DM 28

4.6K 111 2
                                    

ELENA tersedar dari pengsannya. Dia mendapati dia berada di sebuah bilik yang usang dan tangannya diikat dengan kemas di belakang.

Elena berasa cemas tetapi cuba menenangkan diri sendiri. Dia tak boleh gelabah. Di dalam fikirannya sekarang, cuma mengharapkan Amsyar datang ke sini untuk menyelamatkannya.

Elena terdengar bunyi tapak kaki menuju ke arahnya. Dia memandang tepat ke pintu bilik, menanti wajah siapa yang bakal kelihatan.

Elena terkejut sebaik sahaja seseorang itu membuka pintu bilik. Seseorang yang sangat dikenalinya.

"Raqiff! Apa yang awak buat ni?!" Jerit Elena memecahkan kesunyian di situ.

Raqiff tergelak kecil lalu duduk bercangkung di depan Elena. Gayanya serupa orang tidak waras.

"Kenapa? Salah ke apa yang qif buat? Qif cuma nak jumpa dengan baby qif ni, itupun salah?" Ujar Raqiff sambil menyisir rambut Elena dengan lembut. Rindu.

Elena melarikan kepalanya dari disentuh Raqiff. Seram pula dia dengan kelakuan Raqiff sekarang.

"Dah lama kita tak jumpa. Ingat tak dulu? Qif pernah cakap, qif takkan lepaskan Naura." Ujar Raqiff lagi sambil ketawa terbahak bahak.

"Raqiff, tolonglah... Naura isteri orang. Qif kan dah ada Dhia. Buat apa cari Naura lagi? Tolong lepaskan Naura." Rayu Elena bersungguh sungguh. Tolonglah Amsyar datang secepat mungkin.

"Tapi Dhia tak sama macam Naura." Balas Raqiff ringkas. Pandangannya berubah tajam.

"So, qif nak apa dari Naura?" Tanya Elena cuba untuk berbincang.

"Qif cuma nak hidup dengan Naura." Ujar Raqiff. Wajah Elena ditatapnya lama.

"Tapi, Naura dah ada suami." Bantah Elena perlahan.

"Eh, kau boleh diam tak?! Minta je la cerai dari suami kau tu!!" Jerkah Raqiff tiba tiba lalu meraup wajahnya beberapa kali sampai memerah mukanya.

Elena berasa takut dengan perubahan Raqiff lalu menundukkan wajahnya. Tubuhnya agak menggigil dengan jerkahan Raqiff itu.

Raqiff bangun dari bercangkung dan mengambil suatu bungkusan lalu dibuka dan menuju kembali ke arah Elena.

"Makan ni, qif suapkan." Ujar Raqiff sambil menghulurkan sesudu nasi ke mulut Elena.

"Naura tak nak la qif! Naura nak balik!! Faham tak?! Lepaskan Naura!!" Jerit Elena sekuat hati akibat geram dengan Raqiff yang tidak faham bahasa.

Raqiff mencampak sudu di tangan nya ke tepi dan memeluk Elena sekuat hati. Dia tak akan lepaskan gadis itu. El Naura Elena hanya miliknya.

"Qif!! Apa ni?! Lepaslah!!" Elena meronta ronta minta dilepaskan dari pelukan Raqiff.

"Qif sayangkan Naura! Itu pun susah ke nak faham?!" Tengking Raqiff.

"Tapi Naura tak sayangkan qif! Naura sayangkan Amsyar!!"

Raqiff terhenti.

"Kau cakap apa tadi? Aku tanya kau cakap apa tadi?!" Tengking Raqiff lagi. Urat urat hijau mula timbul di dahinya menandakan dia teramat marah. Penumbuknya digenggam kuat.

"Naura sayangkan Amsyar!! Amsyar Qairi!! Suami Naura!" Jerit Elena dengan mata yang sudah bertakung air mata. Kenapa benda begini harus terjadi kepadanya.

Raqiff terus menampar Elena hingga terteleng kepala Elena dibuatnya. Raqiff membuka ikatan di tangan Elena dan segera menolak tubuh Elena ke atas katil.

