DM 35

6K 139 9
                                    

ELENA melangkah masuk ke dalam gudang lama. Hatinya berdebar debar menanti apa yang bakal keluar daripada gudang yang gelap itu.

Secara tiba tiba seluruh gudang itu menjadi terang benderang dan kelihatan ramai lelaki lelaki berbadan tegap mengeliling Tuan Mikail yang diikat di atas kerusi.

"Papa!" Elena tanpa berlengah terus berlari ke arah Tuan Mikail namun ditahan oleh dua orang lelaki berbadan tegap disitu.

Mereka merangkul lengan Elena seraya mengheret gadis itu jauh daripada bapanya.

"Lepaskan aku lah!" Tengking Elena sambil meronta. Air matanya mula menitis melihat keadaan Tuan Mikail yang nampak lemah dengan selotep di mulutnya.

Nina muncul dari dalam gudang dan mendekati Elena. Dia tersenyum sinis sebelum mencengkam rahang milik Elena sekuat hatinya.

"Kau nak apa hah?! Lepaskan ayah aku!" Jerit Elena. Kesakitan akibat cengkaman Nina ditahan sebaik mungkin.

"Kau nak aku lepaskan ayah kau?" Tanya Nina lalu meninggalkan Elena dan menuju pula ke arah Tuan Mikail.

Dia mengeluarkan pisau lipat dari poket seluarnya lalu diletakkan pada leher Tuan Mikail. Dia saja nak mengugut Elena.

"Papa! Nina please! Jangan apa apakan ayah aku! Kau nak apa? Aku akan bagi apa saja yang kau nak tapi tolong lepaskan ayah aku. Dia tak bersalah." Rayu Elena apabila dia sedar dia tidak akan dapat melawan Nina di kala ini.

"Soalan tu yang aku tunggu sedari tadi. Apa yang aku nak eh?" Nina menjauhkan pisau dari leher Tuan Mikail lalu berdiri di hadapan Elena. Jari dimain mainkan di dagunya seolah olah berfikir.

"Easy girl, aku nak... sebaik sahaja aku lepaskan ayah kesayangan kau ni, kau dengan ayah kau berambus daripada sini. Aku tak nak kau rapat dengan Amsyar. Aku nak kau pergi jauh daripada sini. Lupakan Amsyar dan aku akan suruh Amsyar ceraikan kau. Settle." Ujar Nina sambil tersenyum sinis. Dia sudah membayangkan kehidupannya bersama Amsyar tanpa gangguan Elena.

Elena terpempan. Elena menatap wajah Nina seolah olah tidak percaya. Dia tak sangka begitu kejam gadis di depannya ini.

"Kalau aku tak nak?"

"Oh, tu lagi senang. Kalau kau tak nak, aku akan hapuskan kau dan ayah kau sekali lepas tu aku akan hidup bahagia dengan Amsyar. Kau kena bersyukur aku bagi peluang untuk kau selamatkan hidup kau." Kata Nina tanpa gentar.

Elena terdiam. Tidak tahu apa yang perlu dikata. Sukar untuk dia buat pilihan. Ibarat ditelan mati mak diluah mati bapa.

Elena berfikir sejenak dan matanya jatuh pada keadaan Tuan Mikail yang lemah. Hatinya sayu melihat keadaan papa. Tak mungkin dia sanggup mengorbankan kehidupan mereka semata mata untuk bersama dengan Amsyar. Akhirnya dia mengangguk perlahan.

"Baiklah, kalau itu yang kau nak, aku akan pergi dari hidup Amsyar." Ucap Elena dengan berat hati namun demi keselamatan Tuan Mikail, dia sanggup.

"Dan kau.... Jangan berani berani nak report polis kalau tak... Aku... Bunuh... Amsyar." Ujar Nina seperti orang yang sudah hilang kewarasan.

"Tolong jangan apa apakan Amsyar. Aku janji aku pergi dari sini dan tinggalkan Amsyar." Rayu Elena sambil melutut di hadapan Nina. Dia tak akan biarkan sesiapa sakiti Amsyar lagi.

"Lepaskan orang tua tu!" Arah Nina kepada salah seorang lelaki.

Lelaki  berbadan sasa itu segera membuka ikatan Tuan Mikail. Setelah itu, Elena segera berlari mendapatkan bapanya.

"Kau orang boleh pergi dari sini. Tapi... Ingat pesanan aku. Jangan sesekali report polis kalau tidak kau akan menyesal seumur hidup." Pesan Nina buat kali terakhir sebelum Elena dan Tuan Mikail melangkah keluar dari gudang lama itu.

Dia yakin Elena tak akan berani melaporkan pada polis dek kerana ugutannya terhadap Amsyar. Besar betul cinta perempuan tu pada Amsyar. Bodoh.















