DM 23

4.5K 110 6
                                    

MENJELANG malam, Elena sudah pun bersiap untuk pergi ke event seperti yang dijadualkan.

"Awak drive elok elok tau. Saya tunggu awak balik. Jaga diri. Betul eh tak nak saya teman?" Pesan Amsyar di depan pintu. Hatinya tiba tiba terasa berat untuk melepaskan Elena pergi bersendirian.

"Ye, kau tak payah risaulah. Pandai lah aku jaga diri. Macam lah aku tak biasa sebelum ni."

Sebaik sahaja Elena mahu melangkah pergi, Amsyar menghulurkan tangannya untuk bersalam.

Elena memandang tangan Amsyar. Nak sambut ke tak? Nanti tak sambut kecil hati pula. Suami dia juga kan bukannya orang lain. Akhirnya tangan Amsyar disambut dan dibawa ke bibirnya.

Elena mencium tangan Amsyar sekilas sebelum berlalu ke keretanya.

Amsyar tersenyum manis. Dia berdoa agar Allah SWT sentiasa melindungi isterinya itu walau di mana pun dia berada. Amiin.





















TIDUR Amsyar terganggu dengan ringtone telefon yang berbunyi nyaring minta diangkat.

Amsyar yang terlelap di sofa sementara menunggu Elena balik ke rumah,mencapai telefonnya dan terus menjawab tanpa melihat nama pemanggil terlebih dahulu.

"Ye, saya Amsyar. Kenapa ye?" Tanya Amsyar apabila suara orang yang tidak dikenali menyapa rongga telinganya.

Sebaik sahaja mendengar apa yang disampaikan oleh orang di talian, Amsyar mengucap panjang.

"Ye, tuan. Terima kasih. Saya akan pergi dengan segera." Sebaik sahaja meletakkan gagang telefon, Amsyar terus mendail nombor Elena.

"Assalamualaikum awak. Awak kena balik sekarang juga." Suara Asmyar kedengaran cemas.

"Waalaikumussalam. Kau ni kenapa? Event  tak habis lagi la. Tunggu kejap tak boleh ke?" Elena mengerling jam di pergelangan tangannya. Awal lagi ni.

"Tak kira lah habis ke tak. Yang penting awak kena balik sekarang. Urgent."

"Okay, kenapa aku kena balik?" Soal Elena dengan malas.

"Mama dengan papa accident."

Elena terdiam seketika di talian. Amsyar tak bergurau kan?

"Elena? Awak ada lagi ke?" Amsyar melihat screen telefonnya, talian masih bersambung.

"Aku balik sekarang." Elena terus meletakkan gagang telefon dan bergegas pulang ke rumah dengan tergesa gesa.

Jantungnya hampir luruh mendengar khabar yang dimaklumkan oleh Amsyar. Dia berdoa tidak berhenti agar tiada apa yang serius berlaku pada papa dan mama.

Amsyar mengeluh. Harap tiada yang serius berlaku kepada emak dan bapa mertuanya.



























SUDAH hampir satu jam Amsyar menunggu Elena pulang. Masih tiada bunyi kereta di luar rumah. Amsyar sudah gelisah.

Amsyar mendail nombor Elena namun tidak berangkat. Berkali kali dia dail masih sama.

Tidak lama selepas itu, telefon Amsyar berbunyi. Amsyar cepat cepat menjawabnya.

Amsyar mengucap panjang sekali lagi. Kali ini sangat mengejutkan dan menyedihkannya.

"Ye, terima kasih tuan. Saya akan pergi dengan segera." Amsyar menahan air mata yang mahu menitis sebaik sahaja mendengar berita Elena terlibat dalam kemalangan. Dua berita buruk sekaligus diterimanya. Ya allah dugaan apakah ini?

Amsyar pantas mencapai kunci kereta dan bergerak pantas ke Hospital.



















SEBAIK sahaja sampai di Hospital, Amsyar bergegas pergi ke kaunter pertanyaan.

Selepas mendapat tahu bilik Elena dan emak juga bapa mertuanya, dia bergegas pergi ke bilik wad yang menempatkan isteri dan mertuanya.

Sebaik sahaja sampai di depan bilik wad mertuanya, kebetulan Amsyar nampak doktor baru sahaja keluar dari wad. Amsyar terus meluru ke arah doktor lelaki tersebut.

"Macam mana keadaan emak dan bapa mertua saya doktor?"

