DM 4

5.8K 162 6
                                    

ELENA memarkirkan kereta Puan Naurah di garaj lalu masuk ke dalam rumah. Jam sudah pun menunjukkan pukul 12 tengah malam.

Rumahnya sangat sunyi. Mungkin mama dengan papa dah tidur kut. Selangkah kaki Elena mencecah tangga pertama, Tuan Mikail iaitu papa Elena memanggilnya. Terkejut Elena dibuatnya. Kenapa papa duduk dalam gelap?

"Ye ada apa pa?"

Tuan Mikail mengajak Elena duduk di sofa di ruang tamu.

"Papa, kenapa ni?" Tanya Elena kerana melihat muka kusut papa.

"Elena boleh tolong papa kan?"

"Ye papa, Elena akan usahakan sebaik mungkin."  Elena menghulurkan senyum manis untuk melegakan hati papanya itu.

Tuan Mikail melepaskan nafas berat.

"Sebenarnya, syarikat papa ada masalah kewangan. Papa ada hutang dengan syarikat lain dan sekarang diorang minta duit hutang tu dalam masa 3 bulan. Papa tak ada banyak masa untuk bayar duit tu. Kalau tidak papa terpaksa jual semua saham yang papa ada dan syarikat papa akan muflis." Terang Tuan Mikail panjang lebar.

Elena mengeluh perlahan. Berat betul masalah papanya ini.

"Berapa papa berhutang?" Tanya Elena perlahan.

"Mmmm... 5 juta."

Terkejut Elena mendengar jumlah yang begitu banyak itu. Papa dia buat apa sampai hutang berjuta ringgit?

"Mmm... Kalau setakat ratus ribu ke boleh lah Elena bayar. Tapi 5 juta tu banyak sangat papa." Elena menggaru garu kepalanya yang tidak gatal. Habis duit simpanan dia nanti.

"Elena please tolong papa. Papa tak ada orang lain dah nak tolong papa sekarang ni. Papa merayu dengan Elena." Ujar Tuan Mikail sambil melutut dihapan Elena. Dia terpaksa meminta tolong anaknya yang seorang itu.

"Papa bangunlah. Jangan macam ni." Kata Elena sambil menarik tangan papanya untuk duduk di sebelahnya semula.

"Okay macam ni, Elena akan cuba sedaya upaya untuk tolong papa okay?" Elena memberikan senyuman tawar.

"Papa ada cadangan macam mana nak bayar hutang ni. Tapi Elena kena setuju apa pun yang papa buat."

"Elena setuju apa saja. Asalkan papa dengan mama gembira." Ujar Elena. Dia betul betul tidak kisah asalkan dia dapat selesaikan masalah ini.

"Terima kasih Elena. Kalau macam itu, esok Elena ikut papa pergi jumpa seseorang. Elena tak ada kerja kan esok?" Tanya Tuan Mikail.

"Ermm... Ingat nak tengok office esok tapi tak apalah, Elena ikut papa. Tapi siapa yang papa nak Elena jumpa tu?" Tanya Elena hairan.

"Adalah, dah sekarang ni Elena pergi mandi and tidur. Elena penat kan?" Tuan Mikail mengusap perlahan kepala Elena. Dia sangat terhutang budi dengan anaknya itu.

Elena menganggukkan kepala lalu memberikan senyuman kepada Tuan Mikail.

"Elena naik dulu papa." Kata Elena lalu menaiki tangga menuju ke biliknya.
















"ELENA! Bangun! Siap cepat!" Laung Puan Naurah dari luar bilik Elena. Dia terpaksa kuatkan suaranya kerana pintu bilik Elena yang tertutup.

"Okay mama." Jawab Elena dengan suara yang lemah. Badannya terasa agak lesu hari ini. Mungkin penat.

Elena bangun perlahan lahan lalu menuju ke bilik air. Selepas mandi, Elena memilih pakaiannya untuk hari itu seperti biasa.

"Elena dah siap!" Laung Elena sambil menuruni anak tangga.

"Elena nak pergi pakai macam ni?" Tanya Puan Naurah.

"Haah, kenapa mama?" Soal Elena sambil memerhatikan penampilan dirinya dari atas ke bawah. Tak ada apa yang salah dengan penampilan dirinya pada pandangan mata Elena.

"Eh! Tak boleh tak boleh. Pergi tukar sekarang. Pakai baju kurung mama beli banyak untuk Elena tapi tak pernah pakai pun." Bebel Puan Naurah.

"Kalau tak nak pakai baju kurung, pakai baju sopan sikit." Tambah Puan Naurah. Tahu sangat anaknya sorang itu tak gemar memakai baju kurung.

"Alaa... Mama okay lah ni. Baju ni tak ada seksi macam Elena pakai sebelum ni nak ubah apa lagi." Rungut Elena. Dah cantik dah dia pakai baju ni. Penat dia cari tadi.

"Pergi tukar sekarang mama cakap." Arah Puan Naurah dengan tegas.

"Ish mama ni! Yelah yelah!" Bentak Elena lalu menaiki tangga untuk segera ke biliknya semula.

"Ish mama ni! Yelah yelah!" Bentak Elena lalu menaiki tangga untuk segera ke biliknya semula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Haaa.... Kan comel kalau macam ni. Ni tak asyik nak vouge je." Bebel Puan Naurah.

"Alaaa... anak mama ni kan model, actress dan business woman yang berjaya mestilah kena vouge selalu." Elena memuncungkan bibirnya tanda merajuk.

"Haih.. Yelah tu. Dah jom, papa dah tunggu dalam kereta tu." Puan Naurah menarik tangan Elena lalu memasuki kereta. Lagi lama kejap lagi Elena minta tukar baju pula.














KERETA mewah keluarga Elena memasuki perkarangan rumah kampung Amsyar.

Puan Maria memandang pelik kepada kereta mewah itu yang memasuki perkarangan rumahnya itu. Rasanya dia tiada kenalan rapat yang akan bawa kereta mewah ke rumahnya buat masa ini.

Amsyar pun menuruni tangga kayu lalu mendekati kereta keluarga Elena. Hairan juga dia dengan kehadiran kereta mewah itu di rumahnya.

"Mama! Kita dekat mana ni? Ish! Elena tak sukalah. Rumah buruk siapa pulak ni?" Rungut Elena. Kepalanya terjenguk jenguk memerhati rumah kayu yang usang itu. Macam nak roboh je dia tengok.

"Elena! Watch your mouth!" Puan Naurah memberi amaran. Elena terdiam. Takut juga dia bila mama dah tinggikan suara.

Sebaik sahaja turun dari kereta, Elena terkejut bukan kepalang kerana Amsyar sedang berdiri di depannya.

"Kau?!"

"Eh?! Apa awak buat dekat rumah saya ni?"

"Hah?! Ni rumah kau?! Euw..."  Elena membuat muka jijik.

Amsyar hanya berdiam diri. Dia memandang Elena atas hingga bawah.

"Kau pandang pandang apa?!"

"Awak nampak cantik pakai macam ni." Kata Amsyar jujur. Baru lah terserlah sisi comel Elena bila pakai dress macam tu. Selalunya dress ketat sahaja yang tersarung di tubuh Elena.

Elena tidak mengendahkan Amsyar lalu menuju ke arah Puan Naurah. Dia sempat melibas rambutnya di depan Amsyar.

"Eh jemputlah masuk dulu."  Puan Maria memanggil Puan Naurah,Tuan Mikail dan Elena memasuki rumah.

VOTE✨
COMMENT ✨
FOLLOW ✨

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now