ELENA terjengket jengket berjalan sambil memerhati sekeliling hospital yang agak suram. Dia berhenti di hadapan wad milik Amsyar. Dia ingin berjumpa suaminya buat kali terakhir. Hoodie hitam yang dipakai ditarik agar tidak menampakkan mukanya.

Pintu wad ditolak perlahan lahan. Syukurlah pintu itu tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Sebaik sahaja masuk, matanya tertancap pada Puan Maria yang sedang tertidur di atas sofa yang disediakan.

Dia berjalan perlahan lahan menuju ke katil Amsyar. Luluh hatinya melihat Amsyar yang terlantar di katil hospital itu. Air matanya segera berjurai jatuh melihat keadaan Amsyar yang diselubungi wayar.

Dia melabuhkan duduk di atas kerusi bersebelahan suaminya. Tangan Amsyar ditarik dan dikucup lembut. Habis basah tangan Amsyar akibat air matanya yang tidak berhenti turun. Dia cuba menahan esakannya dari keluar.

"Abang..." Seru Elena perlahan. Wajah Amsyar ditatap sepuasnya.

"Maafkan Elena abang. Elena terpaksa tinggalkan abang. Elena tak dapat nak jaga abang. Elena harap abang takkan lupakan Elena. Elena sayang abang." Elena tidak dapat meneruskan kata katanya lagi. Tangan Amsyar dipeluk sayu. Dia tak sanggup nak tinggalkan Amsyar.

Elena angkat kepala. Wajah Amsyar direnung penuh perasaan cinta. Biarlah ini kali terakhir dia akan memandang suaminya sedalam ini. Jam dikerling. Dia perlu pergi sekarang.

"Abang, Elena pergi dulu. Elena harap abang izinkan Elena. I love you Amsyar Qairi." Perlahan lahan Elena melepaskan genggamannya pada tangan Amsyar.

Langkah berat diatur ke pintu wad. Sampai di depan pintu, dia berpaling sekali kali untuk melihat Amsyar buat kali terakhir.

'Selamat tinggal abang.' Bisik hati Elena.




























JAM menunjukkan pukul 3:50 pagi. Elena dan Tuan Mikail sedang berada di dalam kereta dan menuju ke airport

Mereka bakal berpindah ke Italy. Mungkin juga buat selama lamanya. Ini sahaja yang mampu dibuat oleh Elena agar kekal jauh daripada Amsyar.

"Elena, papa masih tak tahu apa yang berlaku? Tolong ceritakan pada papa semuanya." Pinta Tuan Mikail. Banyak betul persoalan di kepalanya ketika ini.

Elena terus menceritakan bermulanya Puan Maria memanggil mereka balik dari bulan madu dengan alasan sakit hinggalah Nina menelefonnya untuk ke gudang lama.

"Papa tak sangka aunty Maria kamu sekejam tu. Elena, betul ke apa yang Elena buat ni? Elena tak fikir keadaan Amsyar? Dia perlukan Elena saat saat dia macam tu." Nasihat Tuan Mikail. Dia sangat sangat terkejut dengan cerita anak perempuannya itu. Sampai begitu sekali bencinya Puan Maria pada Elena.

"It's okay papa, Nina boleh jaga Amsyar. Lagipun sikit hari lagi Amsyar akan ceraikan Elena. Elena redha dengan ketentuan-Nya papa. Kalau jodoh Elena dengan Amsyar panjang, kami akan bertemu suatu hari nanti." Ujar Elena berharap jodohnya dengan Amsyar masih panjang tapi apakan daya kalau dia bersama Amsyar, nyawa Amsyar akan berada dalam bahaya.

Setitis air mata jatuh ke pipi saat mengungkapkan kata kata itu. Ya Allah, kuatkan lah aku untuk menghadapi dugaannya ini.





















ELENA membuang pandang ke langit yang gelap. Suasana pagi ini sedikit sayu. Langit yang gelap menandakan sebentar lagi bakal turun hujan.

Dia tak menyangka begitu sekali kisah hidupnya. Sejujurnya dia begitu merindui Amsyar saat ini. Teringat saat saat akhir mereka bertemu. Elena menutup matanya untuk membayangkan saat saat itu.

"I love you sayang." Ucap Amsyar sayu sambil merenung ke dalam mata Elena. Serasa dia tidak akan bertemu dengan isterinya lagi.

"I love you too." Balas Elena dengan linangan air mata. Dia juga merasakan perkara yang sama.

Elena membuka matanya serentak itu air matanya jatuh berlinangan. Benar perasaannya di kala itu. Dia memang tidak akan bertemu Amsyar lagi.

"Selamat tinggal Amsyar." Bisik Elena perlahan lalu melelapkan matanya.

VOTE ✨
COMMENT ✨
FOLLOW ✨

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now