"Awak Encik Amsyar Qairi ke?" Soal doktor itu.

"Ya, saya Amsyar Qairi. Suami kepada Naura Elena." Amsyar memperkenalkan dirinya.

Doktor itu mengangguk ngangguk.

"Maaf Encik Amsyar, bapa mertua awak stabil tapi... Saya minta maaf, emak mertua awak tidak dapat diselamatkan." Kata doctor tersebut dengan wajah yang muram. Dia sudah cuba yang terbaik namun ajal sudah menjemput, tiada apa yang boleh dia lakukan lagi.

Amsyar terpaku. Bagaimana dia mahu beritahu isterinya. Itu saja berlegar legar di fikirannya. Bagaimana Elena mahu menghadapi situasi ini.

"Isteri saya doc?"

"Isteri awak stabil cuma dia mengalami pendarahan yang banyak. Dia masih lemah tapi kalau nak melawat boleh ke wad 103. Tentang emak mertua awak nanti waris diminta datang untuk menguruskan jenazah." Terang doktor itu.

Amsyar mengangguk dan berterima kasih kepada doktor yang bernama fahmi.

Amsyar bergegas ke wad 103 untuk melawat isterinya. Amsyar membuka pintu bilik wad. Dia terpandang Elena yang sedang berbaring sambil matanya merenung ke suatu sudut.

"Elena, awak okay?" Amsyar duduk di sebelah Elena dan memegang tangannya untuk menyalurkan kekuatan.

"Aku okay. Mama and Papa mana? Aku nak jumpa diorang. Dah lama tak jumpa." Mata Elena sudah bergenang dengan air jernih.

"Papa okay. Nanti awak jumpa papa okay." Kata Amsyar dan mencium tangan Elena dengan lembut. Senyum manis ditayang kepada Elena berharap sedikit sebanyak dapat menenangkan hati isterinya itu.

"Mama? Macam mana dengan mama?" Tanya Elena sayu.

"Mama... Awak berehat lah dulu." Amsyar bergerak mahu meninggalkan Elena demi mengelak menjawab soalan itu. Elena masih lemah, dia tidak mahu memaklumkan berita sedih itu lagi.

Elena menggengam erat tangan Amsyar.

"Bagitahu aku! Mama macam mana! Mana mama! Aku nak jumpa mama!" Elena meronta sambil menggoncang lengan Amsyar.

"Mama dah tak ada." Ujar Amsyar perlahan lalu memeluk Elena untuk menyalurkan kekuatan. Itu saja yang dia mampu.

"Kau tipu!! Mama ada lagi kan!!" Elena meronta lagi di dalam pelukan Amsyar.

"Awak kena sabar. Saya ada dengan awak." Amsyar berbisik di telinga Elena.

"Lepaskan aku!! Aku nak jumpa mama!" Elena meloloskan dirnya dari Amsyar dan mencabut wayar di tangannya. Dia tidak menghiraukan sakit dikepalanya. Dia terus berlari keluar dari wad.

"Mama!!" Sebaik sahaja Elena keluar, dia ternampak doktor menyorong seseorang yang sangat dikenalinya apabila kain yang menutupi muka mayat terbuka.

Amsyar menarik Elena yang sudah meronta di tepi stretcher ke dalam pelukannya.

"Lepaskan aku!! Mama!! Bangunlah mama!! Elena nak jumpa mama!! Jangan pergi tinggal Elena!! Elena rindu mama!!" Elena meronta sekuat hati di dalam pelukan Amsyar.

Amsyar memeluk Elena sekuat hati supaya tidak terlepas dari pelukannya. Elena terduduk di tengah tengah laluan wad dek kerana letih meronta.

Amsyar membawanya ke tepi.

Tubuh Elena melorot ke lantai sambil meraung memanggil Puan Naurah. Amsyar masih tidak melepaskan pelukannya. Hatinya sakit melihat Elena begini.

"Amsyar.... Mama dah tinggalkan aku....." Rintih Elena. Dia menyembamkan wajah pada dada Amsyar, esakan dilepaskan untuk kesekian kalinya.

"Saya masih ada untuk awak." Bisik Amsyar perlahan. Kepala Elena diusap penuh kasih. Dia sakit melihat Elena sakit.

Selepas itu, Elena terasa dunianya gelap dan hanya sempat mendengar Amsyar memanggil namanya.

VOTE ✨
COMMENT ✨
FOLLOW ✨

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now