DM 39

6.4K 148 8
                                    

"DANIEL awak ikut saya eh? Kita ada makan makan sikit dengan client dan business partner kita tu. Serentak. " Kata Elena yang sedang sibuk menanda kertas kerja.

Danial yang sedang duduk di atas sofa menoleh ke arah Elena.

"Business partner dari Malaysia tu?" Soal Daniel merujuk kepada Amsyar Qairi.

"Ye lah, habis itu yang mana lagi?"

"Ermm... Awak dengan dia tu ada apa apa ke? Saya tengok korang berdua awkward semacam aje."

"Tak adalah. Mungkin di mata awak je kut. Jom lah. Nanti diorang tunggu pula kan." Dalih Elena lalu keluar dari bilik pejabatnya diikuti Daniel.

Dia berharap Daniel akan berhenti menanyakan soalan tentang Amsyar Qairi.





















SELEPAS makan petang, Elena membawa Datin Seri iaitu client mereka bersama business partnernya iaitu Amsyar dan Nina bersiar siar di sekitar bandar Italy itu.

Elena dan Daniel duduk di bangku batu manakala Amsyar dan Nina juga duduk di bangku batu belakang mereka menikmati keindahan alam sekitar.

"Datin, bagaimana dengan tempat ini? Okay tak?" Tanya Elena memecah kesunyian iaitu bertanya soalan kepada client mereka yang juga dari Malaysia.

"Cantik sangat Elena. Boleh saya tanya kamu soalan personal?" Tanya Datin itu tiba tiba. Wajah Elena dipandang penuh minat. Dia suka melihat budi pekerti gadis itu. Kalau dia ada anak lelaki, dah lama dipinangnya Elena.

"Insyaallah boleh, apa soalannya Datin?" Soal Elena kembali.

"Kamu dengan Daniel ni bila nak kahwin? Jarang nak dapat lelaki yang baik macam Daniel ni." Ujar Datin itu membuatkan Elena tersentak. Matanya melirik ke arah Amsyar di belakang.

"Suatu hari nanti saya akan ajak Elena kahwin dengan saya Datin." Jawab Daniel menyebabkan Elena terbuntang biji mata. Buang tebiat ke Daniel ni?

"Tak ada lah Datin. Dia main main je tu. Tak serius pun. Kita orang kawan saja Datin." Potong Elena daripada Daniel terus melalut ke merata hala.

"Alaa... Kamu ni Elena. Susah tau nak cari yang betul betul sayangkan kita. Nampak macam Daniel ni betul betul sayangkan kamu. Beruntung kamu Elena." Ujar Datin itu lagi membuatkan Elena berasa tidak selesa.

"Saya akan melamar Elena nanti Datin. Insyaallah suatu hari nanti." Sambut Daniel pula.

Elena sudah tidak terkata apabila Amsyar memandang ke arahnya dan juga Daniel dengan riak tidak senang dengan kata kata Daniel itu.
























PADA pagi itu, Elena seperti biasa pergi ke tempat kerja dan masih lagi berurusan dengan Amsyar. Dia pun tak pasti bila projek ini akan berakhir. Dijangka tahun depan tapi mungkin akan lebih lama dari tempoh yang dijangkakan.

Sebaik sahaja Elena masuk ke tempat kerjanya kelihatan Amsyar dan Nina sedang berbual sambil memeriksa semua staff Elena. Elena mengambil tempat selang beberapa kerusi daripada pasangan itu lalu memulakan kerjanya.

Selang beberapa minit, seorang pekerja lelaki bernama Rizki muncul dan mengambil tempat di sebelah Elena.

"Selamat pagi boss, banyak lagi ke kerja tu?" Sapa Rizki selamba.

"Selamat pagi Rizki, banyak la juga. Awak ni bukan pemalu ke? Kenapa tiba tiba nak berbual dengan saya ni?" Tanya Elena hairan. Rizki pun nak jadi macam Daniel ke?

"Mmm.. Saya selesa dengan orang orang tertentu je. Ermmm.. boss.. boleh saya tanya sesuatu?" Soal Rizki kepada Elena. Dah lama dia nak bersembang dengan Elena cuma tak kesampaian pula. Ye lah, Elena tu boss, dia ni pekerja je.

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now