DM 38

6.2K 165 12
                                    

"ZARA come here." Panggil Elena kepada anaknya yang sedang menyikat rambutnya sendiri. Zara memang seorang kanak kanak yang pandai berdikari dek kerana sudah di didik dari kecil oleh Elena.

Zara menuju ke arah Elena di atas katil lalu Elena mengangkat anaknya itu supaya duduk di atas katil bersamanya.

"Kenapa mama?"

"Ermm... Mama ada benda nak cakap dengan Zara. Sambil sambil tu mari mama sikatkan rambut Zara." Ujar Elena dan mengambil sikat di tangan Zara lalu mula menyikat rambut anaknya yang separas bahu itu.

"Zara sayang mama tak?" 

"Mestilah Zara sayang mama, Zara sayang mama, atok, papa dan uncle Daniel." Balas Zara yang petah berkata kata.

"Zara nak jumpa papa?" Soal Elena lagi.

"Nak! Zara nak mama tinggal dengan papa."

"Sebenarnya... Uncle yang Zara jumpa dekat office tadi tu.. papa Zara." Jelas Elena kepada Zara. Dia tidak mahu menyimpan rahsia daripada anaknya itu. Zara layak tahu siapa ayahnya.

Zara mengalih badannya menghadap Elena. Wajah comel Zara membuatkan Elena berasa sedih mengenangkan Zara yang tidak mendapat kasih sayang bapanya.

"Uncle tu papa Zara? Kenapa mama tak duduk dengan Uncle tu?" Tanya Zara hairan.

"Ermmm... Eh! Bukan semalam Zara cakap Zara nak tidur dengan atok ke? Jom mama hantarkan." Kata Elena mengubah topik. Cukuplah sekadar Zara tahu Amsyar ialah ayahnya bukan sebab dia dah Amsyar berpisah. Zara masih kecil.

Zara pula sudah teruja dan menarik tangan Elena keluar dari bilik kondonya menuju bilik kondo Tuan Mikail yang hanya bersebelahan bilik mereka.

Sebaik sahaja Elena menghantar Zara, Elena menuju ke biliknya kembali untuk mandi dan tidur. Dirinya masih lagi memakai pakaian waktu meeting tengah hari tadi.

Elena memulas tombol pintu masuk biliknya namun belum sempat dia mahu menutup pintu seseorang menolak tangan Elena dan masuk ke dalam bilik lalu dengan pantas menutup pintu.

Elena terkejut apabila melihat orang di depannya itu. Amsyar!

"Abang! Apa abang buat kat sini?!" Elena meninggalkan suaranya akibat terkejut dengan kehadiran Amsyar.

"Saja, nak melawat isteri sendiri." Kata Amsyar sambil berjalan mengelilingi Elena. Riak wajah Amsyar sukar dibaca oleh Elena.

"Isteri? Apa yang abang merepek ni?! Elena bukan isteri abang lagi." Ujar Elena. Pandangannya dibuang ke arah balkoni, tak mahu bertentang mata dengan Amsyar.

"Siapa cakap? Elana ada ke terima surat cerai dari abang?"

Elena terdiam. Bermakna selama ini dia masih isteri Amsyar?

"Tak ada kan? So, Elena masih isteri abang yang sah." Ujar Amsyar apabila Elena diam membisu.

"Abang nak apa ni? Tak elok lah abang datang sini malam malam." Elena berpeluk tubuh menghadap suaminya.

"Tak elok apanya? Kan abang dah cakap kita masih lagi suami isteri. Apa yang tak eloknya?" Tanya Amsyar sambil melabuhkan punggung di sofa kondo Elena. Kondo itu diperhati di setiap sudut.

"Abang, tolong keluar dari sini." Arah Elena. Dia tak bersedia nak bincang apa apa dengan Amsyar di ketika ini.

"Kenapa Elena nak sangat abang keluar ni? Kenapa? Daniel nak datang sini? Kalau dia nak datang, suruh dia datang cepat sikit boleh abang tengok drama apa yang Elena nak buat dengan dia." Kata Amsyar sambil bangun dan mengunci Elena di dinding dengan kedua belah tangannya pula.

