DM 52

9.1K 176 20
                                    

"ELENA dengan Zara dah siap?" Tanya Amsyar sebaik sahaja membuka pintu bilik. Dia bercadang mahu meluangkan masa bersama anak dan isterinya sempena cuti hujung minggu ini.

"Dah abang, abang nak bawa kitaorang pergi mana?" Tanya Elena sekadar mahu tahu.

"Kita pergi jalan jalanlah, lama abang tak luangkan masa untuk isteri dan anak abang ni." Amsyar mencuit pipi Zara.

Zara tersengih.

"Jom lah kita gerak." Amsyar segera memimpin tangan Zara keluar daripada bilik diikuti oleh Elena.

Mereka meluangkan masa bersama dari petang hinggalah ke malam. Dari taman permainan hinggalah ke restoran untuk makan malam. Dari teruja hingga letih. Setelah jam menunjukkan pukul 11:30 malam, mereka segera pulang kerana Zara pun sudah tertidur kepenatan.






























SETELAH membersihkan diri dan menidurkan Zara, Elena turun ke dapur untuk membuat air kepada Amsyar sebelum tidur.

Sedang Elena leka mengacau nescafe di dalam mug, seseorang menolak bahunya dari belakang. Elena menoleh dan terlihat ibu mertuanya bercekak pinggang di belakangnya.

"Dah puas jalan jalan? Tak boleh ke kalau hujung minggu kau biarkan Amsyar dekat rumah, luangkan masa dengan aku. Kau ni memang mengada ngada." Tanpa amaran Puan Maria menunjal kepala Elena.

"Mak, bukan Elena yang ajak abang Amsyar keluar." Jawab Elena perlahan. Dia cuba untuk bersabar melayan kerenah ibu mertuanya ini.

"Memang itulah jawapan kau. Kau nak bela diri sendiri kan? Kau saja nak buat Amsyar jauh dari aku kan? Aku menyampah tengok muka kau ni tahu tak?!" Puan Maria berpeluk tubuh dengan wajah ketat. Entah apa yang dia tak puas hati sangat dengan Elena pun tak tahulah.

"Elena faham.." belum sempat Elena habis berkata kata Puan Maria menyampuk.

"Kau faham? Apa yang kau faham? Kau tak faham apa apa pun. Kau ni cuma menyusahkan orang lain. Kau ni memang.." Kata kata Puan Maria terhenti sebaik sahaja satu suara menyampuk.

"Mak sembang apa dengan Elena?" Tanya Amsyar yang baru sahaja turun daripada tangga.

Puan Maria segera memperbetulkan kedudukannya dan berdehem sedikit.

"Tak ada apa apa, mak sembang kosong je dengan Elena. Ermm.. mak masuk bilik dulu lah. Nak tengok Zara." Puan Maria segera berlalu meninggalkan Amsyar dan Elena.

Amsyar mendekati Elena yang menundukkan wajahnya.

"Elena, awak okay tak?" Tanya Amsyar apabila perasan riak wajah isterinya bertukar keruh.

Elena yang merasakan air matanya seperti tunggu masa hendak mengalir cepat cepat berlari anak meninggalkan Amsyar menuju ke tingkat atas.

Amsyar kebingungan.

Amsyar segera mengikuti langkah isterinya.































"SAYANG?" Amsyar kuak pintu bilik mereka.

Elena yang perasan Amsyar memasuki bilik segera mengelap air matanya.

"Ye abang." Selimut yang membaluti tubuhnya dibetulkan sehingga paras dada.

"Sayang okay tak?" Amsyar melabuhkan punggungnya di birai katil.

"Okay je, kenapa?"

"Tadi borak apa dengan mak?"

"Borak pasal kandungan Elena je."

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now