DM 41

8K 183 20
                                    

SEPERTI biasa setelah seharian di tempat kerja, Elena berbaring di atas katil untuk merehatkan dirinya. Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Mata Elena mula mengantuk setelah dia menguap beberapa kali.

sebaik sahaja dia mahu melelapkan mata telefonnya berbunyi minta diangkat. Dia melihat nama pemanggil iaitu Zara, dia terus mengangkat.

"Zara, Kenapa call mama ni? Nak balik bilik ke?" Soal Elena penuh prihatin. Risau juga dia kalau anak nya sorang itu rasa terabai ke apa memandangkan dia agak busy dua tiga hari ini.

"Mama, tak lah saja call mama. Tak boleh tidur." Adu Zara di dalam talian. Suara kecil yang sudah lama tidak didengari itu membuatkan dia rindu pada anaknya itu.

"Dah lewat malam ni sayang. Pergilah tidur." Pujuk Elena dengan selembut mungkin.

"Okay mama, goodnight love you."

"Goodnight, love you too sayang."

Baru beberapa minit Elena meletakkan telefonnya sekali lagi telefonnya berbunyi. Dia terus mengangkat tanpa melihat nama pemanggil.

"Hello sayang, kenapa? Dah lewat malam ni takkan tak boleh tidur lagi?" Soal Elena lembut disangkanya Zara.

"Awak bercakap dengan siapa ni?" Soal suara di hujung talian.

Elena terkejut. Dia terus melihat nama pemanggil. Amsyar Qairi!

"Err.. Tak ada siapa siapa. Kenapa abang call ni?" Elena mengigit bibir. Kenapa lah dia tak tengok dulu nama pemanggil tadi.

"Abang nak pergi rumah awak. Nak hantar makanan and some dokumen."

Elena terus bangun daripada tidurnya. Jam di sebelah katil dikerling sekilas. Dah 12 lebih.

"Dah malam ni. Esok aja lah."

"Tak ada tak ada, kejap lagi abang sampai buka pintu." Amsyar terus meletakkan panggilan tanpa menunggu respons daripada Elena.

Elena mengeluh. Dia bangun dan membetulkan pajamas di badannya lalu dicapai selendang hitam lalu dililit ala kadar pada kepalanya.

Ting! Tong!

Elena cepat cepat pergi ke arah pintu dan membuka nya. Terpacul lah wajah Amsyar yang menunggu.

"Ermm.. Mana dokumen and makanan tu?" Tanya Elena apabila tidak kelihatan sebarang dokumen atau makanan di tangan Amsyar.

"Tak akan nak bagi dekat sini? Tak nak jemput abang masuk dulu ke?"

"Tak perlulah. Dah malam. Bagi je lah dekat sini." Ujar Elena tidak selesa. Takut pula kalau jiran nampak walaupun dah tengah malam.

"Rasanya perlu kut." Kata Amsyar dan terus memegang tangan Elena yang menahan pintu lalu membawanya masuk dan menutup pintu.

"Apa ni abang? Abang!" Elena terus menarik tangannya daripada genggaman  suaminya.

"Kenapa?" Soal Amsyar bersahaja.

Elena menahan selendangnya dari melorot jatuh. Amsyar tersenyum sinis.

Dia menepis tangan Elena yang menahan selendangnya lalu menarik selendang Elena daripada kepalanya dan mencampak selendang ke tepi.

Elena terus menundukkan kepalanya. Tak biasa dengan keadaan ini biarpun Amsyar masih lagi suaminya.

"Cantiknya Elena malam ni." Bisik Amsyar. Jantung Elena berdegup kencang mendengar suara Amsyar yang gemersik di telinga nya.

Amsyar mendekati Elena.

"Lama abang tak tengok rambut Elena macam ni." Amsyar berjalan mengelilingi Elena dan berhenti di belakangnya.

Amsyar menyentuh bahu Elena perlahan lahan. Elena terus memejamkan matanya. Dia tidak tahu apa yang perlu dirasakan. Dia sangat merindui sentuhan Amsyar sehingga tak mampu untuk menghalang.

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now