DM 16

4.3K 107 4
                                    

"AWAK, bangun. Kita nak hantar mak ni." Amsyar mengejutkan Elena sambil menarik selimut yang menutupi tubuh kecil itu.

Elena dan Amsyar masih tidur berasingan. Amsyar tidur di atas sofa manakala Elena di atas katil bersaiz king seorang diri.

"Jangan kacau akulah. Pergilah hantar mak tu. Aku penat lah. Semalam, aku balik lewat kan?" Balas Elena dengan mata tertutup kembali menarik selimut menutupi tubuhnya.

Sumpah dia penat, dia shooting sampai pukul 3 pagi semalam lepas itu pagi pagi dah kena gerak haih. Tak boleh biar orang senang langsung.

"Tak nak bangun eh." Gumam Amsyar.

Amsyar mendekat kan mukanya ke muka Elena lalu cupp!

Pipi Elena di cium sekilas.

"Woi!"

Terus mendadak Elena bangun dan menggosok pipinya bekas ciuman Amsyar laju laju.

"Eiii kau ni kan! Suka suka hati nak cium pipi orang!" Marah Elena dengan muka masam mencuka.

"Tak luak pun." Balas Amsyar selamba.

Elena mendengus.

"Tunggulah!" Bentak Elena lalu turun dari katil lalu masuk ke dalam bilik air.

"Saya setia menunggu..."






















"DAH dah! Tak payah nak usha aku atas bawah. Okay lah ni. Nak aku pakai lagi seksi ke?" Tanya Elena apabila mata Amsyar tidak berkelip memandangnya. Macam tak pernah nampak pula.

"Awak tahu kita nak pergi Kampung kan?" Soal Amsyar buat kepastian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Awak tahu kita nak pergi Kampung kan?" Soal Amsyar buat kepastian. Ini maunya mata lelaki lelaki di kampungnya itu tak berkelip pandang Elena.

"Tahu lah. So?" Elena kembali menilik pemakaiannya. Cantik je.

"Amsyar! Buat apa lagi tu? Jom lah mak dah siap!" Laung Puan Maria dari bawah membatalkan niat Amsyar untuk menyuruh Elena menukar pakaiannya.

"Jom lah, mak dah panggil." Amsyar menarik tangan isterinya menuruni anak tangga.
















MEREKA sampai di perkaranan rumah kayu milik Amsyar. Elena turun dengan muka bosannya.

Puan Maria hanya memerhati menantunya yang menayangkan muka bosan. Kan bagus kalau Nina jadi menantu dia. Kata Puan Maria dalam hati.

"Assamualaikum makcik!" Sapa Nina yang muncul entah dari mana terus mendekati Puan Maria dan menyalami tangannya.

"Waalaikumussalam Nina! Lama tak jumpa Nina, rindu." Ujar Puan Maria sambil memeluk Nina erat.

Nina meleraikan pelukan lalu menuju ke arah Amsyar pula.

"Hye abang Amsyar..." Sapa Nina manja sambil memegang bahu Amsyar dengan lembut.

Elena yang duduk beberapa tapak di belakang memandang penuh meluat. Sibuk je nak dekat dekat dengan suami orang.

Tidak lama kemudian, Elena tersenyum sinis.

Tunggu kau. Ini El Naura Elena lah. Elena flip hair lalu berjalan gaya model ke arah Amsyar dan Nina.

"Amsyar.....Ermmm...." Elena menggengam tangan Amsyar dengan erat. Suaranya pula dilembut sehabis mungkin.

Amsyar hairan melihat perilaku Elena yang berubah tiba tiba. Kemudian nya dia tersenyum. Dah dapat agak kenapa perilaku Elena berubah secara tiba tiba. Mesti sebab Nina.

"Ye sayang." Balas Amsyar sambil mencium sekilas tangan Elena di depan Nina.

Nina membulatkan matanya melihat kemesraan di depan matanya itu. Elena pula terketar ketar nak menjawab bila Amsyar jadi romantik.

"Err.. err.. Tak ada apalah." Elena meleraikan pegangan tangan lalu menuju ke keretanya.

Nina pula yang pelik. Tiba tiba aje berubah mood budak ni.

"Jom lah naik Nina." Ajak Puan Maria.

Nina memaut lengan Amsyar dan menariknya masuk ke dalam rumah.

Elena hanya memerhati di dalam kereta.

Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam rumah, Elena menghidupkan enjin keretanya dan berlalu pergi. Baik dia pergi jalan jalan lagi bagus. Buat sakit hati duduk sini.
















ELENA memasuki sebuah lorong yang sedikit sunyi dikelilingi pokok yang tinggi dan tebal.

"Ish! Jalan mana pulak aku masuk ni? Tula kau Elena lain kali jangan pandai pandai kan dah sesat." Monolog Elena sendirian.

Elena terlihat sebuah pondok di hujung lorong. Pondok itu dipenuhi segelintir lelaki yang selekeh dan kotor. Sedang berbincang apa pun dia tidak tahu. Niat di hati nak minta pertolongan.

Elena memarkirkan keretanya jauh daripada pondok lalu berjalan ke arah pondok itu.

"Err.. sorry kalau mengganggu korang. Saya cuma nak tanya, mana jalan nak keluar dari sini ye?" Tegur Elena secara sopan.

Semua mata mata lelaki di situ menoleh ke arah Elena dan tersenyum lebar menampakkan gigi yang kuning dan tidak terjaga.

Euw! Elena membuat muka jijik.

"Hai awak! Duduklah dulu. Minum minum dulu. Nanti lepas minum kitaorang bagitahu mana jalan keluar." Kata seorang lelaki di situ.

"Err.. tak apa lah terima kasih. Saya cuma nak tahu jalan keluar je. Tak nak minum." Tolak Elena masih berlembut.

"Hei! Apasal kau ni degil sangat ha? Orang suruh minum je pun!" Kata seorang lelaki yang tiba tiba muncul di belakang Elena lalu mencengkam lengan kecil Elena.

"Auw! Sakitlah! Kau ni siapa ha?!" Jerit Elena.

"Aku siapa? Hahaha.. aku ketua kat kampung ni!" Kata lelaki itu lalu menolak Elena masuk ke dalam pondok.

"Tolong! Amsyar tolong aku!!" Jerit Elena dengan nyaring.














"ERR.... mak, Amsyar keluar kejap." Pamit Amsyar.

Dia mahu melihat Elena di luar.

Sebaik sahaja keluar dia melihat kereta Elena sudah tiada. Tiba tiba jantungnya berdegup laju. Macam ada benda buruk je yang terjadi.

Amsyar menghidupnya enjin motornya lalu keluar dari kawasan rumahnya untuk mencari Elena.

VOTE✨
COMMENT ✨
FOLLOW ✨

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now