DM 55 [ END ]

16K 203 19
                                    

ELENA terpempan melihat dua orang tetamu di hadapannya. Raqiff dan Puan Maria.

"Masuklah mak, Qiff." Elena menjemput kedua dua mereka untuk masuk ke dalam rumahnya.

"Sayang, siapa da..." Amsyar tak sempat menghabiskan kata katanya apabila melihat wajah Raqiff melangkah masuk di belakang Puan Maria.

"Kau buat apa kat sini ha?!" Amsyar meluru ke arah Raqiff sambil mengepal penumbuknya.

Elena segera menahan Amsyar. Tangan dilekap pada dada Amsyar dan diusap perlahan supaya suaminya itu bertenang.

"Abang, please...." Elena membuat isyarat supaya bertenang. Kalau jumpa nak bertumbuk je kerja bila nak selesai masalah?

Amsyar melepas nafas berat. Emosinya cuba dikawal sebaik mungkin.

Amsyar menarik tangan isterinya lalu melabuhkan punggung di atas sofa. Elena hanya mengikuti langkah suaminya itu asalkan tidak bergaduh.

"Mak, Qiff duduklah." Elena menjemput mereka duduk daripada jauh kerana Amsyar menggengam erat tangannya sampai tak boleh bergerak dia dibuatnya.

Puan Maria dan Raqiff melabuhkan punggung di atas sofa berhadapan Amsyar dan Elena.

"Kejap ye mak, Elena pergi buat air." Elena sudah berura ura mahu bangun daripada tempatnya, namun Amsyar merangkul pinggang nya erat sehingga dia tidak dapat bergerak seinci pun.

"Tak apalah Elena, mak tak haus pun." Puan Maria seakan akan faham keadaan menantunya itu.

Elena menayangkan wajah bersalah. Amsyar dijeling sekilas. Suaminya dia ni memang lah.

"Aku datang ni bukan nak buat kecoh, aku datang nak minta maaf." Raqiff memulakan ucapannya. Wajah ditunduk.

"Aku nak minta maaf pada kau Amsyar, aku sebenarnya cemburu. Aku cemburu sangat bila tengok Elena jadi milik kau bukan milik aku. Aku menyesal tinggalkan dia dulu, tapi tu semua cerita dulu. Aku sekarang lagi menyesal kerana aku korang kehilangan anak. Aku betul betul minta maaf." Raqiff beralih memandang Elena yang sudah bergenang matanya.

"Naura... Qiff tak tahu macam mana nak minta maaf dekat Naura. Cuma yang boleh Qiff harap Naura maafkan semua yang Qiff buat pada Naura, Qiff tahu semua tu tak mudah tapi Qiff betul betul menyesal. Qiff insaf." Raqiff menundukkan wajahnya tidak sanggup lagi memandang Elena. Besar sangat dosa dia pada Elena.

Elena mengesat air matanya yang menitis. Amsyar berdiri menghampiri Raqiff lalu berkata sesuatu dengan berbisik. Raqiff mengangguk dan mengikuti Amsyar ke luar kondo. Puan Maria dan Elena hanya diam, mesti ada sesuatu yang nak dibincangkan ataupun mungkin Amsyar mahukan penjelasan yang lebih terperinci.

"Semua ni salah mak, mak terlalu percayakan Raqiff." Puan Maria memecah kesunyian sebaik sahaja Raqiff dan Amsyar berlalu.

Puan Maria bangun daripada duduknya dan melabuhkan duduk di sebelah Elena. Puan Maria menggengam tangan Elena dengan erat.

"Elena... Mak nak minta maaf. Mak tahu mak banyak dosa dengan Elena. Daripada hari pertama Elena jadi isteri Amsyar, mak memang tak suka kan Elena sebab bagi mak Elena bukanlah menantu pilihan mak namun demi menjaga hati papa dan arwah mama Elena, mak setuju, sampaikan mak sanggup kahwinkan Amsyar dengan Nina tanpa fikirkan perasaan Elena. Mak suruh Elena tinggalkan Amsyar......" Puan Maria terhenti apabila mengimbas kembali perlakuan kejamnya dahulu membuatkan air matanya mengalir deras.

"Tapi jodoh korang kuat dan Allah tu maha adil, Amsyar dan Elena berjumpa dan sekarang mak sedar segala perbuatan mak. Mak sangat sangat menyesal. Tolong maafkan mak Elena. Elena maafkan mak, tolonglah." Puan Maria terus terusan menangis membuatkan hati Elena luluh. Dia teringat akan arwah Puan Naurah.

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now