DM 7

4.7K 122 2
                                    

AMSYAR membuka balang yang mengandungi cacing sebagai umpan untuk memancing itu. Elena menjenguk sedikit isi balang itu lalu mengundur dua tapak ke belakang .

"Kau nak buat apa tu?" Tanya Elena apabila melihat Amsyar melekatkan cacing itu di mata kail.

"Umpan lah." Jawab Amsyar selamba.

Amsyar segera mencampakkan joran ke dalam kolam ikan itu setelah meletakkan umpan.

"Sarung tangan tak ada ke?" Tanya Elena yang geli kepada binatang yang bergerak gerak itu.

"Tak ada." Amsyar menyimpan senyum. Nampak sangat Elena ni geli pada cacing. Tapi berlagak sangat tadi cakap senang je memancing.

Elena cepat cepat mengambil cacing itu lalu tergopoh gopoh memasukkannya ke mata kail.

"Auch!" Elena menarik tangan nya yang terkena mata kail. Jarinya mula mengeluarkan darah yang agak banyak.

Amsyar segera menoleh ke arah Elena yang sedang memegang jarinya.

"Eh! Kenapa ni? Ya Allah! Darah ni!" Amsyar memegang jari Elena lalu segera mengambil kain kecil dari poket seluarnya.

Kain dipetap petap pada jari Elena untuk mengurangkan darah yang menitis.

"Auww... Slow slow sikit. Sakitlah!" Elena menarik tangannya dari genggaman Amsyar.

"Okay okay, meh sini jari tu. Saya buat slow slow." Amsyar kembali menarik jari Elena.

Amsyar mengelap darah yang mengalir lalu meniup niup tempat yang terluka itu.

Air mata Elena sudah bertakung kerana menahan sakit. Dia kalau bab bab jarum ni lemah sikit.

"Laa.. sakit sangat ke?" Tanya Amsyar apabila air mata Elena jatuh ke atas tangannya.

"Sakitlah gila!" Jerit Elena. Orang menangis mestilah sakit. Takkan suka pula.

"Itu la, lain kali kalau tak tahu cakap tak tahu." Bebel Amsyar. Sibuk nak tunjuk pandai.

"Kalau tak ikhlas, tak payah nak ubatkan!" Elena menarik jarinya lalu meninggalkan Amsyar berjalan ke arah kereta.

"Awak! Tunggulah!" Amsyar sampai di sebelah Elena dengan termengah mengah.

"Cepatlah masuk kereta!" Arah Elena lalu duduk di bahagian penumpang. Hilang mood nak memancing.

Amsyar tergopoh gopoh menyimpan barangan memancing dan masuk ke dalam kereta. Kereta Honda Civic milik Tuan Mikail meluncur laju meninggalkan kolam ikan itu. Ikan tak dapat, luka yang dapat.














SAMPAI sahaja ke rumah kayu Amsyar, Elena cepat cepat membuka pintu kereta lalu terus meluru masuk ke dalam bilik tanpa menyapa semua orang di ruang tamu.

"Kenapa tu Amsyar?" Tanya Puan Maria. Pelik dengan tingkah laku anak saudaranya itu.

"Tak ada apalah mak." Kata Amsyar mendatar. Malas dia nak cerita apa yang jadi di kolam ikan sebentar tadi.

"Eh?! Abang Amsyar!!" Jerit seorang gadis yang cukup dikenali Amsyar. Bingit terus telinga dia.

"Nina! Alamak! Dia datang lagi." Rungut hati Amsyar. Rimas.

"Abang Amsyar pergi mana? Lama Nina tunggu tau!" Kata Nina lalu merangkul lengan Amsyar dan membawanya ke ruang tamu.

Pada masa yang sama, Elena keluar dari bilik yang Amsyar duduki.

Elena tergamam. Siapa pulak ni? Tadi tak ada.

"Eh?! Naura Elena kan?! Pelakon drama tv3 tu!" Nina menjerit terkinja kinja lalu mendekati Elena dan mengeluarkan handphone nya lalu menangkap beberapa gambarnya bersama Elena.

"Macam mana awak boleh ada dekat sini?" Tanya Nina teruja lalu memegang tangan Elena dan membawanya juga ke ruang tamu.

"Ermm.. sebenarnya.. aunty Maria ni mak saudara saya. Ini mama dan papa saya." Kata Elena agak kekok memperkenalkan Puan Naurah dan Tuan Mikail.

"Wah! Untungnya aunty dapat anak saudara artis." Kata Nina teruja. Maklumlah first time dapat jumpa artis famous!

Puan Maria hanya tersenyum nipis. Untunglah sangat.

"Awak ni kawan Amsyar ke?" Tanya Elena pula. Amsyar yang berdiam diri dikerling sekilas.

"Taklah. Ini bakal tunang Amsyar merangkap bakal menantu aunty." Sampuk Puan Maria tersenyum sambil menarik tangan Nina mendekatinya.

"Ouh." Elena mengangguk sambil memandang Amsyar yang berubah mukanya. Tuan Mikail juga sudah berubah mukanya.

"Err... Mama papa jom lah kita balik." Kata Elena. Tak selesa pula dia bila Nina datang.

"Nak balik dah ke?" Tanya Nina.

"Ye kena balik. Saya tak boleh lama sangat sebab esok ada shooting for new drama." Elena memberikan senyuman manis buat Nina.

Amsyar yang melihat turun terpegun.

"Jadi ye datang rumah minggu depan?" Tanya Puan Naurah kepada Puan Maria.

"Mestilah jadi." Ujar Puan Maria memberi jaminan.

"Kami balik dulu." Ucap Tuan Mikail lalu beransur pergi bersama Puan Naurah dan Elena.

Sebelum kereta itu bergerak meninggalkan halaman rumahnya, Amsyar mendekati kereta itu dan mengetuk cermin kereta tempat duduk Elena. Elena membuka tingkap kereta sedikit.

"Kau nak apa?" Tanya Elena beli.

"Kalau rindu saya, chat je okay." Pesan Amsyar sambil mengenyit kan matanya ke arah Elena.

"Perasan!" Elena terus munutup tingkap sebaik sahaja berkata begitu.

Amsyar tersenyum sumbing.

Kereta Honda Civic milik Tuan Mikail bergerak meninggalkan perkarangan rumah Amsyar. Amsyar memerhati susuk kereta itu hingga hilang dari pandangan matanya.

"Abang Amsyar! Jomlah masuk!" Panggil Nina dari dalam rumah.

Amsyar menepuk dahinya lalu melangkah longlai memasuki rumah. Hilang semangatnya seperti dibawa pergi oleh gadis bernama El Naura Elena.

VOTE ✨
COMMENT ✨
FOLLOW ✨

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now