DM 26

4.9K 121 0
                                    

"APA ni mak?!" Amsyar meninggikan suaranya akibat terkejut dengan permintaan Puan Maria.

"Tolong lah Amsyar. Mak nak sangat kamu kahwin dengan Nina ni." Pujuk Puan Maria sambil mengusap tangan satu satunya anak lelaki nya itu.

Puan Maria mengerling Nina supaya memujuk Amsyar dan menyokong tindakannya.

"Abang Amsyar... Please... Nina tak suruh abang Amsyar ceraikan Elena pun. Nina rela jadi yang kedua untuk abang." Nina juga memegang tangan Amsyar.

Amsyar segera menarik tangannya secara kasar dari pegangan Nina.

"Apa Nina cakap ni? Sedar tak apa yang Nina cakap? Abang tak akan duakan Elena. Elena satu satunya isteri abang. Takkan ada dua." Ujar Amsyar dengan tegas. Gila betul permintaan mak dia ni.

"Amsyar... Tolonglah tunaikan permintaan mak. Mungkin ini permintaan terakhir mak." Pujuk Puan Maria dengan nada sayu pula.

"Kenapa mak buat Amsyar macam ni mak? Kenapa mak setuju dulu kalau akhirnya mak seksa Amsyar macam ni." Rintih Amsyar tertekan. Dia baru nak mengecapi bahagia dah jadi macam ni pula.

"Mak tak minta kamu ceraikan isteri kamu, mak cuma minta kamu kahwin satu lagi." Ujar Puan Maria tanpa rasa bersalah.

"Amsyar balik dulu mak. Nanti Amsyar fikir fikirkan." Amsyar memberi kata putus. Lagi lama dia duduk di sini, lagi stress dia dibuatnya. Kalau tahu dia tak akan datang.






















"ASSAMUALAIKUM." Amsyar memberi salam sebelum masuk ke dalam rumahnya.

Jam sudah pun menunjukkan pukul 10:30 malam.

"Waalaikumussalam. Lambatnya abang balik." Sambut Elena sambil menyalam dan mencium tangan Amsyar. Dia mula membiasakan diri memanggil Amsyar dengan gelaran abang.

Amsyar tersenyum melihat isterinya. Serasa hilang segala masalah sebaik sahaja dihidangkan wajah cantik isterinya ini.

"Nak hug." Amsyar mendepakan tangannya.

"Eh, eh abang pergi mandi dulu." Elena menahan tubuh Amsyar yang ingin jatuh ke dalam pelukannya.

"Yela yela.. nanti abang tuntut tau." Balas Amsyar sambil menuju ke biliknya. Belum sempat mahu membuka pintu biliknya, Elena menegah.

"Bukan situ." Elena menarik tangan Amsyar dan membuka pintu biliknya.

Amsyar hanya mengikuti.

"Dah dapat tidur dengan sayang?" Soal Amsyar teruja.

"Mestilah. Baju baju abang semua sayang dah kemaskan." Balas Elena sambil memaut lengan Amsyar dengan manja.

"Okaylah abang mandi dulu. Sayang tolong buatkan coffe untuk abang boleh?" Pinta Amsyar dengan lembut.

"Boleh. Sayang pergi dulu eh." Elena melangkah keluar dari bilik menuju ke dapur dengan senang hati. Amsyar pula menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya terlebih dahulu.

























AMSYAR keluar dari bilik air. Terlihat Elena yang sedang memakai losyen ditangannya bersama rambut yang disanggul kemas dengan pyjamas berwarna putih.

Amsyar pula memakai seluar track hitam bersama baju Pagoda berwarna putih. Amsyar mendekati Elena lalu menarik Elena ke katil.

"Kenapa?" Soal Elena hairan.

"Ni ha sanggul senget." Ujar Amsyar lembut. Cair Elena dibuatnya dengan suara garau Amsyar yang sedap menyapa telinganya.

"Laa yeke, abang tahu ke buat sanggul?"  Ujar Elena cuba menenangkan jantungnya yang tidak duduk diam. Maklumlah dia agak nervous untuk tidur bersama dengan Amsyar buat pertama kalinya.

"Tahulah, meh sini." Gamit Amsyar.

Elena duduk membelakangkan Amsyar.

Beberapa minit Elena menunggu Amsyar memperbetulkan sanggulnya sambil mengantuk.

"Abang dah ke?" Tanya Elena sambil menguap. Mengantuk tunggu Amsyar siapkan sanggul.

Elena terkaku. Jantungnya berdegup laju saat terasa sentuhan tangan Amsyar di pinggang nya. Dapat dirasa hangatan nafas Amsyar pada batang lehernya.

"Abang." Suara Elena perlahan. Mahu bertanya namun, suaranya seakan tersekat di kerongkong.

"Ermm..." Balas Amsyar ringkas.

Amsyar menggeselkan hidungnya pada leher Elena membuatkan Elena kegelian. Haruman pada tubuh Elena betul betul membangkitkan naluri kelakiannya.

"Gelilah." Ujar Elena lalu menjauhkan dirinya dari Amsyar.

Amsyar tersengih lalu menarik tangan Elena supaya berhadapan dengannya.

Elena terkaku. Dia hanya menunduk ke bawah. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Adakah hari ini dia bakal dirasmikan oleh Amsyar? Dia sudah pun bersedia.

Perlahan tangan Amsyar membuka sanggul Elena dan terurai rambut panjang Elena menutupi sebahagian wajah.

Amsyar mendongak sedikit dagu Elena supaya berhadapan dengannya lalu tangannya naik menyisir rambut hitam lebat Elena.

"Cantiknya isteri abang." Bisik Amsyar perlahan.

"Dah lama abang tunggu saat ini. Sayang.. benarkan abang?" Soal Amsyar dengan gaya berbisik.

Elena menentang mata Amsyar, perlahan lahan dia mengangguk mengiyakan.

Amsyar tersenyum.

Amsyar membawa Elena ke dalam pelukannya dengan lafaz bismillah.

VOTE ✨
COMMENT ✨
FOLLOW ✨

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now