DM 49

8.2K 162 9
                                    

ELENA segera menghulurkan tangan untuk bersalam dengan mak mertuanya yang hanya duduk di atas sofa tanpa memandang wajahnya.

"Zara, dah salam wan belum?" Tanya Amsyar kepada Zara yang berada di pangkuan Elena.

Zara segera berlari anak ke arah Puan Maria dan menyalami tangan Puan Maria.

"Senyap je. Tak ada apa apa nak cakap ke?Kalau tak ada apa nak cakap, tak apa lah, Amsyar naik atas dulu." Amsyar segera membawa isteri dan anaknya naik ke tingkat atas.

Masuk sahaja ke dalam bilik mereka, Elena terus menarik lengan suaminya menuju ke birai katil.

"Kenapa ni? Belum malam lagi. Sekarang?" Tanya Amsyar dengan kening dijongketkan dengan sengih nakal. Sengaja mengusik isterinya itu.

"Ish abang ni! Itu aja difikirkannya." Elena menampar lengan Amsyar perlahan. Dia ada benda benda penting nak tanya, boleh pula Amsyar bergurau.

"Macam mana 'dia' boleh ada dalam rumah ni?" Elena menanyakan tentang Raqiff seperti jangkaan Amsyar.

"Kenapa? Cinta berputik kembali ke?" Usik Amsyar lagi. Dia tak mahu Elena terlalu stres atau berfikir banyak tentang kehadiran Raqiff di rumah itu. Tak baik untuk kandungan isterinya.

"Abang!" Sekali lagi lengan Amsyar ditamparnya. Amsyar mengusap ngusap lengannya yang sudah merah akibat ditampar buat kedua kali.

"Zara, tengok papa ni. Selalu buli mama tau." Zara hanya tersengih mendengar aduan mamanya itu.

"Abang pun tak tahu macam mana Raqiff boleh ada dalam rumah ni. Tapi mak cakap Raqiff yang jaga mak sepanjang abang tak ada." Ujar Amsyar pula menerangkan hal sebenar kepada Elena yang susah hati.

Elena mengganggukkan kepalanya cuma.

"Elena takut lah abang." Kata Elena tiba tiba. Kejadian lama kembali menghantui dirinya.

"Nak takut apanya? Abang ada kan? I'm always here for you." Amsyar mengusap pipi mulus Elena dengan lembut. Dia akan jaga Elena sebaik mungkin.

































"SAYANG, minum air susu ni. Sayang dari tadi muntah. Risau abang." Amsyar menghulurkan air susu ditangannya kepada Elena.

Genap tiga hari Elena dan Amsyar tinggal di rumah itu. Layanan Puan Maria kepadanya tetap sama. Alahan Elena pula kali ini lebih teruk. Dia muntah muntah dan pening kepala hingga tiada tenaga untuk bangun daripada katil.

"Tak nak lah abang. Elena nak tidur je." Elena menolak tangan Amsyar yang menyuakan susu untuknya. Mual pula bau susu itu begitu dekat dengannya.

"Sayang... Tak minum ni macam mana nak dapat energi. Abang pun tak senang hati nak pergi kerja tengok keadaan sayang macam ni." Ujar Amsyar risau dengan keadaan isterinya itu. Memang tak sanggup nak pergi kerja macam ni.

"Abang pergi je kerja. Elena okay, jangan risau. Zara mana?"

"Zara dekat bawah. Tak apa jangan risau pasal Zara. Mak ada dekat bawah. Raqiff tu aja dekat atas dalam bilik dia." Jawab Amsyar. Dia agak risau nak tinggalkan Elena berseorangan dengan kehadiran Raqiff di rumah ini.

"Abang dah nak kena pergi kerja ni, sayang duduk rumah elok elok tau. Kunci pintu ni." Amsyar mengucup dahi isterinya lalu meletakkan gelas susu di atas meja kecil sebelah katil.

Selepas beberapa minit Amsyar bergerak ke tempat kerja, Elena bangun perlahan lahan dek kerana mendengar suara Zara sayup sayup memanggil nya daripada bawah.

Dia melangkah keluar daripada pintu bilik sambil memperbetulkan selendangnya yang melorot. Dia pakai pun ala kadar sekadar untuk menjenguk Zara.

Raqiff yang juga baru keluar dari biliknya terlihat kelibat Elena yang baru keluar daripada bilik, dia segera menyorok di sebalik dinding.

Sebaik sahaja Elena melangkah ke arah tangga, Raqiff segera eluar dari tempat persembunyiannya dengan senyuman manis.

Hah! Elena terkejut melihat Raqiff yang tiba tiba berada di depannya. Langkahnya terhenti di situ.












"ALAMAK! Tertinggal pulak." Amsyar menepuk dahinya. Dia terlupa fail perbincangan mereka. Dia segera berpatah balik untuk ke rumah semula.  Tak ada fail itu macam mana dia nak bentangkan idea dia kejap lagi.

"Waa... Tak sihat pun cantik lagi eh?" Raqiff mengusap dagunya sambil memerhati Elena atas ke bawah.

"Qiff saya nak turun bawah. Saya tak sihat hari ni." Elena mula cuak apabila Raqiff semakin mendekatinya. Ya allah tolonglah hamba mu ini.

"Okay, Qiff tak buat apa apa." Kata Raqiff namun dia masih tidak berhenti melangkah menghampiri Elena sehingga Elena sudah tersandar di pintu bilik. Tiada lagi ruang untuk melarikan diri.

"Qiff, jangan kacau Naura. Naura tak sihat betul." Elena merasakan badannya semakin lemah. Pening di kepalanya pula menyerang.

"Diam, Qiff takkan buat apa apa." Elena menyatukan tangannya merayu supaya Raqiff menjauhinya.

"Diamlah!" Elena terus terdiam apabila Raqiff menengkingnya.

Raqiff menghulurkan tangan untuk memeluk Elena.

"Qiff jangan pegang Naura tolong." Rayu Elena lagi.

"Sikit je lah."

Raqiff tidak mengendahkan rayuan Elena. Dia merentap tubuh Elena lalu menghentakkannya ke dinding.

"Argh!" Elena menjerit akibat dihentak pada dinding. Sakit di badannya bertambah.

Raqiff bertindak mencampak Elena ke sofa dan Elena terus tidak sedarkan diri akibat kepalanya yang terhantuk di penghadang sofa. Raqiff tersenyum lalu mendekati Elena yang sudah terbaring tidak sedarkan diri. Senang kerja dia.

VOTE ✨
COMMENT ✨
FOLLOW ✨

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now