DM 51

8.7K 166 2
                                    

ELENA segera berlari anak menuju ke tingkat atas. Sebaik sahaja sampai ke atas, semua mata memandang pelik kerana melihat dia seperti dikejar anjing. Elena tersenyum gugup.

Dia menuju ke arah Amsyar.

"Elena okay tak ni?" Tanya Amsyar pelik. Tangan isterinya digenggam erat.

"Ermm.. Elena pening sikit je. Mak, Elena masuk bilik dulu ye." Elena terus berjalan masuk ke dalam bilik selepas menyalami tangan Puan Maria.

Amsyar turut berdiri.

"Mak, Amsyar masuk dulu. Kejap lagi tolong hantarkan Zara ke bilik dia." Pesan Amsyar sebelum masuk ke dalam bilik.

Puan Maria hanya mengangguk sebelum mengelus rambut Zara lembut.















AMSYAR bersandar di birai katil sambil memerhati isterinya yang sedang menyapu losyen ditangan.

Otaknya ligat memikirkan tentang perubahan isterinya sewaktu naik ke atas. Pelik sangat.

Selesai menyapu losyen di tangannya, Elena segera menghampiri Amsyar di atas katil.

"Abang... Elena nak cakap sesuatu dengan abang." Elena duduk di birai katil.

Amsyar tersentak. Dia menoleh kepada Elena.

"Bagi abang cakap dulu lah. Ermm.. Kita pindah nak tak?" Soalan Amsyar menyentak Elena.

Elena bukan tidak mahu berpindah cuma hubungannya bersama emak mertuanya masih belum baik. Kalau dia pindah, mesti lagi keruh hubungan mereka.

"Tiba tiba aja kenapa? Baru je kita duduk sini."

"Dah lama sebenarnya abang fikir benda ni. Sebenarnya abang tak selesa duduk dalam rumah ni. Terutamanya bila Elena basuh pinggan tadi, Elena bukan orang gaji tau, awak isteri abang. Abang tak suka tengok. Kita pindah lah."

Elena menundukkan wajahnya.

"Nanti mak cakap apa pulak."

"Pasal mak tak payah risau biar abang bercakap dengan dia."

Elena menggelengkan kepalanya.

"Abang tak faham situasi Elena sekarang ni kalau abang cakap nak pindah, mak akan salahkan Elena. Dia akan cakap Elena yang hasut abang. Zara pun sekarang dah baik dengan mak. Elena je belum." Wajah Elena bertukar muram. Tak tahu apa lagi yang perlu dia lakukan supaya emak mertuanya itu dapat menerima Elena sebagai menantu.

Amsyar terus bangun dari menyandar dan mendekati Elena.

"Sayang... Sayang jangan risau pasal mak. Mak takkan salahkan sayang. Abang yang akan terangkan pada mak. Sayang jangan risau ye." Amsyar menarik Elena supaya dekat dengannya.

Perlahan lahan Elena mengangguk kan kepalanya. Dia bersandar di bahu Amsyar cuba menenangkan diri.








































"KENAPA tiba tiba nak pindah ni? Bukan ke haritu Amsyar dah setuju nak tinggal sini?" Soal Puan Maria.

Pernyataan yang Amsyar mahu berpindah dari rumah itu sangat mengejutkan. Apa pula yang perempuan tu dah hasut anak dia ni?

"Memang Amsyar setuju nak duduk rumah ni, tapi bukan selamanya mak. Amsyar ada rumah sendiri mak, buat apa Amsyar beli kalau Amsyar tak duduk kondo tu." Amsyar memberitahu alasan yang baginya munasabah.

"Ke Amsyar rasa terganggu dengan Raqiff? Kenapa eh semua orang dalam rumah ni asyik pandang serong pada Raqiff? Dia tu dah macam adik kamu sendiri. Dah lama tinggal dengan mak. Mak tahu perangai dia baik buruk."

Amsyar tersenyum sinis.

"Mak belum kenal dia siapa." Kata Amsyar di dalam hati.

"Kenapa mak cakap macam tu? Amsyar okay je dengan dia tu. Cuma sekarang ni kitaorang nak berdikari. Nak ada rumah sendiri, lagipun Zara dah besar nanti nak masuk sekolah."

"Alasan, macamlah dekat sini tak boleh sekolah." Belum sempat Puan Maria habis berkata kata Raqiff yang datang daripada mana menyampuk perbualan mereka.

"Betul tu mak, abang Amsyar ni cari alasan je supaya dia boleh pindah daripada sini." Raqiff mengambil tempat di depan Amsyar.

Amsyar menatap Raqiff dengan tatapan setajam pisau.

"Dah dah jangan gaduh, mak pening lah dengan korang berdua ni. Mak masuk dalam dulu, nak tengok Zara." Puan Maria mengatur langkah masuk ke dalam rumah.

"Apahal kau nak duduk rumah sendiri?" Tanya Raqiff sebaik sahaja Puan Maria hilang dari pandangan mata.

Amsyar hanya mendiamkan dirinya tidak berminat untuk menjawab soalan itu.

"Kau ni kalau buat keputusan memang tak pakai otak ke? Tak fikir perasaan orang? Mak kau nak kau duduk sini dengan anak bini kau mesti ada rancangan dia sendiri. Mungkin dia sunyi selama kau tak ada."

Amsyar tersenyum sinis.

"Rancangan? Aku tak rasa mak ada rancang apa apa. Aku rasa orang lain yang ada rancangan untuk isteri aku." Amsyar melirik wajah Raqiff yang berubah dari sudut matanya.

"Apahal kau cakap macam tu pula?"

Amsyar mengangkat kedua belah bahunya tanda "tidak tahu".

"Mungkin kau sendiri tahu jawapannya." Ujar Amsyar lalu terus masuk ke dalam rumah.

VOTE ✨
COMMENT ✨
FOLLOW ✨

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now