsyar tergelak kecil. Dia kahwin dengan Nina? Tak mungkin terjadi.














ELENA keluar dari bilik mandi lalu masuk ke bilik wardrobe yang menempatkan semua baju baju nya.

"Nak pakai apa eh? Pakai simple je lah, kejap lagi nak tukar baju pulak." Monolog Elena sendirian.

"Elena gerak dulu mama, nanti lambat. Good bye! Take care!" Elena menyalami tangan Puan Naurah lalu berjalan keluar.

"Elena!" Jerit Puan Naurah memanggil anaknya.

"Yes ma?" Elena menoleh kepada Puan Naurah.

"Nak drive sendiri ke nak suruh pak mat tolong hantarkan?" Tanya Puan Naurah.

"Tak apa, Elena drive sendiri." Kata Elena lalu menyusup masuk ke dalam kereta Mercedes Benz nya.












"SKRETCH!"

Elena menekan brek keretanya secara mengejut akibat kucing yang tiba tiba melintas di hadapan keretanya.

"Bum!" Elena menoleh ke belakang.

Keretanya dan sebuah lori yang membawa buah sudah bercium. Elena menepuk dahinya. Bala apakah ini?

Elena terus membuka pintu keretanya lalu mendekati lelaki yang juga baru sahaja keluar dari lori yang membawa buah itu.

"Hey! What are you doing to my car!?" Jerit Elena penuh kemarahan. Jangan lah disebabkan ini dia jadi lambat ke tempat kerja. Dia seorang yang sangat patuh pada masa.

Mukanya yang putih bertukar kemerah merahan. Dia meletakkan spec mata hitam ke atas kepalanya dan memeluk tubuh memandang kereta yang sudah kemik.

"Err.... Cik saya minta maaf. Saya betul betul tak sengaja. Lagipun, cik yang salah sepatutnya cik jangan lah brek mengejut macam tadi." Kata Amsyar yang sedang menundukkan kepalanya.

Dia langsung tidak mengangkat muka memandang wanita yang sedang berapi di depannya. Tambah pula wanita di depannya ini bawak kereta Mercedes, kalau dia minta ganti mampus. Tapi suara wanita ini macam familiar di pendengaran telinganya.

"I don't care! Aku dah lambat tahu tak!" Elena mendengus sambil menyandarkan dirinya di pintu kereta.

Perlahan lahan Amsyar mengangkat muka memandang wajah wanita di depannya.

"Gulp! Dia bukan artis ke? Patutlah macam pernah dengar suara dia." Desis Amsyar dalam hati. Dia masih terpaku memandang wajah Elena.

"Kau pandang pandang apa?!" Elena menjeling Amsyar yang berada di depannya. Lelaki semua sama, gatal!

"Err.. cik nak pergi mana? Saya tolong hantarkan." Amsyar menawarkan dirinya untuk membantu Elena.

"Kau nak tolong hantar aku? Naik apa? Lori buruk kau ni?" Tanya Elena sinis.

"Cik, tak kiralah naik apa pun. Janji selamat sampai." Kata Amsyar masih cuba berlembut.

"Nama cik El Naura Elena kan?" Tanya Amsyar untuk memastikan.

"Mana kau tahu?"

"Cik kan artis. Mestilah saya tahu, jom lah saya hantarkan cik. Nanti lambat pula cik ke tempat kerja."

Elena merengus perlahan.

Akhirnya, Elena mengalah untuk membenarkan Amsyar menghantarnya nanti balik dia call Raqiff saja suruh ambil dia.

VOTE ✨
COMMENT ✨
FOLLOW ✨

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now