DM 13

4.3K 118 0
                                    

TIBALAH hari yang paling penting bagi Amsyar Qairi dan juga El Naura Elena iaitu majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung beberapa jam lagi.

"Sekarang pukul 3, pukul 5:30 nanti dah nak start majlis. Mana Elena ni?" Tanya Puan Maria kepada Amsyar.

"Amsyar tak tahu mak. Tadi dia cakap nak keluar pergi gym kejap."

"Laaa.. kamu tak larang ke?" Tanya Puan Maria kepada satu satunya anak lelakinya itu.

"Kena ke?" Tanya Amsyar sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Puan Maria menepuk dahinya. Apalah nasib dapat anak bendul.

Sedang berbual dengan Amsyar, kereta BMW i8 coupe milik Elena memasuki perkarangan rumah banglo tiga tingkat itu.

"Ha itupun Elena." Kata Puan Maria lalu menuju ke arah bakal menantu yang tidak berapa disukainya itu.

"Dah lah Nina pun hadir majlis ni. Nanti mesti dia terasa hati." Bisik Puan Maria dalam hatinya.

Majlis kahwin antara Amsyar dan Elena dibuat secara kecil kecilan kerana Elena tidak mahu berita perkahwinan nya sampai ke pihak media.

"Elena kamu pergi mana? Mak andam dah sedia nak makeup tu. Ni dengan berpeluh peluh ni." Bebel Puan Maria. Apa lah nasib dapat menantu macam ni.

"Eii.. bisinglah aunty. Elena tahulah." Elena mendengus lalu masuk ke dalam rumah.

Benci betul kena kahwin dengan orang yang kita tak suka. Elena melangkah masuk ke biliknya. Kelihatan Puan Naurah dan Mak andam sedang bersembang rancak.

"Hah! Mana kamu pergi Elena?! Kejap lagi kamu nak kahwin tahu tak? Sempat lagi nak keluar." Bebel Puan Naurah pula.

Elena tidak menghiraukan Puan Naurah lalu terus masuk ke dalam bilik mandi.

1 jam kemudian....

Elena masih lagi didandan oleh mak andam yang diupah untuk majlis perkahwinan nya. Lagi sejam setengah majlis bakal berlangsung.

Orang ramai sudah memenuhi perkarangan banglo tiga tingkat itu. Tidaklah ramai mana cuma sepupu sedara terdekat yang dijemput itupun tidak dibenarkan mengambil gambar dan meletakkan gambar di media sosial. Hanya photographer sahaja yang dibenarkan mengambil gambar. Itu semua pun permintaan Elena sendiri.

Tepat pukul 5:30 petang, Elena dan Amsyar berjumpa dan berjalan beriringan menuju ke arah pelamin yang sungguh indah dan gah itu.

Amsyar mengusap perlahan tangan Elena yang terasa sejuk di genggaman nya. Nampak sangat Elena nervous walaupun tak ramai orang.

Sesekali Elena mengerling Amsyar di sisi. Tidak dinafikan Amsyar nampak sangat hensem pada hari ini.

Tetamu tetamu yang datang menepuk tangan dan memuji kecantikan Elena apabila memakai gaun berwarna putih itu.

Alhamdulilah semuanya selesai seperti yang dirancang.


















JAM sudah menunjukkan pukul 12:30 malam. Tetamu tetamu sudah pun bergerak pulang ke rumah.

Keluarga Elena dan Amsyar pula masih bertungkus lumus mengemas sisa sisa barang yang digunakan. Selebihnya diuruskan oleh orang yang diupah.

Elena dan Amsyar pula diarahkan untuk masuk ke dalam bilik dan berehat setelah seharian melayan tetamu.

Elena melangkah masuk ke dalam biliknya lalu menghempaskan badannya ke atas katil. Lega rasanya bila badan bertemu dengan katil yang empuk itu. Seharian menjadi raja sehari amat memenatkan.

Amsyar yang mahu membuka tombol pintu bilik tetamu dilarang oleh Tuan Mikail.

"Eh? Kenapa Amsyar nak masuk bilik tetamu pulak ni?" Tanya Tuan Mikail pelik.

"Err.. tadi Elena suruh Amsyar tidur bilik tetamu." Balas Amsyar dengan jujur.

"Laaa tak payah layan sangat isteri kamu tu." Kata Tuan Mikail sambil menepuk bahu menantunya.

"Dah pergi masuk bilik Elena. Good luck." Kata Tuan Mikail tersenyum penuh makna.

Amsyar tersengih sedikit kekok. Apa lah yang ada difikiran bapa mertuanya itu.

Amsyar menuju ke bilik Elena lalu membuka tombol pintu perlahan lahan.

Sebaik sahaja membuka pintu bilik, Amsyar terpandang Elena yang masih di dalam gaun pengantin sedang berbaring di atas katil.

Jantung amsyar berdegup dengan kencang. Amsyar mendekati tubuh Elena yang kaku.

"Awak." Panggil Amsyar perlahan lalu duduk di birai katil sebelah Elena.

Wajah Elena ditenung lama. Sungguh cantik ciptaan tuhan. Tiba tiba Elena mengeliat kecil lalu membuka matanya.

Amsyar terkejut lalu terus bangun dari duduknya.

"Woi! Kau buat apa dalam bilik aku?!" Jerit Elena.

"Saya suami awak kan?" Tanya Amsyar selamba lalu membuka kot hitam nya dan tie. Tinggalah kemeja putih yang masih tersarung.

Elena hanya memerhati. Amsyar membuka pula butang baju kemejanya.

Elena terus menutup mata menggunakan tangannya.

"Kau ni tak malu ke?! Bukak baju depan orang!" Elena terjerit kecil.

"Saya suami awak yang sah. Buat apa nak malu?" Soal Amsyar selamba dengan tuala yang terikat di pinggang tanpa berbaju.

Amsyar mendekati Elena. Sengaja ingin mengusik gadis itu.

"Kau pergi mandi sekarang." Arah Elena.

"Tak nak join sekali ke?" Amsyar tergelak kecil. Tidak pernah letih mengusik Elena.

"Tak ingin." Jawab Elena dingin.

"Okay, awak yang rugi nanti by the way stop guna aku kau. Lepas saya keluar dari bilik air kalau awak masih gunakan aku kau. Saya terkam awak terus." Kata Amsyar sambil membuat gaya harimau.

"Eii! Pergi mandilah!" Jerit Elena lalu membaling bantal ke arah Amsyar.

"Okay sayang." Kata Amsyar lalu masuk ke dalam bilik air.

Elena meraup wajahnya lalu mengeluh. Macam manalah dia nak hidup dengan lelaki itu.

VOTE ✨
COMMENT ✨
FOLLOW ✨

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now