DM 50

9.7K 150 14
                                    

"RAQIFF! Kau buat apa dengan Elena?!" Jeritan Amsyar menghentikan langkah Raqiff yang ingin menghampiri Elena.

Raqiff segera menjauhkan dirinya daripada sofa.

Puan Maria dan Zara yang baru sahaja naik ke atas akibat tengkingan Amsyar terus menuju ke arah Elena yang tidak sedarkan diri.

"Kau buat apa hah?!" Amsyar menarik kolar baju Raqiff dan bersedia untuk melepaskan tumbukannya.

Puan Maria segera menuju ke arah Raqiff dan menariknya ke belakang badan seolah olah melindunginya.

"Apa kau ni? Aku nak tolong je lah. Kak Elena pengsan kan?" Ujar Raqiff mencari alasan. Siap membahasakan Elena sebagai kakak lagi untuk meyakinkan Amsyar.

"Kau ingat aku tak kenal kau siapa? Kalau aku dapat tahu kau buat apa apa pada Elena, nahas kau!" Amsyar terus mendekati Elena dan mencempungnya untuk dibawa ke hospital.

"Zara, jom ikut papa." Arah Amsyar kepada Zara sambil membawa Elena ke bawah.

"Raqiff, kamu jaga rumah. Mak nak pergi hospital." Ujar Puan Maria lalu mengikuti Amsyar dan Zara.

Raqiff meraup wajahnya lalu melangkah ke biliknya. Kacau betul.


































AMSYAR duduk di kerusi sebelah katil hospital yang menempatkan Elena. Soalannya masih tidak berjawab.

"Elena, abang tanya ni." Tegur Amsyar apabila melihat isterinya termenung jauh.

Elena tersedar daripada lamunannya.

"Abang tanya apa tadi?" Tanya Elena semula padahal dia dengar je apa yang ditanyakan oleh Amsyar sebentar tadi.

"Raqiff ada buat apa apa tak pada sayang?"

Elena menggelengkan kepalanya.

"Tak ada. Dia tak buat apa apa pun." Dalih Elena.

"Betul?"

"Betul. Mana Zara?"  Elena cepat cepat menukar topik perbualan mereka.

"Zara dah balik dengan mak. Awak pun dah boleh discharge kejap lagi." Ujar Amsyar sambil tangannya mengusap kekura tangan Elena. Dia harap Elena berkata jujur terhadapnya.

Elena mengganggukkan kepalanya sebelum fikirannya kembali melayang jauh.

































ELENA yang sedang memperbetulkan tudungnya dihadapan cermin tersentak dek kerana tangan Amsyar yang melingkar di pinggangnya.

"Abang! Bila abang habis mandi?" Tanya Elena terperanjat dengan kehadiran Amsyar.

"Baru je tadi." Amsyar meletakkan dagunya di bahu Elena. Haruman isteri dihidu lama. Dia ketagih dengan bau ini.

"Abang... Pergi lah siap dulu. Mak dengan Zara dah tunggu nak makan kat bawah." Elena cuba meleraikan pelukan di pinggangnya namun tidak berhasil.

"Elena betul betul dah sihat ke ni? Elena tu baru keluar hospital. Kalau Elena pergi bawah mesti mak suruh Elena buat macam macam kerja." Amsyar melentokkan kepalanya di bahu Elena. Pipi isterinya dicium berulang kali dari tepi. Geram.

"Abang... Elena dah sihat dah. Kalau tak takkanlah Elena nak turun bawah." Elena menolak sedikit kepala Amsyar.

"Elena saja nak goda abang ke ni? Cantik cantik, dah malam lah. Buat apa cantik cantik?" Amsyar mencium tengkuk Elena yang tersembunyi di balik tudung.

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now