DM 46

11.1K 188 23
                                    

AMSYAR menggengam erat tangan Elena yang sedang terlantar di hospital. Amsyar teringat kembali kejadian semasa dia kembali ke kondonya sebentar tadi untuk mengambil Zara.

FLASHBACK

"Nina Syaqila! What are you doing?!" Tengking Amsyar apabila terlihat Nina bersama seorang lelaki sedang bermesra mesraan di atas katil milik mereka berdua.

"Amsyar! Dia nak rogol sayang biy!" Jerit Nina lalu berlari memeluk Amsyar. Jantungnya sudah berdegup kencang apabila Amsyar tiba tiba sahaja muncul. Setahu dia Amsyar pergi menghantar Elena ke hospital.

"Apahal aku nak rogol kau pulak? Bukan ini bayaran lepas apa yang aku dah buat untuk kau?" Tanya lelaki itu kepada Nina. Dia bangun dari katil sambil membutangkan kembali baju kemejanya.

Nina sudah cuak. Amsyar terus menolak Nina yang menyandar di dadanya. Dadanya berombak menahan amarah.

"Bagitahu sekarang apa yang kau dah buat?!" Nada Amsyar naik se oktaf.

"Sayang tak buat apa apa pun. dia yang.." Belum sempat Nina habis berkata kata lelaki itu menyampuk.

"Tak buat apa apa kau cakap? Kau yang upah aku suruh bunuh Elena kan. Sekarang aku nak bayaran aku dulu." Jelas lelaki itu.

Amsyar terkaku. Wajahnya sudah memerah menahan amarah yang amat sangat. Urat urat mula timbul apabila dia mengepal penumbuknya.

"Kau ceritakan dekat aku sekarang apa yang jadi. Kalau tak.. aku ceraikan kau sekarang." Ujar Amsyar tanpa riaksi. Nafas sudah turun naik menahan marah.

Nina menundukkan wajahnya ke bawah. Tidak menyangka semuanya akan terjelas hari ini. Sedikit lagi rancangan bakal berjaya dan dia akan hidup gembira bersama Amsyar selamanya.

"Sebenarnya...." Nina terus menceritakan semuanya bermula dari dia menyuruh Elena meninggalkan Amsyar sehinggalah dia mengupah lelaki itu untuk membunuh Elena sebentar saja lagi namun semuanya terbongkar sebelum lelaki itu menjalankan kerjanya.

Amsyar menuju ke arah Nina dan menghadiahkan sebiji penampar kepadanya. Kalau Nina ini lelaki, memang lagi teruk dia kena.

"Aku tak sangka aku jumpa orang macam kau! Nina Syaqila binti Ahmad Jefri, aku ceraikan kau dengan talak 3. Kau jangan muncul lagi depan aku." Ujar Amsyar lalu masuk ke dalam bilik yang dikhaskan untuk Zara bermain.

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now