DM 43

8.4K 187 17
                                    

TOK! TOK! TOK!

"Elena buka pintu ni." Arah Amsyar daripada luar kondo.

Elena yang mendengar suara Amsyar yang agak tegas terus berlalu ke depan lalu membuka pintu. Sebaik sahaja dia membuka pintu Amsyar terus meluru masuk ke dalam rumah.

Elena hanya beriak biasa.

"Awak nak apa?" Soal Elena sambil berjalan masuk ke dalam biliknya lalu mengambil handbag untuk keluar.

Amsyar turut mengikuti Elena masuk ke dalam bilik. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik, Amsyar terpandang sehelai baju kemeja di lantai bilik Elena.

Amsyar terus mengambil baju di atas lantai. Dia membelek belek baju itu lalu terperasan baju itu adalah baju seorang lelaki.

"Elena, baju siapa ni?" Tanya Amsyar dengan nada serius.

"Baju Daniel, haritu Elena tertumpahkan coffee dekat baju dia, so Elena ambil lah nak basuhkan." Jawab Elena tenang. Plan dia berjaya nampaknya.

"Abang tak sangka Elena hidup dalam keadaan macam ni. Bergelumang dengan dosa. Kenapa Elena berubah? Kalau ye pun nak sangat dengan Daniel tu, kahwin lah. Cari abang untuk minta cerai." Amsyar bernada kecewa. Tak menyangka sampai begitu sekali perangai Elena berubah.

"Senang macam ni jelah, saya ni dah lama jemu dengan awak. Saya dah penat. Apa salahnya saya hidup dengan Daniel. At least, Daniel boleh jaga Elena dengan Zara. And one more thing, hal semalam tu anggap je saya cuba nasib dengan awak." Elena terus berlalu keluar daripada bilik.

Amsyar terkaku dengan kata kata Elena dan terus mengejar langkah isterinya itu.

"Awak tak rasa bersalah ke dengan Nina?" Soal Elena.

Amsyar tidak menjawab malah menghempas dokumen cerai di atas meja ruang tamu.

"Ini tak ada kena mengena dengan Nina. Ni antara Elena dan abang." Ujar Amsyar bersahaja.

Elena berdiri di depan Amsyar.

"Apa lagi yang abang nak? Elena tak faham. Elena dah tanda tangan semua dokumen dah! Apa lagi tak cukup?! Abang cakap dengan Elena! Apa lagi perlu Elena buat?!" Elena meninggikan suaranya akibat tidak tahan dengan perangai Amsyar yang terus menghantuinya. Semakin dia cuba untuk lupakan Amsyar semakin Amsyar mendekat.

"Abang nak Elena sakit. Abang nak Elena terseksa. Abang nak Elena rasa apa yang abang rasa selama 4 tahun Elena pergi tinggalkan abang sebatang kara. Abang nak Elena merayu melutut dekat kaki abang minta maaf atas kesilapan Elena." Ujar Amsyar pula. Nada suaranya kedengaran tergelam timbul dek kerana menahan sebak di hati.

"Kenapa? Kenapa Elena perlu buat semua tu? Tak cukup ke Elena menangis hari hari dulu waktu mak nak kahwinkan abang dengan Nina? Tak cukup ke?" Soal Elena pula. Dia juga menahan sebak di hati.

"Salah abang ke semua tu Elena? Abang tak ada pilihan. Abang pun terseksa, Elena tahu semua tu. Elena juga setuju untuk bermadu dan lepas abang kemalangan, Elena tiba tiba pergi tinggalkan abang diwaktu abang sangat perlukan Elena. Sekarang, siapa yang lagi sakit?" Soal Amsyar pula. Dia masih tak mengerti apa yang membuatkan Elena membuat keputusan untuk meninggalkannya selama 4 tahun.

Elena hanya diam dan menyeka air matanya. Dia tidak mahu menangis lagi di depan Amsyar tapi apakan daya, dia tidak mampu mengawal emosinya.

"Elena tak ada jawapan kan? It's okay. Satu je abang nak tanya, Elena memang nekad nak tinggalkan semua ni? Nak pilih Daniel, nak hidup dengan dia and nak lupakan abang?" Amsyar merenung ke dalam mata Elena yang berair.

"Semua tu tak penting abang. Elena buat semua ni untuk kebaikan abang sendiri. Elena takut abang. Elena sanggup hilang abang di dalam hidup Elena tapi Elena tak sanggup hilang abang di dunia ni." Ujar Elena lalu menunduk ke bawah, tidak mampu lagi untuk menentang mata Amsyar.

"Alasan awak tak logik Elena. Abang takkan berhenti seksa awak sampailah awak ceritakan apa yang berlaku. Elena tak rasa apa yang abang rasa. 4 tahun abang memendam rasa rindu ni pada awak Elena. Seksa sangat Elena. Abang nak awak rasa macam mana abang rasa." Ujar Amsyar lalu keluar membawa dokumen cerai itu. Urusan mereka masih belum selesai.























"Abang, Elena sayang abang tau, sayang sangat. Abang seorang je dalam hati Elena tak ada orang lain. Tapi tak tahu lah kalau abang berubah hati, ada orang lain. Dah tak sayangkan Elena." Elena menyandar di dada Amsyar.

"Kenapa sayang cakap macam ni? Abang akan sentiasa sayangkan Elena. Elena jiwa dan raga abang. Tolong jangan tinggalkan abang." Amsyar mencium ubun ubun kepala Elena.

"Tapi abang, cinta tak semestinya memiliki. Kalau suatu hari nanti Elena terpaksa tinggalkan abang, tolong jangan benci Elena. Elena cuma nak abang tahu Elena sayangkan abang sangat sangat. Elena minta maaf abang." Elena menitiskan air matanya.

Amsyar yang melihat terus memeluk Elena dan mencium kepala isterinya itu bertalu talu.

"Abang takkan pernah benci Elena." Bisik Amsyar.

"Argh!" Amsyar terbangun daripada tidurnya. Mimpi itu datang lagi. Buat kali ke seribu air matanya mengalir. Entah mengapa dia terasa rindu yang teramat kepada Elena. Dia berpusing menghadap Nina yang nyenyak tidur. Dia tak boleh menipu dirinya sendiri. Dia masih tidak boleh melupakan Elena.





















ELENA menjalankan kerjanya seperti biasa. Kertas kerja diselak selak tanpa memberi tumpuan dek kerana dia berada agak tidak sihat pada hari itu. Kepalanya dipicit perlahan. Selepas peningnya reda, Elena bangun daripada kerusi kerjanya dan melangkah untuk mengambil file kerja lalu hendak keluar daripada bilik pejabat nya.

Tiba tiba pening kepalanya kembali menyerang, kali ini lagi teruk. Elena berpaut pada dinding di tepi pintu keluar.

Pening kepalanya semakin kuat dan akhirnya dia melorot jatuh di tepi pintu. File terlepas dari tangannya dan matanya terus tertutup rapat.

VOTE ✨
COMMENT ✨
FOLLOW ✨

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now