DM 44

8.9K 183 21
                                    

ELENA membuka matanya perlahan lahan. Pening kepalanya sudah sedikit berkurangan. Elena memicit kepalanya perlahan lahan.

"Elena? Elena awak okay?" Soal seorang lelaki yang berada di sisinya.

Elena melihat gerangan yang menegurnya.

"Rizki, kenapa saya dalam bilik rehat ni?" Tanya Elena kepada Rizki yang duduk di kerusi depannya.

Elena segera bangun daripada katil yang disediakan. Sekeliling dipandang, hanya dia dan Rizki di dalam bilik itu

"Eh, awak okay ke belum ni? Kalau tak okay rehatlah dulu." Rizki segera bangun dari duduknya untuk membantu Elena.

"It's okay Rizki. Saya okay, pening sikit je. Mungkin sebab letih." Ujar Elena sekaligus menolak bantuan yang dihulurkan oleh Rizki.

Rizki segera menghulurkan air suam kepada Elena. Elena menyambut dan meminumnya sedikit.

"Awak pengsan tadi. Elena, saya dapat tahu awak ada anak? Saya tak tahu awak dah kahwin selama ni. Saya tak pernah nampak pulak suami awak." Kata Rizki dengan nada sedikit kecewa. Tak sangka pula gadis yang baru sahaja menjadi idaman dia dah jadi milik orang.

"Rizki, boleh tak kita jangan cakap pasal ni?" Potong Elena sebelum sempat Rizki bertanya kepadanya lagi.

"Okay I'm sorry. Elena boleh tak petang ni kita keluar sama? Bawa anak awak sekali."

"Nak pergi mana?" Tanya Elena pelik.

"Apa kata kita pergi taman? Yelah, awak pun busy kerja mesti tak ada masa nak bawa Zara main main kan? Petang ni awak bawak lah Zara main kat taman." Jawab Rizki sambil tersenyum manis. Ada anak pun ada anak lah. Lagipun dia tak pernah nampak

"Mmm okaylah. Pukul 5:30 saya datang." Ujar Elena sambil melihat jam di pergelangan tangannya.


















"ASSAMUALAIKUM lama ke tunggu? Sorry tadi Zara tidur." Elena meminta maaf kepada Rizki yang sedang duduk di bangku batu seorang diri.

"Waalaikumussalam tak ada lah lama sangat. Meh la duduk sini." Rizki menepuk nepuk bangku batu di sebelahnya.

Elena melabuhkan punggungnya di bangku batu itu.

"Mama, Zara nak main dekat sana boleh?" Soal Zara sambil menunjuk taman permainan yang berdekatan.

"Boleh, tapi jangan main jauh jauh tau. Situ je." Zara terus berlari ke taman permainan sebaik sahaja mendapat kebenaran daripada ibunya.

"Elena saya nak tanya sesuatu boleh?" Soal Rizki memulakan bicara. Langkah kecil Zara diperhati.

"Tanya apa? Soal peribadi ke?"

"Yes soal peribadi, apa hubungan awak dengan Encik Amsyar?" Soal Rizki terus terang tentang soalan yang kerap kali bermain di fikirannya itu.

"Kenapa awak nak tahu?"

"Sebab saya sukakan awak. Saya nak tahu apa hubungan awak dengan Encik Amsyar. Saya nampak mata awak bila pandang dia macam awak sukakan dia." Terang Rizki. Riak wajah Elena yang berubah cuba dibaca.

Rizki cuba mengambil langkah berani dengan cubaan meraih tangan Elena namun hampa kerana Elena pantas menarik tangannya.

"Rizki saya tak selesa. Saya anggap awak macam kawan saya tak lebih daripada itu. Saya minta maaf kalau selama ini awak nampak macam saya bagi harapan pada awak tapi awak silap. Saya minta maaf Rizki." Elena terus bangun dan memanggil Zara untuk balik ke rumah daripada keadaan menjadi semakin tidak terkawal.

"Zara! Zara!" Elena mula cemas apabila kelibat Zara tidak kelihatan di mana mana. Taman permainan itu kelihatan kosong.

"Kenapa Elena?" Sampuk Rizki apabila melihat Elena yang tidak tentu arah.

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now