DM 47

10.1K 187 9
                                    

AMSYAR melangkah masuk ke dalam kondo itu secara senyap kerana jam sudah pun menunjukkan pukul 12 malam. Dia sangka Elena dan Zara sudah pun tidur namun sangkaannya meleset apabila dia terlihat Elena sedang duduk di sofa yang disediakan di balkoni sambil memerhati kegelapan malam. Entah apa yang berada di fikiran wanita itu hingga tak perasan kehadirannya.

Amsyar meletakkan briefcasenya di atas meja sebelum menuju ke arah Elena. Tubuh Elena dipeluk perlahan dari belakang. Elena tersentak menerima pelukan tersebut. Terkejut dia ingatkan siapa tadi, lupa pula dia sekarang sudah tinggal bersama Amsyar.

Elena segera meleraikan pelukan tersebut.

"Pergi lah mandi dulu. Dah malam ni." Ujar Elena mendatar. Amsyar tidak dapat mengesan emosi Elena disebalik kata kata itu.

"Okay, Elena tunggu abang tau." Amsyar memberi kucupan pada pipi isterinya sebelum beredar ke bilik mereka.

Elena memegang pipinya perlahan. Dia sangat rindukan semua ini namun dia perlukan masa. Masalah utama sekarang adalah penerimaan ibu mertuanya. Walaupun dia dah lama tak jumpa Puan Maria tapi dia yakin ibu mertuanya itu masih tidak gemar akan dirinya.

Selepas beberapa minit berlalu, Elena terdengar tapak kaki Amsyar menghampirinya.

"Hot chocolate for you." Amsyar meletakkan satu mug hot chocolate yang dibuatnya di atas meja kecil berhadapan sofa empuk yang di duduki oleh Elena.

Amsyar melabuhkan duduk di sebelah Elena. Elena pula hanya mendiamkan diri memerhati kepekatan malam.

"Kenapa Elena tak tidur lagi? Tunggu abang ke?" Soal Amsyar lembut. Wajah Elena disisi ditatap penuh kasih.

"Mak tak duduk sini ke?" Soal Elena kembali tanpa menjawab soalan yang diutarakan oleh Amsyar.

Amsyar mengerutkan keningnya dengan soalan Elena.

"Tak, mak duduk rumah lama kita. Kenapa Elena tanya pasal mak?"

Elena menggelengkan kepalanya tanda tiada apa spa.

"Jangan tipu abang, abang tahu ada something yang Elena fikir. Apa tu? Bagitau abang." Amsyar mengenggam lembut tangan isterinya. Elena menarik tangannya dari genggaman Amsyar.

"How are you going to pretend nothing happened between us? Saya sakit Amsyar. Saya terluka dengan semua kata kata awak. Bukan mudah untuk saya lupakan macam tu je semua kata kata awak selama ni dekat saya. Jangan buat saya macam robot yang boleh bertukar mood sesuka hati." Ujar Elena meluahkan perasaannya. Air mata yang ingin mengalir ditahan.

Amsyar terpempan. Ya dia lupa semua itu. Dia ingat hanya dengan pemohonan maaf boleh merawat luka di hati Elena. Dia silap.

"Sayang, abang langsung tak niat semua kata kata abang pada Elena sebelum ni. Semua perkara yang abang buat cuma disebabkan oleh nak buat Elena rasa apa yang abang rasa bila Elena tinggalkan abang tapi abang tak tahu cerita sebenar. Maafkan abang sebab bodoh percayakan Nina. Sumpah hati abang tak tenang bila abang buat Elena macam tu tapi abang ikutkan ego abang. Abang ikutkan perasaan dendam abang sampai Elena terluka. Maafkan abang." Elena terdiam mendengar kata kata Amsyar. Memang dia tak dapat menyalahkan Amsyar kerana jika dia berada di tempat Amsyar, dia akan lakukan perkara yang sama.

"Elena perlukan masa untuk rawat hati ni. Maafkan Elena sebab tak berterus terang selama ni and sanggup tinggal abang selama 4 tahun. Ketahuilah Elena pun terseksa dengan perpisahan itu. Tapi Elena tak ada pilihan, nyawa abang segala galanya buat Elena. Allah je tahu betapa seksanya setiap hari Elena jalani tanpa abang. Elena rindu abang sangat sangat. Sampai ke saat melahirkan pun Elena masih berharap abang ada disisi Elena tapi apakan daya, Elena kena berdamai dengan takdir. Tapi takdir allah tu indah, dia pertemukan kita 4 tahun selepas itu dan kebenaran terbongkar." Amsyar menarik Elena ke dalam pelukan, ubun ubun isterinya dicium. Dia sangat rindukan Elena.

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now