DMSC 1

9K 156 5
                                    

ELENA dan Amsyar bergerak ke KLIA untuk menjemput Tuan Mikail yang dijadualkan pulang ke Malaysia pada hari itu. Zara pula masih ditinggalkan pada Puan Maria. Seronok sangat duduk dengan Wan sampai taknak balik.

"Papa!" Elena terus berlari ke arah Tuan Mikail dan memeluknya erat. Rindu betul dia pada papanya itu. Tuan Mikail tersenyum lebar sebaik sahaja melihat anak perempuannya itu. Tangannya naik mengusap kepala Elena yang dilitupi tudung. Amsyar menggelengkan kepala melihat perangai isterinya.

Amsyar menyalam tangan Tuan Mikail penuh hormat. Tuan Mikail menepuk nepuk bahu menantunya itu. Dia senang melihat hubungan Elena dan Amsyar yang sudah pulih. Dia tahu jodoh mereka memang kuat.

"Papa, lepas ni kita pergi rumah mak kejap nak ambil Zara. Lepastu kita balik kondo." Ujar Elena.

Tuan Mikail mengerutkan dahinya.

"Balik kondo? Kondo yang kau orang duduk tu?"

"Yelah, kenapa pa?" Tanya Amsyar hairan.

"Tak nak lah papa ganggu korang, papa balik rumah je lah. Buat apa tinggal dengan korang." Tuan Mikail menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.

"Alaaa papa janganlah macam tu. Nanti sorang sorang siapa nak jaga papa." Elena memeluk lengan Tuan Mikail. Dia risau akan keadaan papanya itu, kalau mama ada boleh jaga papa.

"Dekat Italy tu papa duduk sorang okay je." Tuan Mikail masih membantah.

"Mmm.. yela kalau dah papa cakap macam tu. Tapi jaga diri elok elok tau. Jangan lupa makan ubat on time." Elena mengalah, dia tahu keputusan papanya itu susah mahu diubah.

Mereka bertiga melangkah ke arah kereta. Belum Elena mahu membuka pintu kereta di tempat penumpang, satu suara yang amat dikenali menegurnya.

"I'm sorry, are you miss Naura Elena?" Tegur seorang wanita dengan spec mata hitam teragak agak. Dia sudah melihat Elena dari jauh namun dia ragu ragu sama ada betul atau tidak itu adalah El Naura Elena yang dia kenal.

Elena mengangkat wajah memandang orang yang menegurnya. Terbeliak matanya memandang insan di hadapannya itu.

"Luna!!" Elena terus memeluk Luna sebaik sahaja melihat wajah yang amat dikenalinya itu. Dia sangat rindukan gadis itu. Tidak lama selepas itu mereka meleraikan pelukan.

"Elena! Betul lah you. You dah berhijab sekarang. Cantik sangat. Mana you pergi? Pihak media semua cari you tay. Tiba tiba je hilang, bertahun pula tu. I rindu you tahu tak." Luna memeluk Elena sekali lagi. Dia memang ada terfikir Elena sejak dua menjak ini, tak sangka pula akan berjumpa di sini.

Elena tersenyum seraya meleraikan pelukan mereka.

"I ada masalah sikit. Tapi now semua dah settle and I bercadang nak masuk industri balik." Elena menatap wajah Luna yang jelita itu. Ya, kawannya itu bertambah cantik sekarang.

"Oh! Really?! Bila? I boleh tolong you." Luna menawarkan dirinya.

"Kalau tak ada aral melintang, minggu depan." Ujar Elena.

"I see, mana Amsyar? Papa you?" Luna menjenguk jenguk ke dalam kereta sebab tadi dia nampak mereka bersama.

"Diorang ada dalam kereta." Elena memandang cermin tingkap yang bertinted itu sekilas.

"Anak you mana?" Luna bertanya dengan wajah teruja. Mesti comel macam mak dia juga.

"Anak I ada je tapi dekat rumah Wan dia." Jawab Elena dengan senang hati.

"Yeke?! Boy or girl? Kalau boy mesti handsome macam Zarul kalau girl mesti cantik macam I." Luna menggoyangkan bahunya gedik. Perangainya masih tak banyak berubah.

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now