"No, ini tak ada kaitan dengan Daniel. Abang tu datang sini nak apa sebenarnya." Dia cuba memberanikan diri menentang mata Amsyar yang begitu dekat dengannya ketika ini. Debaran di dada disembunyikan sebaik mungkin.

"Abang cuma nak beritahu esok abang akan bawa peguam. Kita akan bincang untuk bercerai." Ujar Amsyar selamba. Dia mahu menguji Elena.

Elena menghela nafas berat.

"Kalau macam tu, abang tolong keluar sekarang. Esok kita jumpa, abang bawalah peguam abang." Ujar Elena sambil membuka pintu menyuruh Amsyar keluar dari kondo itu.

Amsyar terus berlalu keluar dengan senyuman sinis. Dia mahu Elena rasakan sengsaranya dia untuk melupakan Elena bila Elena meninggalkannya disaat dia tidak berdaya untuk berbuat apa apa.

























"KENAPA? Abang nak penjelasan daripada Elena. Kenapa Elena tinggalkan abang dulu?" Elena terdiam seribu bahasa mendengar soalan soalan Amsyar. Dia tak pelik, memang patut pun Amsyar tanya semua soalan tu. Siapa tak kecewa bila ditinggalkan oleh orang yang kita sayang saat kita tak berdaya nak buat apa apa?

Mereka duduk di bangku batu yang disediakan secara bersebelahan namun masih menjaga jarak. Amsyar dan Elena berjumpa untuk menyelesaikan masalah antara mereka. Elena sudah pun memaklumkan pada Tuan Mikail bahawa dia berjumpa dengan Amsyar pada petang itu.

"Abang tak perlu tahu semua tu. Sekarang ni kita nak selesaikan masalah di antara kita. Abang ceraikan Elena." Jawab Elena dengan tenang biarpun hatinya sakit. Dia perlu lakukan semua ini agar Amsyar tidak berada di dalam bahaya.

"Kenapa abang tak perlu tahu? Itu yang menyebabkan masalah pada kita. Elena yang tiba tiba tinggalkan abang terkapai kapai seorang diri. Ataupun Elena cuma permainkan abang waktu Elena mengaku Elena cintakan abang?" Tanya Amsyar masih tidak berpuas hati dengan jawapan Elena itu. Mudah betul jawapan yang diberikan oleh Elena seolah olah percintaan mereka sebelum ini cuma sebuah teater.

"Yes, sebenarnya Elena tak ada hati pun kat abang. Elena terima abang waktu tu hanya kerana kesian." Ujar Elena lagi untuk menyakinkan Amsyar. Dia terpaksa buat begitu demi keselamatan dirinya dan juga Amsyar dari perempuan gila Nina tu.

'Maaafkan Elena abang, Elena terpaksa cakap begini demi keselamatan abang.' Kata hati Elena.

Amsyar menggelengkan kepalanya tidak percaya. Dia tidak percaya Elena boleh berubah dalam masa sesingkat itu.

"Abang tak sangka bertemu dengan perempuan macam awak. Baik Elena buka aje tudung tu. Tudung tu tak mampu lindungi hati awak yang hitam tu. Cantik tapi sayang hati awak busuk." Kata Amsyar kepada Elena yang bagaikan tiada perasaan itu. Dia tak akan puas hati selagi Elena belum menunjukkan bahawa dia terseksa dengan perpisahan mereka.

Elena menundukkan wajahnya seketika untuk menghadam kata kata yang dilemparkan padanya itu. Dia faham situasi Amsyar. Manusia mana pun mesti akan salah faham jika berada dalam situasi ini.

"Ikut suka abanglah nak cakap apa pun. Elena tahu apa yang Elena buat." Kata Elena lalu berlalu meninggalkan Amsyar keseorangan.

VOTE✨
COMMENT✨
FOLLOW✨

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now