DM 30

6K 120 4
                                    

SEBAIK sahaja sampai ke Malaysia, Elena dan Amsyar terus menuju ke kampung. Sampai sahaja Elena dan Amsyar bergegas masuk ke dalam rumah Puan Maria.

"Mak? Mak?" Amsyar menyeru nama Puan Maria.

"Abang Amsyar dah sampai? Masuklah, mak cik ada dekat dalam bilik." Sapa Nina yang baru keluar dari bilik Puan Maria.

Amsyar diikuti Elena masuk ke dalam bilik Puan Maria. Puan Maria terbaring lemah tidak berdaya. Mukanya pucat seperti tidak cukup darah.

"Ya allah! Mak, mak okay tak? Dah panggil doktor?" Soal Amsyar sambil duduk di tepi katil Puan Maria lalu menggengam erat tangan emaknya.

Elena hanya duduk berdiam diri di sebelah Amsyar. Dia bersimpati atas keadaan emak mertuanya.

"Mak tak apa apa. Maafkan mak ganggu bulan madu korang berdua." Ujar Puan Maria kepada Elena dengan nafas yang turun naik.

"Tak apa mak, Elena faham. Lagipun, kesihatan mak lagi penting." Elena mengukirkan senyuman buat ibu mertuanya itu.

"Amsyar, mak ada permintaan. Mungkin ini permintaan terakhir mak." Ujar Puan Maria sayu sambil memegang tangan Amsyar.

"Apa dia mak? Demi mak, Amsyar sanggup lakukan apa saja." Jamin Amsyar.

"Mak nak.. kamu.... Kahwin dengan Nina sebelum mak pejam mata." Ujar Puan Maria dengan wajah yang sukar untuk ditafsirkan.

Elena tersentak mendengar permintaan Puan Maria. Amsyar meraup wajahnya. Dia ingat masalah ini sudah selesai namun berulang kembali.

"Elena, mak merayu pada kamu. Mak dah janji dengan Nina sebelum kamu kahwin dengan Amsyar." Ujar Puan Maria tanpa rasa bersalah.

Hati Elena bagai dihiris sembilu. Dia tertunduk ke lantai. Saat dia sudah mahu mengecap bahagia, dugaan apakah ini?

"Mak...." Amsyar bagaikan kesal dengan permintaan emaknya itu.

"Itu saja permintaan mak, mak harap kamu berdua faham."

Elena terus keluar dari bilik Puan Maria dengan mata yang bergenang. Tak sanggup lagi nak berlama di situ. Hatinya semakin sakit melihat senyuman kegembiraan Nina.

Amsyar memandang isterinya yang sudah keluar daripada bilik. Sebaik sahaja dia mahu mengikuti langkah isterinya, Puan Maria menggengam tangannya erat.

"Amsyar, hujung minggu ni balik kampung, tunang dengan Nina. Mak dah tak lama Amsyar." Ujar Puan Maria dengan nada sebak.

Amsyar dengan berat hati terus meninggalkan Puan Maria lalu mengikuti isterinya. Di luar dia terlihat isterinya dan Nina tengah berbual. Amsyar menuju ke arah mereka.

"Jom balik." Elena terus masuk ke dalam kereta sebaik sahaja Amsyar tiba di tempat perbualannya dan Nina.





















SUASANA di dalam kereta sunyi sepi. Perbualannya bersama Nina kembali singgah di kotak fikirannya.

FLASHBACK

Elena yang mahu membuka pintu kereta terhenti apabila ada orang memanggil namanya.

"El Naura Elena. Seorang pelakon yang makin meningkat naik sekarang ni tapi kesian hidup kau. Bakal dimadukan." Ujar Nina sinis.

"Apa masalah kau sebenarnya hah? Aku tak pernah kacau hidup kau. Apa yang kau nak dari aku?" Soal Elena tenang.

"Apa kau cakap? Kau tak pernah kacau hidup aku? Hey! Sejak kau muncul dalam hidup abang Amsyar, dia dah tak mesra dengan aku macam dulu! Semuanya disebabkan kau!" Nina sudah baran.

"Kau kena terima yang Amsyar tu pilih aku bukan kau. Jadi, kau jangan buat muka tak malu terhegeh hegeh dekat suami orang." Balas Elena geram.

"Pembetulan, suami kau tu bakal suami aku. Jadi, aku berhak nak kacau dia atau apa apa pun. Kau ingat sikit eh, aku akan pisahkan kau dengan abang Amsyar. Abang Amsyar aku punya." Kata Nina lagi.

Elena menyedari Amsyar yang menuju ke arah mereka tidak jadi untuk membalas kata kata Nina.

"Jom balik." Elena terus masuk ke dalam kereta sebaik sahaja Amsyar sampai.

END FLASHBACK

Sampai sahaja di rumah mereka, Elena bergegas masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan Amsyar.

Amsyar mengeluh melihat isterinya yang dingin dengannya. Amsyar juga bergegas masuk ke dalam rumah mereka dan menutup pintu sebelum menuju ke bilik mereka.

Elena keluar dari bilik air dengan diri yang sudah siap berpakaian. T shirt putih dan track hitam.

Amsyar pula masuk ke dalam bilik air. Elena tidak menghiraukan Amsyar dan terus berbaring di atas katil.

Beberapa minit kemudian Amsyar keluar dari bilik air dengan siap berpakaian. Elena cepat cepat menutup matanya menandakan dia sudah tidur.

Amsyar tahu isterinya belum lagi melelapkan mata. Amsyar berbaring di sebelah Elena. Elena pula berbaring membelakangkan Amsyar.

"Sayang.. abang tahu sayang tak tidur lagi kan?"

"Sayang please say something." Amsyar mengalihkan badan Elena menghadapnya.

Elena terus bangun dari berbaring dan memandanh Amsyar dengan pandangan tidak puas hati.

"Awak nak suruh saya cakap apa? Tahniah awak bakal kahwin dengan Nina?" Soal Elena dingin.

Amsyar terkejut kerana Elena membahasakan dirinya saya dan awak.

"Sayang, abang minta maaf tak bagitahu sayang. Abang tak nak sayang stress atau sakit hati." Kata Amsyar juga bangun menghadap Elena.

"Amsyar, awak janji takkan sakitkan hati saya. Awak janji macam macam sebelum awak dapat saya. Kenapa awak tak bagitahu saya terlebih awal? Kalau saya tahu benda ni lebih awal, Saya takkan tidur dengan awak Amsyar dan saya takkan bagi sepenuh hati saya pada awak Amsyar." Ujar Elena dengan nada sebak. Dia terasa seperti dipermainkan.

"Astaghfirulhalazim.... Kenapa sayang cakap macam tu? Abang memang tak tahu rancangan mak untuk kahwinkan abang dengan Nina." Amsyar mengusap lembut tangan Elena.

Elena segera menarik tangannya dari genggaman Amsyar.

"Tolong jangan buat saya jatuh cinta lagi pada awak Amsyar, sebab sakit sangat rasanya bila cinta tak dihargai. Awak akan berkahwin dengan Nina. Tak apa, saya benarkan. Bahagiakan mak." Ujar Elena. Matanya sudah berkaca kaca. Air mata yang ingin mengalir ditahan sebaik mungkin.

Elena terus berbaring membelakangkan suaminya.

Amsyar pula perlahan lahan memeluk Elena dari belakang, Elena hanya membiarkannya.

Setitis air mata Elena jatuh membasahi pipi mulusnya. Tak sanggup tapi dia harus kuat.

VOTE ✨
COMMENT ✨
FOLLOW ✨

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now