DMSC 2

9.7K 202 14
                                    

"UWEKK!" Elena memuntahkan segala isi di dalam perutnya namun yang peliknya hanya air liur yang keluar.

"Sayang! Buka pintu ni! Sayang okay tak?!" Amsyar cemas. Amsyar mengetuk ngetuk pintu bilik air berkali kali.

Elena membuka pintu bilik air dengan lemah. Amsyar segera memapah isterinya ke katil. Elena didudukkan di birai katil.

"Sayang okay tak? Kenapa?" Tanya Amsyar prihatin. Belakang tangannya dilekap di dahi Elena, tak panas pun.

"Tak tahu, tiba tiba rasa mual." Ujar Elena sambil bersandar di kepala katil ditemani Zara disisi. Matanya dipejam seketika untuk menghilangkan rasa mual.

"Abang rasa..... Ermm.. takpelah kita pergi check hospital dulu." Nalurinya kuat mengatakan bahawa isterinya itu mengandung namun dia tak mahu membuat andaian tanpa kepastian.

Elena mengangguk cuma.


























"TAHNIAH! Puan Elena hamil 3 minggu." Ucap doktor wanita itu selepas membuat pemeriksaan ke atas Elena.

Amsyar segera mengucap syukur dan memeluk bahu isterinya. Dia sangat gembira menerima berita ini.

"Zara bakal dapat adik." Bisik Elena kepada Zara di pangkuannya.

Zara terus melompat teruja. Memang dah lama dia asyik tanya tentang kehadiran adiknya, akhirnya dapat juga.

6 BULAN KEMUDIAN

Elena masuk ke dalam bilik tidur mereka selepas menidurkan Zara seperti biasa.

Elena berdiri di tepi katil, sambil menatap wajah Amsyar yang sedang kusyuk membaca sebuah risalah sampai tidak sedar akan kehadirannya.

"Abang? Abang baca apa tu?" Elena menjenguk jenguk risalah itu. Macam menarik sangat je sampai tak berkelip mata Amsyar baca.

"Abang tengok buku baby ni. Comel tengok diorang ni. Tak sabar nak tengok anak kita." Ujar Amsyar teruja. Wajah isterinya dipandang dengan riak gembira yang tidak dapat disembunyikan.

"Eh sayang jangan berdiri lama lama meh sini." Amsyar menarik Elena supaya baring di atas dadanya perlahan lahan apabila menyedari Elena asyik berdiri di tepi katil.

"Abang ni exited sangat lah." Balas Elena. Kandungannya baru mencecah 6 bulan lebih tapi riaksi Ansyar bagaikan dia nak beranak esok.

"Yela dulu abang tak sempat nak merasa semua ni time Zara lahir abang tak ada dekat sisi sayang. Sekarang abang nak tengok sendiri perkembangan baby dalam perut tu." Amsyar mengusap perut Elena. Dia kesal kerana tak dapat berada di sisi isterinya semasa Elena melahirkan serta membesarkan Zara.

"Thanks abang sebab tak pernah putus asa dengan hubungan kita. Dulu Elena buat macam macam supaya abang tinggalkan Elena. Tapi abang masih bertahan hingga kita hampir bercerai." Air mata bertakung di mata Elena. Entahlah sejak sejak mengandung ni emosi tak stabil. Tangan Amsyar digenggam erat.

"Sayang, abang tak akan pernah putus asa dengan sayang. Abang tahu sayang tak akan lakukan perkara terkutuk tu. Cuma abang cemburu bila awak dekat dengan Daniel." Balas Amsyar sambil mengusap kepala isterinya dengan lembut.

"Abang, Daniel tu lah kawan yang paling baik Elena pernah ada. Waktu Elena lahirkan Zara, dia lah ada menemani Elena sampai Zara besar. Elena takkan lupa jasa dia tau."

"Dah dah jangan puji dia sangat. Suami awak dekat sebelah ni. Ingat sikit." Ujar Amsyar bernada cemburu.

"Abang ni kuat cemburu sekarang eh." Elena mencubit perut Amsyar.

"Aduh!! Tangan ketam! Dah jom tidur. Abang dodoikan. Sayang tak boleh tidur lewat lewat." Amsyar mengalih kedudukannya supaya Elena dapat baring dengan selesa.

Elena hanya menurut.

"Abang tak tidur?" Elena mendongak memandang Amsyar yang sedang membelai rambutnya.

"Abang tidurkan sayang dulu." Jawab Amsyar sambil sesekali mencium kepala isterinya.

"Tidurlah sayang, selagi abang hidup abang akan sentiasa jaga sayang sampai akhir hayat abang. I love you so much." Bisik Amsyar ditelinga Elena.

Elena membuka matanya sedikit lalu mengucup bibir Amsyar.

"I love you too." Balas Elena juga dalam keaadaan berbisik.

Akhirnya, Elena dan Amsyar tertidur dalam posisi itu. Dua hati bersatu. Semoga bahagia milik mereka kelak. Amiin.

It's officially end guys!🎉🎉🎉
Dah habis!! After this, no more special chapter. Thanks pada yang menunggu dua part special chapter ni. I love you guys so much💖

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now