DM 45

10.4K 212 21
                                    

"PAPA, Elena pergi dulu. Papa sure ke tak nak ikut Elena balik Malaysia?" Tanya Elena buat kali terakhir.

Tuan Mikail sudah mengetahui semua cerita dan membenarkan Elena balik ke Malaysia seorang diri untuk menyelesaikan masalah antar mereka. Dia yakin Elena mampu menyelesaikan masalah dengan baik.

"Ye papa okay aje dekat sini. Biar papa handle company. Elena pergilah selesaikan masalah dulu." Ujar Tuan Mikail kepada anaknya itu supaya berhenti risaukan dirinya. Dia dah besar, tahulah dia jaga diri.

Elena menyalami Tuan Mikail lalu melangkah pergi bersama Zara disisi. Berat betul hatinya ingin melangkah pergi dari rumah ini mengetahui dia mungkin tidak akan berjumpa Zara lagi.



























"MAMA kita nak pergi mana ni?" Tanya Zara polos kepada mamanya.

Elena dan Zara telah diambil oleh pemandu peribadi Amsyar untuk dibawa ke Malaysia dan sekarang mereka sudah berada di airport untuk berlepas.

"Kita nak pergi rumah papa." Balas Elena mendatar.

"Rumah papa? Yeay!" Zara bersorak gembira manakala Elena sebak melihat anaknya itu. Dia tak sanggup nak lepaskan Zara pergi nanti. Harap hati Amsyar lembut untuk membenarkan Zara tinggal bersamanya.



























ELENA dan Zara sudah pun sampai di Malaysia. Amsyar pula bertolak ke Malaysia semalam jadi dia sampai terlebih awal. Elena sekali lagi dibawa menaiki kereta oleh pemandu peribadi Amsyar.

"Raf, awak nak bawa kitaorang pergi mana eh?" Tanya Elena kepada driver Amsyar yang amat dikenalinya itu. Raf memang sudah lama bekerja dengan Amsyar, sebelum dia berpisah dengan Amsyar lagi.

"Encik Amsyar suruh bawak Puan dengan Zara pergi kondo dia. Kenapa Puan?" Soal Raf dengan sopan. Dia juga agak bersimpati dengan keadaan Elena.

"Ermm... Awak kan lama kerja dengan dia, awak ada tahu apa apa rancangan Encik Amsyar tak?" Tanya Elena lagi cuba mengorek rahsia.

"Ermm... Puan Nina dengan Encik Amsyar tunggu Puan dekat kondo. Itu je saya tahu." Kata Raf. Dia tidak dibenarkan untuk memberitahu apa apa kepada Elena jadi dia hanya mengikut perintah Amsyar.

Elena hanya mengganggukkan kepalanya. Zara yang sudah tertidur di pangkuannya dipandang penuh kasih.




























ELENA melangkah masuk ke dalam kondo milik Amsyar bersama Zara. Raf segera membawa beg Zara dan Elena masuk ke dalam bilik tetamu seperti yang diarahkan.

Elena terlihat Amsyar, Nina dan seorang lelaki duduk di atas kerusi mengelilingi meja segi empat seperti membincangkan sesuatu. Nina memberi pandangan sinis kepada Elena.

Amsyar berbisik sesuatu kepada Raf lalu Raf menuju ke arah Elena.

"Puan Elena, Encik Amsyar suruh bawa Zara ke bilik." Ujar Raf meminta kebenaran Elena untuk membawa Zara ke bilik.

"Tak apa Raf, biar Zara dengan saya." Elena menghalang kerana takut tidak akan berjumpa dengan Zara lagi.

"Tak boleh Puan, ini arahan daripada Encik Amsyar." Raf terus menarik tangan Zara daripada Elena dan membawanya ke dalam bilik apabila Amsyar mengerlingnya tajam.

Elena tidak dapat berkata apa apa. Langkah Zara dipandang sayu.

Perlahan lahan Elena berjalan ke arah Amsyar dan Nina yang sedang menunggunya bersama seorang lelaki. Kelihatan satu fail tersedia di atas meja.

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now