DM 29

4.7K 111 6
                                    

"TOLONG! Tolong! Lepaskan aku!" Jerit Elena tiba tiba. Amsyar yang berjaga di sebelah katil Elena terus menggoncang bahu isterinya yang mengigau itu.

"Sayang bangun! Ini abang lah." Ujar Amsyar untuk menyedarkan Elena. Ubun ubun gadis itu diusap perlahan.

Elena terkejut lalu tersedar dari tidurnya. Dia mimpi buruk. Elena terus memeluk Amsyar sekuat hatinya dan menangis di dalam dakapan Amsyar.

Amsyar membalas pelukan Elena dan mengusap kepala isterinya untuk menenangkan.

"Abang! Elema takut...." Ujar Elena sambil menangis teresak esak. Terbayang bayang kerakusan Raqiff cuba untuk menodainya.

"Shhh... Jangan takut... Abang ada dengan sayang. Sayang akan sentiasa selamat." Ujar Amsyar lagi. Elena berasa agak tenang mendengar kata kata Amsyar. Dia rasa selamat berada dalam pelukan suaminya.

Setelah beberapa minit Elena meleraikan pelukan mereka. Amsyar tersenyum kecil lalu mengesat air mata isterinya.

"Sayang dah selamat. Abang minta maaf tak selamatkan sayang dengan cepat."

"It's okay abang. Bukan salah abang, Elena yang bodoh pergi buat keputusan ikut permintaan dia. Apa dah jadi dengan Raqiff?" Soal Elena perlahan sambil meneguk segelas air yang Amsyar berikan padanya.

"Dia dah ditangkap polis. Dah lah sayang tak payah fikir pasal dia tu. Sekarang ni, sayang rehat sebab beberapa hari lagi kita akan pergi Paris." Ujar Amsyar teruja.

"Buat apa pergi Paris?" Soal Elena pelik.

"For our honeymoon. Please jangan tolak. Abang dah tempah flight." Sambung Amsyar apabila Elena seperti mahu berkata sesuatu.

"Okay, cuma papa macam mana? Elena dah lama tak jenguk papa. Papa sihat?" Soal Elena apabila teringat tentang ayah nya itu.

"Papa sihat aje. Alaaa.. papa macam biasa la uruskan syarikat and bila kita pergi honeymoon, papa akan cover syarikat abang sekejap."

"Tak ke macam menyusahkan papa tu?" Soal Elena tidak senang.

"Tak adalah, abang bukan bagi papa buat kerja sorang sorang, Ada orang kanan syarikat abang akan tolong papa. Lagi pun, papa yang berkeras nak tolong handle syarikat abang."

Elena hanya mengangguk. Kalau semuanya keputusan papa, apa boleh dia buat.
































SUDAH dua hari Elena dan Amsyar berada di kota Paris. Elena berasa sangat gembira. Elena sudah melupakan apa yang terjadi padanya dek kerana Amsyar yang tidak pernah penat melayan dirinya.

"Sayang nak pergi mana mana tak hari ni?" Soal Amsyar yang sedang bermalas malasan di atas katil.

"Tak nak lah, sejuk." Balas Elena, matanya masih lagi kusyuk membaca novel di tangannya.

"Habis takkan nak duduk dalam bilik je. Sayang tak apa lah ada yang temankan." Amsyar mengerling buku yang sedang dibaca oleh Elena.

"Abang ni yang bosan tak tahu nak buat apa." Luah Amsyar.

Elena hanya tersenyum.

"Abang nak keluar pergi mana?"

Amsyar pula tersenyum gembira.

"Muzium." Jawab Amsyar.

Mata Elena terbeliak. Biar betul, takkan datang sini semata mata nak pergi muzium. Baik pergi muzium terengganu tu je.

"Jangan nak buat muka macam tu. Pergi siap sekarang." Arah Amsyar.

Elena menurut dengan wajah bosan.































MEREKA meninggalkan Hotel L'Empire Paris dengan menaiki teksi menuju ke muzium Louvre. Pada mulanya, Elena menyangka dia akan berasa bosan sepanjang berada di muzium ini namun sangkaannya meleset.

Mata Elena tidak berkelip memandang sebuah istana besar yang megah berdiri di hadapannya itu. Mereka melangkah memasuki halaman istana itu dan sekali lagi Elena terpegun melihat piramid kaca yang sangat memukau pandangan.

Banyak koleksi seni yang menarik di Lourve termasuk hasil lukisan pelukis Itali terkenal iaitu Leonardo Da Vinci. Lukisan Mona Lisa yang dilindungi secara khusus oleh lapisan kaca yang tebal itu tetap dapat dilihat dengan jelas biarpun dari jarak yang telah ditetapkan.

"Cantik tak?" Bisik Amsyar.

"Abang bawak sayang ke sini hanya untuk tengok lukisan ni je ke?" Soal Elena.

"No, abang nak bawa sayang jalan jalan. Jom." Ujar Amsyar.

Tangan Elena digenggam kemas.

Elena tersenyum bahagia.

Sepanjang perjalanan, Elena dapat melihat bot panjang yang mengangkut ramai pengunjung. Dia teringin mahu menaiki bot beratap dan berdinding kaca itu bersama Amsyar, namun keinginannya dipendam saja memandangkan Amsyar nampak gembira melihat persekitaran sepanjang jalan Seine.

"Sayang nak naik batobus ke?" Soal Amsyar sambil menunjuk ke arah bot panjang itu.

"Nak!" Ujar Elena gembira.

"Abang kenapa Paris bukan tempat lain?" Tanya Elena semasa mereka berada di dalam bas air yang panjang itu.

"Sayang tak suka?"

"Bukan tak suka, cuma...." Belum sempat Elena menghabiskan kata katanya telefon Amsyar berdering minta diangkat.

"Kejap eh sayang." Amsyar menjawab panggilan yang datangnya dari Puan Maria.

"Assalamualaikum mak. Ada apa call Amsyar ni?"

"Waalaikumussalam, abang Amsyar. Ni Nina. Mak Cik Maria kena serangan jantung abang. Baliklah kampung tengok keadaan Mak Cik." Ujar Nina dengan suara sayunya.

"Ya Allah, Mak Cik tak apa apa kan? Tak apa tak apa. Harini juga abang bertolak balik. Nina tolong jagakan mak cik ye." Pesan Amsyar. Hatinya sangat risau mendengar keadaan emaknya itu.

"Okay abang Amsyar. Balik cepat tau." Pesan Nina.

Amsyar terus menamatkan panggilan dan menuju ke arah isterinya.

"Sayang.. Kita kena balik. Mak kena serangan jantung." Ujar Amsyar dengan riak wajah risau.

"Ya Allah, mak okay tak?" Soal Elena juga risau.

"Tak tahulah. Harap harapnya okaylah." Kata Amsyar sambil merangkul bahu isterinya.























"MAK CIK, Nina dah cakap dah yang mak cik kena serangan jantung. Abang Amsyar cakap dia akan bertolak hari ni jugak. So, mari Nina makeupkan mak cik supaya nampak pucat sikit." Ujar Nina dengan gembira.

Puan Maria hanya tersenyum sinis.

VOTE ✨
COMMENT ✨
FOLLOW ✨

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now