DM 14

4.5K 111 0
                                    

AMSYAR melangkah keluar dari bilik air lalu melihat sekeliling. Elena tiada di dalam bilik. Mana pula isteri dia pergi?

Amsyar hanya mengangkat bahunya lalu menuju ke bilik wardrobe Elena untuk menyalin pakaian.

Sebaik sahaja Amsyar memulas tombol pintu,

"Aaaaaaaa!" Jerit Elena lalu mehempas pintu supaya kembali tertutup. Amsyar pula terkejut apabila terlihat Elena yang tidak mempunyai sehelai benang di tubuhnya.

Terus ditutup pintu secepat mungkin. Amsyar mengucap beberapa kali sambil menggosok gosok dadanya. Kus semangat.

Selepas beberapa minit, Elena membuka pintu lalu keluar dari bilik wardrobe.

"Aik! Bila awak mandi?" Tanya Amsyar apabila melihat Elena sudah elok berpakaian baju tidur.

"Dalam wardrobe ada bilik air lagi satu." Jawab Elena mendatar. Masih malu dengan kejadian tadi. Ada ke patut main buka je pintu tak ketuk dulu. Habis semua Amsyar nampak.

"Ouh." Balas Amsyar lalu masuk ke dalam wardrobe untuk menyiapkan dirinya. Tahu Elena masih malu dia malas bertanya banyak.

10 minit berlalu, Amsyar keluar dari wardrobe. Dia mengenakan seluar track hitam dan juga t-shirt hitam. Selesa untuk dibawa tidur.

Amsyar tercari cari kelibat Elena yang tidak kelihatan di dalam bilik. Krek!

Elena melangkah masuk ke dalam bilik sebelum melangkah ke meja kecil di tepi katil lalu meletakkan telefonnya di situ.

"Awak pergi mana tadi?" Tanya Amsyar berbasa basi. Agak kekok berdua duaan dengan Elena di dalam bilik.

"Aku pergi ambik handphone dekat bawah."

Wajah Amsyar berubah serius secara tiba tiba. Amsyar melangkah mendekati Elena. Elena sudah cuak melihat riak wajah Amsyar yang berubah.

Apa yang tak kena? Aku salah cakap ke? Soal Elena di dalam hati.

"Kenapa kau ni?" Tanya Elena.

Amsyar hanya diam. Sebaik sahaja sampai di depan Elena, Amsyar menolak Elena perlahan ke dinding dan mengunci Elena dengan kedua belah tangannya ditekapkan ke dinding.

"Eh kau ni kenapa? Jangan macam macam eh. Jangan sampai aku jerit." Elena cuba mengugut. Tidak mahu menunjukkan bahawa dia sedang gementar berhadapan dengan Amsyar.

"Jeritlah." Amsyar merenung ke dalam anak mata Elena mencabar gadis itu.

Elena tertelan air. Tahu dia tidak boleh berbuat begitu.

Mereka bertentangan mata selama beberapa saat sebelum Amsyar perlahan lahan membenamkan wajahnya di leher Elena.

"Amsyar!" Jerit Elena dek terkejut.

Amsyar tidak mengendahkan Elena lalu meneruskan cumbuannya. Elena menolak bahu Amsyar namun apakan daya, dia perempuan Amsyar tu lelaki.

Elena membiarkan Amsyar untuk beberapa saat. Namun tiada tanda tanda untuk lelaki berhenti.

"Amsyar... Tolong lepaskan aku." Rayu Elena.

"Auch! Sakitlah! Amsyar! Kau buat apa ni? Esok aku ada shooting lah. Nanti diorang perasan ada tanda macam mana!" Bebel Elena apabila merasakan kesakitan di lehernya. Confirm berbekas esok!

Akhirnya, Amsyar mengangkat mukanya dari leher Elena lalu matanya terarah pada bibir pink Elena pula.

Elena terus menutup bibirnya lalu menolak Amsyar sekuat hati. Elena menghentakkan kakinya tanda protes lalu berbaring di atas katil. Selimut ditarik hingga paras kepala.

Amsyar seperti tersedar dari tindakannya. Wajah diraup dengan kesal. Aduh! Silap pulak! Bisik Amsyar seorang diri.

Niatnya cuma nak menakutkan Elena supaya tidak menggunakan gelaran kau dan aku. Tapi bila dah dekat macam itu terlupa pula apa niat sebenarnya. Hebat sungguh penangan El Naura Elena.

