Raqiff tersenyum sinis. Ini sahaja caranya untuk memiliki Elena sepenuhnya.

Pintu bilik dikunci dan kunci dicampak ke bawah katil. Elena sudah ketakutan. Dia cuba untuk turun dari katil namun sebaik sahaja Elena bangun Raqiff kembali menolak Elena ke katil.

Raqiff mencengkam tangan Elena sekuat nya dan ditekan di katil.

Elena sudah menangis ketakutan.

"Raqiff! Sedarlah!!" Jerit Elena untuk menyedarkan lelaki itu.

"Ini je cara untuk qif dapatkan Naura. Naura mengandungkan anak qif eh?" Ujar Raqiff yang seperti sudah kerasukan. Dia tersenyum sinis.

"Qif, tolong qif... Jangan macam ni. Naura isteri orang." Rayu Elena lagi. Mengingatkan Raqiff tentang statusnya.

Elena meronta ronta sekuat hati dan akhirnya terlepas. Belum sempat sampai ke pintu rambut panjang Elena ditarik dari belakang hingga dia terhumban kembali ke katil.

Elena menyeringai kesakitan apabila kepalanya terhantuk di bucu katil. Dia memegang kepalanya yang sudah mengeluarkan darah.

"Kau ni kan! Tak faham bahasa!!" Ujar Raqiff sambil menumbuk dan menampar muka Elena beberapa kali.

Elena terbaring lemah di atas katil akibat ditumbuknya dan ditampar. Dia sudah tidak berdaya untuk melawan. Badannya sudah terasa sakit sakit akibat dipukul Raqiff.

Raqiff tersenyum sinis seraya menyisir rambut Elena yang berselerakan.

"Kesian baby qif ni. Tu laa... Tadi, sepatutnya jangan melawan. Kan dah jadi macam ni." Ujar Raqiff tak ubah seperti seorang psiko.

Sedang dia menyisir rambut Elena, matanya tertancap pada tubuh badan Elena.

Raqiff menelan air liur melihat bahagian dada Elena terdedah akibat pergelutan sebentar tadi. Nafsunya kembali meningkat.

Raqiff dengan rakus terus mengoyakkan baju yang berupa jacket. Tinggallah cuma baju sampingan yang berwarna hitam menutupi tubuhnya.

Jelas kelihatan bentuk badannya. Raqiff tersenyum sinis. Suka melihat Elena dalam keadaan begini.

"Naura nampak seksi macam ni." Bisik Raqiff ke telinga Elena.

Elena mengalirkan air matanya buat kesekian kalinya sambil berharap Amsyar datang menyelamatkannya.

Raqiff membuka baju t shirt nya dan dicampak ke tepi. Raqiff kembali mendekati Elena yang sudah bangun dan menutup bahagian yang terdedah dengan tangannya.

Raqiff menarik tangan Elena secara paksa dan membaringkan Elena di atas katil.

"Tolong!!! Lepaskan aku lah Raqiff!!!" Jerit Elena untuk kesekian kalinya berharap seseorang datang membantunya.

"Tak guna menjerit, tak ada siapa siapa kat sini." Ujar Raqiff seperti mengejek.

"Just enjoy okay baby."

Belum sempat mahu membuka seluarnya, pintu dipecahkan dari luar. Amsyar masuk ke dalam bilik tanpa berlengah terus menendang Raqiff yang mahu memperkosa Elena.

Amsyar tidak boleh mengawal perasaan marahnya apabila melihat Elena yang lemah tidak bermaya.

Amsyar menendang dan menumbuk Raqiff sekuat hati. Raqiff tersandar di dinding akibat pukulan Amsyar. Darah tersembur sembur daripada mulutnya.

Amsyar menuju pula ke arah Elena lalu membuka jacketnya sebelum diselimutkan isterinya itu.

Elena pula semakin lemah dan akhirnya pengsan di pangkuan Amsyar akibat pendarahan di kepalanya dan pukulan yang diterima.

VOTE ✨
COMMENT ✨
FOLLOW ✨

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now