DM 54

11.2K 179 6
                                    

"BANG!" Pintu bilik Raqiff dipecahkan daripada luar. Amsyar segera meluru masuk ke dalam bilik Raqiff dengan riak wajah bengis.

Raqiff yang baru bangun dari tidur terpisat pisat melihat Amsyar didepan matanya. Apahal pula ni?

Sebaik sahaja matanya boleh dibuka dengan baik, sebiji tumbukan dilepaskan ke wajahnya membuatkan dia terteleng ke kiri. Dia menatap wajah Amsyar yang bengis.

"Apasal dengan kau ni?!" Tengking Raqiff, mana tidak baru bangun tidur dah dapat penumbuk.

"Kau tanya aku apasal?" Amsyar menarik kolar baju Raqiff dan melepaskan sebiji lagi penumbuk.

Raqiff terjatuh ke lantai namun segera bangun dan meluru ke arah Amsyar. Baru sahaja mahu melepaskan tumbukanya kepada Amsyar, sepasang tangan menghalang.

Puan Maria menahan Raqiff dan Amsyar dari terus bertumbuk. Zara pula hanya memerhati dari muka pintu.

"Mak, mak masih nak bela dia ni lagi?" Nafas Amsyar sudah tidak teratur.

"Tak, mak tahu Raqiff salah. Cuma, janganlah bergaduh macam ni. Zara tengok tak malu ke? Qiff, mak tak sangka perangai kamu macam ni. Selama ni mak anggap kamu macam anak mak sendiri tapi ini yang kamu balas? Kalau macam ni perangai kamu, baik kamu keluar sahajalah dari rumah ni." Puan Maria berdiri tegak di hadapan Raqiff.

Raqiff meraup wajahnya.

"Qiff pun tak nak tinggal sini lagi mak. Qiff duduk sini hanya untuk tunggu Elena pulang ke rumah ni. Bukan untuk jaga mak. Tapi, bila Qiff duduk lama dekat sini..." Raqiff berhenti seketika, air matanya bertakung.

"Qiff sedar Qiff dah sayang mak macam Qiff sayang mak Qiff sendiri. Tapi Qiff tak dapat halang diri Qiff bila tengok Elena. Qiff masih cintakan dia." Amsyar semakin bengang apabila mendengar ayat terakhir Raqiff.

"Mak, Amsyar rasa Amsyar memang patut tinggalkan rumah ni sebelum apa apa yang tak baik terjadi. Nanti bila Elena keluar hospital dia akan duduk dekat kondo Amsyar. Amsyar dan keluarga Amsyar akan duduk sana. Sesekali Amsyar akan datang jenguk mak. Zara jom kemas barang ikut papa." Sebaik sahaja habis berkata kata Amsyar menarik tangan Zara supaya mengemas barang mereka dan keluar dari rumah itu dengan kadar segera.

Raqiff juga mengemas barang barangnya untuk meninggalkan Rumah itu.

Puan Maria hanya memerhati tindak tanduk Raqiff. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Dari awal perkahwinan Elena dan Amsyar tidak menjadi mengikut perancangannya namun dia sedar, dia beruntung kerana memiliki menantu yang baik seperti Elena. Dia rasa berdosa pada Elena. Kalau tidak kerana dia, mesti Elena dan Amsyar sudah bahagia sekarang.


























SEMINGGU KEMUDIAN

ELENA sudah dibenarkan pulang dan mereka sudahpun berpindah ke kondo Amsyar. Dia tidak lagi melawan apabila Amsyar bercadang untuk berpindah.

"Abang! Bagi balik remote tv tu!" Elena mengejar Amsyar yang memegang remote tv di tangannya.

"Kejarlah abang dulu. Zara, kejarlah papa!" Amsyar tergelak sambil bersembunyi di sebalik sofa.

"Aduh! Sakitnya...." Elena berpura pura terjatuh sambil memaut tangan Zara.

Zara hanya tersenyum mengetahui rancangan mamanya itu.

"Papa! Mama jatuh!" Zara menjerit nyaring memanggil papanya.

Riak wajah Amsyar terus berubah panik. Dia mendekati Elena lalu bercangkung di sisi isterinya itu. Keadaan Elena yang terbaring lemah diperhati.

"Sayang! Abang minta maaf. Jom, kita pergi hospital." Belum sempat Amsyar mahu mencempungnya isterinya itu, Elena gelak terbahak bahak.

"Tipu je." Elena mencuit hidung Amsyar. Seronok betul dia kenakan Amsyar yang naif itu.

Amsyar membuat muka bengang. Penat dia risau tadi.

"Sayang ni kalau nak bergurau pun agak agaklah. Risau abang!" Amsyar memasamkan wajahnya. Dia tak suka Elena bergurau perkara yang serius seperti itu.

"Sampai hati abang marah Elena..." Elena memaling wajahnya tanda merajuk. Eh dia pula merajuk.

"Mama merajuk papa buat." Zara menudingkan jari telunjuknya pada Amsyar.

Amsyar memeluk Elena dengan erat.

"Janganlah sayang.... Abang main main je tadi." Amsyar mengucup pipi Elena sekilas. Elena menepis.

"Ish abang ni, depan Zara ni." Elena menarik Zara ke dalam pelukannya. Malu sebenarnya.

"Tak apalah, sekali sekala." Amsyar memeluk kedua mereka dengan erat. Sedang mereka bertiga sedang berpelukan loceng berbunyi mematikan tindakan mereka.

"Siapa tu? Sayang tolong bukakkan." Arah Amsyar sambil meleraikan pelukan mereka. Tangan Zara dipimpin untuk mengikuti langkah isterinya.

Elena menuju ke arah pintu dan memulas tombol pintu. Elena terpempan melihat tetamu yang sedang berdiri di hadapan kala ini.

VOTE ✨
COMMENT ✨
FOLLOW ✨

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now