ELENA dan Amsyar turun ke dapur bersama sama. Sejak kejadian malam semalam, Elena sudah tidak bercakap dengan Amsyar lagi, Amsyar pun tak berani nak tegur.

"Come! Breakfast dengan mama." Puan Naurah menggamit Elena dan Amsyar.

Mereka terus menuju ke meja makan dan duduk sebelah menyebelah.

"Amboi! Merah!" Tegur Tuan Mikail secara tiba tiba. Semua mata terus tertumpu ke arah Elena.

Elena hairan. Kenapa pula semua pandang dia?

"OMG! Baru teringat! Ada kesan yang Amsyar buat kepadanya semalam! Ya allah malunya!" Rungut Elena dalam hati.

Elena cepat cepat menguis rambut panjang nya supaya menutupi leher nya.

"Tak lama lagi, papa dapat cucu lah kan?" Tanya Tuan Mikail teruja.

"Apa papa merepek ni? Elena tak nak anak. Elena sayang kerja Elena. Nanti kalau dah mengandung macam mana nak jadi model? Mana nak dapat job?" Bebel Elena ringkas. Wajah dimasamkan.

"Yang abang ni pun. Janganlah usik Elena macam tu. Dia baru lagi kan." Sampuk Puan Naurah dipersetujui oleh Puan Maria yang hanya menganggukan kepalanya.

Amsyar tersenyum sumbing.

"Eii! Kau dah buat aku macam ni, pastu nak senyum senyum pulak ye.. tunggu kau!" Kata Elena lagi di dalam hati.

Tangan Elena merayap ke bawah meja lalu mencubit peha Amsyar sekuat hatinya. Hahahaha! Padan muka kau!

"Adoi!! Sakit!!" Amsyar mengaduh kesakitan.

"Eh, Amsyar kenapa ni?" Tanya Puan Maria.

"Tak ada apa, mak. Err.. ni bihun pedas. Sakit lidah." Kata Amsyar sambil mengerling Elena.

Elena tidak mengendahkan Amsyar.

"Aik! Setahu mama takda lah letak cili banyak sangat tadi? Amsyar bukan makan pedas ke? Takkanlah itu pun tak boleh tahan?" Soal Puan Naurah pelik.

"Err... Tulaa.. Sejak sejak kahwin ni. Tak makan pedas." Jawab Amsyar tersengih kambing.

"Err... Mak bila balik kampung? Amsyar boleh tolong hantarkan." Kata Amsyar tukar topik.

"Esok. Boleh ke hantar?" Tanya Puan Maria.

"Boleh je, bawa Elena sekali."

"Eh, Tak bolehlah. Aku ada photoshoot." Bantah Elena.

Amsyar menjegilkan matanya ke arah Elena supaya menukar kata ganti nama di depan ibu bapa mereka.

"Err.. Tak boleh lah awak. Saya ada photoshoot esok. Untuk majalah. Lepas tu saya ada kerja sikit dekat office." Kata Elena selembut mungkin.

"Alaa.. Saya nak pergi dengan awak. Batalkan je lah." Balas Amsyar manja. Rasa nak lempang je tengok muka mengada Amsyar itu.

Baru sahaja Elena hendak membuka mulut, Tuan Mikail menyampuk.

"Dengar cakap suami tu Elena. Batalkan je photoshoot tu. Nanti kerja dekat office tu papa settlekan." Sampuk Tuan Mikail.

"Mmm.. okay, tapi kerja dekat office tu Elena kena turun padang sebab ada masalah dengan client." Ujar Elena masih cuba untuk mengelak dari mengikut Amsyar balik ke kampung. Tapi dia bukan menipu, memang sungguh dia ada kerja.

"Tak apa, nanti papa gantikan Elena."

"Okay." Balas Elena lemah.

"Elena pergi kerja dulu. Dah lambat ni. Ada shooting. Sepatutnya, Elena kena ada dekat set dah sekarang ni." Elena menyalam tangan Puan Naurah, Puan Maria dan Tuan Mikail.

"Biar saya hantar awak." Amsyar menawarkan diri.

Elena tidak membalas sebaliknya berlalu keluar dari banglo itu.

"Amsyar pergi dulu mama, mak, papa." Amsyar segera berlari mengejar langkah Elena selepas menyalam ketiga tiga orang tua mereka.

VOTE ✨
COMMENT ✨
FOLLOW✨

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now