DM 42

8.1K 189 23
                                    

MALAYSI

PUAN Maria kini sudah mengambil alih menduduki rumah Elena dan Amsyar yang tidak berpenghuni atas arahan Amsyar juga.

Puan Maria membebel seorang diri akibat teringat dirinya yang lupa untuk membeli kunyit. Dia berpusing ke belakang berjalan ke kedai runcit semula.

Tanpa Puan Maria sedar, dua orang lelaki bermotosikal sedang menuju ke arahnya. Mereka menarik beg tangan Puan Maria hingga terjatuh orang tua itu. Puan Maria lekas menjerit meminta tolong sambil menahan kesakitan.

Seorang lelaki yang kebetulan berada berdekatan terus menolong Puan Maria mendapatkan beg nya kembali.

"Terima kasih lah nak. Kalau tak ada kamu entah macam mana nasib makcik tadi." Ujar Puan Maria berterima kasih kepada insan yang sudi menolong nya. Siap tolong hantar dia ke rumah lagi.

"Nama anak ni siapa?" Soal Puan Maria mahu berkenalan lebih rapat dengan anak muda yang baik hati itu.

"Nama saya Raqiff makcik." Ujar lelaki itu memperkenalkan dirinya sambil tersenyum manis.

"Raqiff, marilah minum dulu dekat rumah makcik." Jemput Puan Maria. Alang alang mereka dah berada di rumahnya, dia ingin membalas jasa anak lelaki itu.

Raqiff mengangguk dan melangkah masuk ke dalam rumah mengikut jejak Puan Maria. Benda pertama sekali dia ternampak ialah gambar perkahwinan Elena bersama Amsyar di dalam rumah itu, dia segera bertanyakan kepada Puan Maria.

"Ermm.. makcik, boleh saya tahu siapa dalam gambar ni?" Tanya Raqiff tanpa segan silu.

"Ouh yang itu... Yang lelaki tu anak makcik Amsyar. Yang perempuan tu menantu makcik." Ujar Puan Maria dalam nada bosan. Seolah olah tidak rela nak menyebut status Elena sebagai menantunya.

"Ouh.. Mana mereka berdua?"

"Amsyar dekat Italy. Yang isterinya entah kemana, makcik pun malas nak ambil tahu." Ujar Puan Maria tanpa mengetahui keadaan Amsyar dan Elena.

Raqiff mengangguk sambil tersenyum sinis. Kecil sungguh dunia ini.























ITALY

SELEPAS menghantar dokumen cerai kepada pekerja Amsyar. Elena terus bergerak ke kondo Tuan Mikail untuk bertemu dengan anaknya.

"Assalamualaikum papa." Elena terus menyalami tangan Tuan Mikail penuh hormat.

"Waalaikumussalam Elena. Zara! Meh sini. Mama datang ni." Tuan Mikail menjerit memanggil nama Zara.

Zara yang mendengar namanya dipangggil terus menuju ke ruang tamu dan terlihat mamanya sedang duduk di kerusi. Dia terus menjerit teruja dan melompat duduk di pangkuan Elena.

"Anak mama sihat?"

"Sihat!"

"Best tak duduk dengan atok?" Soal Elena sambil mengusap kepala anaknya itu.

"Best sangat. Atok ajar Zara baca buku." Ujar Zara yang petah berkata kata.

"Pandai ke baca buku tu?"

"Pandai sikit sikit je."

"Zara duduk dengan atok buat apa je?"

"Zara tengok tv, main dengan atok, baca buku."

"Ouh.. Ada ingat mama tak?"

"Mestilah ingat." Zara mencium pipi Elena sambil meneruskan membaca buku yang dipegang.

"Elena, Zara mari minum dulu." Ajak Tuan Mikail yang sudah duduk di kerusi meja makan.

"Zara jom kita minum dulu." Ujar Elena kepada Zara yang kusyuk membaca buku.

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now