DM 5

6.2K 147 4
                                    

"JEMPUTLAH minum." Kata Puan Maria lalu menghidangkan air sirap kepada Puan Naurah dan Tuan Mikail.

"Terima kasih." Ucap Puan Naurah.

"Apa hajat Tuan dengan Puan datang sini?" Soal Puan Maria sambil melabuhkan duduk berhadapan dengan pasangan suami isteri itu.

"Sebenarnya Amsyar tahu kan yang Amsyar anak tiri kepada Tuan Anas?" Tanya Puan Naurah berterus terang.

Amsyar mengangguk.

Puan Maria pernah berkahwin dengan bapa Amsyar Tuan Anas iaitu adik kepada Tuan Mikail lalu bercerai. Mereka berkahwin dan perkahwinan mereka tidak direstui oleh bapa Tuan Anas. Lalu, mereka sekeluarga dihalau keluar. Namun, disaat pembahagian harta. Amsyar mendapat hampir separuh dari harta tersebut.

"Kami datang sini untuk pulangkan hak Amsyar." Sampuk Tuan Mikail pula.

"Hak saya? Maksud pakcik?" Amsyar mula keliru. Apa kaitan dia dengan keluarga ini?

"Atuk tiri Amsyar telah membahagikan harta pada saat akhir hidupnya dan Amsyar mendapat separuh dari harta itu." Terang Tuan Mikail.

"Eh kejap! Jadi lelaki kampung ni Amsyar Qairi?!" Terbeliak mata Elena dek kerana terkejut.

"Jadi, awaklah Naura?" Amsyar terkedu. Tak menyangka wanita dihadapannya ini adalah Naura yang dikenalinya sebelum ini.

"Tolong bagi saya masa untuk terima semua ni." Kata Amsyar seraya berlalu keluar dari rumah. Dia perlukan ruang untuk memproses apa yang berlaku pasa masa ini.

Sewaktu Puan Maria baru berkahwin dengan Tuan Anas. El Naura Elena dan Amsyar Qairi sangat rapat. Bagai isi dengan kuku. Apabila Puan Maria dihalau keluar Elena turut menangis.

Puan Naurah mencuit Elena.

"Apa?" Tanya Elena.

"Pergilah pujuk dia supaya terima harta ni." Bisik Tuan Mikail.

"Tak nak lah." Elena menolak.

"Elena dah janji kan nak tolong papa? Inilah cara dia."

Elena mengeluh lalu dia keluar mencari Amsyar. Sebab janji je tau! Elena menjenguk jenguk di sekeliling rumah.

"Ish! Mana dia ni?!" Elena terjengket jengket disebabkan lopak air yang banyak.

"Eii! Rimaslah! Banyak nyamuk!" Rungut Elena sambil menyerabutkan rambutnya.

Elena terperasan suatu lubang yang agak besar dan dalam. Dia menjenguk ke dalam.

"Yuks! Banyaknya Lumpur!" Elena membuat muka jijik.

Sebaik sahaja Elena berpusing ke belakang,

"Hah!! Buat apa tu!!" Jerit Amsyar di depan mukanya.

"Aaaa!!" Elena tidak dapat mengimbangkan badannya lalu jatuh ke dalam lubang yang besar itu.

"Mama!!!!!!! Sakit!!!!!!" Jerit Elena kuat.

Amsyar sudah menggelabah.

"Awak! Awak okay tak?! Sorry sorry, saya tak sengaja." Kata Amsyar lalu menghulurkan tangannya untuk membantu Elena bangun.

"Kau tak nampak ke kaki aku terseliuh ni! Tak boleh bangunlah!" Elena mula menitiskan air matanya mengenangkan dirinya yang sudah busuk bermandikan lumpur.

"Alamak... Dia nangis pulak." Amsyar sudah gelisah. Nanti Puan Naurah tuduh dia lakukan apa apa pula pada Elena.

"Ya Allah! Kenapa ni Elena?!" Jerit Puan Naurah yang datang bersama Tuan Mikail dan Puan Maria.

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now