DM 24

4.5K 112 0
                                    

AMSYAR mengusap kekura tangan Elena yang sedang nyenyak tidur. Elena pengsan selepas penat meronta semalam.

Sekarang mereka masih berada di hospital, Tuan Mikail pula sudah berterus terang tentang tujuannya mengahwinkan Elena dan Amsyar.

Amsyar berjanji mahu menyerahkan duit sebanyak satu juta tetapi dengan satu syarat.

Elena tidak boleh meminta cerai darinya.

Amsyar tersedar dari lamunan apabila terasa Elena menarik tangan dari genggamannya.

"Awak dah sedar?"

Elena cuma mendiamkan diri.

"Awak nak air tak? Awak tak makan lagi dari semalam. Saya ada belikan awak makanan sikit tadi."

Amsyar membuka penutup bekas makanan. Sebaik sahaja dibuka, bau aroma bubur ayam beterbangan disekeliling.

Elena hanya kekal membisu.

"Awak buka mulut. Saya suap ye."Amsyar menyuakan sudu berisi bubur ke bibir Elena.

Elena menggelengkan kepalanya.

"Makanlah sikit." Amsyar masih menyuakan sudu ke bibir Elena.

"Aku cakap tak nak, tak nak lah!!" Elena menepis sudu tersebut lalu menarik selimut sehingga ke paras dada. Elena menutup matanya. Air mata mengalir lesu di pipinya.

Amsyar tersenyum kelat. Dia tahu Elena masih sedih atas pemergian Puan Naurah.

Amsyar mengutip sudu yang terjatuh dan memanggil cleaner Hospital supaya membersihkan tumpahan bubur tadi.
























SEMINGGU KEMUDIAN

Semuanya sudah selamat diuruskan, Elena dan Tuan Mikail juga sudah dibenarkan keluar dari Hospital.

Tok! Tok! Tok!

"Ye masuk!" Kedengaran suara dari dalam bilik.

Elena memulas tombol pintu dan terus masuk ke bilik Amsyar.

"Eh Sayang.. Masuklah." Amsyar tersenyum manis menyambut kedatangan Elena.

Sejak dua menjak ini Amsyar sudah memanggil Elena dengan panggilan sayang. Entah buang tebiat apa entah tiba tiba panggil sayang. Elena hanya mengendahkannya sahaja.

"Aku nak cakap dengan kau sikit." Ujar Elena sebagai pembuka kata.

"Okay, apa dia tu?" Soal Amsyar sambil menutup komputer di depannya.

Amsyar sudah mula bekerja di office cuma kadang kadang dia melawat Puan Maria di kampung.

"Ermm... Aku nak kau ceraikan aku." Ujar Elena lalu menunduk ke lantai. Jari jemarinya dimainkan untuk membuang kegelisahan di hati.

Amsyar terkejut mendengar nya. Tak ada angin tak ada ribut, tiba tiba nak bercerai.

Amsyar menarik tangan Elena supaya duduk di sebelahnya dan menggengam tangan Elena dengan erat.

"Kenapa? Kenapa awak minta cerai? Apa yang awak nak, saya dah bagi." Ujar Amsyar merujuk kepada duit yang diberikan oleh Tuan Mikail.

"Kan dulu, aku ada cakap. Lepas aku dapat apa yang aku nak, aku nak kau ceraikan aku. Aku nak bebas. Aku tak nak terikat dengan orang yang aku tak cinta." Ujar Elena perlahan memberitahu sebab dia meminta cerai.

"So, sepanjang perkahwinan kita, tak ada sikit pun rasa sayang awak terhadap saya?" Berubah sikit riak wajah Amsyar sebaik sahaja menanyakan soalan itu. Terasa agaknya bila Elena cakap dia tak cintakan Amsyar.

Elena hanya mendiamkan diri. Tipulah kalau dia katakan sepanjang perkahwinannya dengan Amsyar dia tidak jatuh cinta dengan lelaki itu setelah semua layanan baik yang diberikan oleh Amsyar. Cuma dia tak mahu Amsyar rasa terikat dengan dirinya. Puan Maria juga tidak suka kan dirinya sebagai menantu.

"Awak saya tanya jawab!" Amsyar menaikkan oktaf suaranya tapi masih terkawal. Tangan Elena digoncang sedikit.

Elena menarik tangannya dari genggaman Amsyar lalu menuju ke biliknya tanpa sepatah kata.

Amsyar meraup wajahnya. Tiada niat mahu menengking Elena. Tapi macam mana pun dia tidak akan lepaskan Elena. Dia sayangkan gadis itu.























3 HARI KEMUDIAN

Elena membawa segelas air dan semangkuk bubur yang dimasak sendiri menuju ke bilik Amsyar. Tak tahu okay ke tak. Dia bukannya pandai masak sangat.

Amsyar demam panas. Elena sudah menyuruh Amsyar supaya ke klinik tapi dia degil. Elena masuk ke bilik suaminya dan melihat Amsyar yang sedang nyenyak tidur di atas katil.

"Amsyar, bangun. Aku ada bawakkan bubur untuk kau ni. Kau kena makan. Nak sihat kan?" Elena menepuk perlahan bahu Amsyar untuk mengejutkannya.

"Ermm..." Amsyar membuka matanya perlahan lahan.

"Saya tak ada selera lah awak." Balas Amsyar lemah.

"Kalau macam tu, kita pergi hospital eh? Kau demam teruk ni." Ujar Elena dengan nada risau.

"Tak nak... Saya nak awak..." Rengek Amsyar sambil menarik tangan Elena supaya berbaring di sisinya.

Elena dengan teragak agak baring di sebelah Amsyar. Amsyar membetulkan posisi baringnya menghadap Elena. Elena pula masih keras tidak bergerak.

"Pandanglah sini." Amsyar mengalih badan Elena ke posisi bertentangan dengannya.

Mereka bertentangan mata selama beberapa saat. Jantung Elena seakan terhenti buat seketika. Kaku macam kayu terus badan dia menghadap Amsyar.

Amsyar tergelak kecil. Comel pula dia tengok isterinya dengan mata membulat dan kaku seperti kayu.

Amsyar mendekatkan wajahnya pada wajah Elena. Matanya tertumpu pada bibir merah delima milik Elena. Jarak wajah mereka semakin dekat.

Dengan perlahan, bibir Amsyar bertemu dengan bibir Elena. Amsyar memejamkan matanya menikmati moment indah itu.

Selepas beberapa saat, Amsyar berhenti apabila Elena tidak memberikan respons terhadap ciumannya.

Matanya tunak menatap mata bulat Elena yang terkejut dengan tindakannya. Elena terkejut tapi entah kenapa dia juga menikmati moment indah mereka sebentar tadi.

Baru sahaja Amsyar ingin mengucap Elena buat kali kedua, Elena seakan akan tersedar akan keadaan itu. Dia menjarakkan wajah mereka berdua.

"Err, aku tak solat isyak lagi. Aku nak solat dulu. Makanlah dulu. Bye." Elena terus keluar dari bilik Amsyar tanpa bertangguh. Malu teramat sangat.

Amsyar hanya tersenyum kecil. Bibirnya disentuh. Masih terasa kelembutan bibir Elena di bibirnya.

VOTE ✨
COMMENT ✨
FOLLOW✨

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now