DM 37

6K 157 24
                                    

ELENA yang sudah berpakaian kemas duduk di lobi menunggu Daniel bersama Tuan Mikail dan Zara.

"Zara, stop playing." Tegur Elena kepada anaknya. Zara terus diam dan berlari ke pangkuan Tuan Mikail.

Tuan Mikail tersenyum melihat cucunya yang begitu comel itu. Rambut tocang Zara diusap perlahan.

"Morning Elena! Sorry saya lambat. Saya......" Daniel tidak jadi menghabiskan ayatnya apabila melihat penampilan Elena.

"Kenapa? Awak nampak hantu ke?" Tanya Elena padahal dia tahu sebabnya. Entah kenapa pagi ini, dia tergerak hati pula untuk menyarungkan tudung di kepalanya buat pertama kali.

"Awak dah pakai tudung Elena?"

"Ye, kenapa? Tak boleh ke?" Tanya Elena sengaja menduga Daniel.

"Boleh, lagi cantik kalau awak bertudung." Puji Daniel. Memang betul, lagi terserlah kecantikan Elena apabila mengenakan tudung.

Tuan Mikail tersenyum juga. Itu juga riaksinya tadi apabila melihat satu satunya anak perempuannya itu bertudung. Sungguh ayu dan cantik.

"Yelah tu Daniel. Jom lah kita dah lambat ni." Balas Elena lalu berjalan ke luar hotel bersama Zara disisinya.


















EL NAURA ELENA, Tuan Mikail , Daniel serta Zara sampai di company mereka. Elena dan Daniel terus berjalan melepasi kaunter pertanyaan menuju ke lif.

"Morning Miss Elena." Sapa penyambut tetamu apabila Elena masuk ke dalam office nya dengan penampilannya yang baru.

"Morning." Elena memberikan senyuman manis sebelum masuk ke dalam lif bersama Daniel dan juga Tuan Mikail.

"Hye Clara, today I have a meeting right?" Tanya Elena kepada PA nya Clara sebaik sahaja masuk ke dalam biliknya.

"Oh ya, meeting with Encik Amyar Qairi from Malaysia? They CEO of the company we're working with right now?" Tanya Clara buat kepastian menyebabkan Elena terkejut setelah mendengar sebaris nama itu.

Tak akanlah. Mungkin pelanduk dua serupa. Kata Elena di dalam hati.

"Yes." Jawab Elena.

"Okay let me show you the meeting room." Ujar Clara lalu membawa Elena dan juga Daniel kepada meeting room yang telah disediakan.

Tuan Mikail dan Zara pula tidak ikut serta dan hanya menunggu di dalam bilik kerja Elena.



























ELENA melangkah kan kakinya ke dalam meeting room diikuti Daniel di belakang nya.

Orang pertama yang menyapa kornea matanya amat mengejutkan. Nina Syaqila! Manusia yang paling dia tak nak jumpa. Yang paling dia elak untuk berjumpa akhirnya berada di depan mata. Adakah ini bermaksud Amsyar juga berada di sini. Jantung Elena berdegup laju.

Nina juga kelihatan terkedu melihat kehadirannya di situ namun cepat cepat menutup rasa terkejutnya dengan senyuman kekoknya.

"Hello guys, I'm sorry. I was late." Ujar Elena memohon maaf kepada semua kakitangan pekerja. Pekerja pekerja mula bangun lalu menunduk tanda hormat, begitu juga dengan Elena.

"Have a seat." Ujar Nina kepada Elena dan juga Daniel.

Elena dan Daniel duduk secara bersebelahan. Daniel perasan Elena yang asyik bermain main dengan jari jemarinya seolah olah sedang gemuruh. Dia pelik. Bukan kah Elena sudah biasa dengan meeting sebegini?

"You're okay?" Bisik Daniel perlahan di telinga Elena. Cukup untuk mereka berdua sahaja mendengarinya. Elena mengangguk cuma. Gemuruhnya cuba disembunyikan sebaik mungkin.

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now