DM 40

9.1K 177 10
                                    

PADA petang itu, Daniel dan Elena duduk berdua di taman permainan berdekatan kondo mereka. Daniel yang mengajak Elena keluar dek kerana bosan di hari cuti.

"So, dah puas hati awak?" Soal Elena kepada Daniel yang menatapnya sedari tadi.

"Puas hati? Apa maksud awak?" Soal Daniel kembali tidak faham.

"Yelah, saya dah ikut awak keluar ni."

"Hehe... Saya bosan sebab tu saya ajak awak." Balas Daniel sambil terus menerus menatap wajah Elena.

"Awak ni boleh tak jangan tengok saya macam tu, tak selesa lah." Kata Elena apabila perasan Daniel asyik merenungnya sedari tadi.

"Awak cantik sangat. Sebab tu saya tak berhenti tengok awak. Saya nak tanya something boleh?"

"Tanya apa?"

"Ermm... Kenapa Encik Amsyar tu asyik ikut awak je. Kat mana awak ada kat situ dia ada. Tengok tu. Dia asyik tengok tengok kita daripada tadi." Ujar Daniel sambil menunjuk ke arah belakang Elena.

Elena terus menoleh ke belakang dan ternampak Amsyar yang sedang memerhati mereka dari jauh

Elena mengeluh perlahan. Buat hal betul Amsyar ni.

"Daniel awak tunggu kejap boleh?" Pinta Elena. Dia ada hal yang perlu diselesaikan dengan Amsyar.

"Awak nak pergi mana?"

"Saya nak jumpa Encik Amsyar kejap."

"Okay, hati hati. Jangan sampai dia sakitkan awak lagi." Pesan Daniel. Dia pelik dan ingin tahu apakah hubungan Elena dan Amsyar yang sebenarnya. Tak mungkin tak ada apa apa. Dia yakin Elena dan Amsyar mempunyai sejarah bersama yang tidak dia ketahui.

"Awak jangan risaulah Daniel. Dia tak akan apa apa kan saya." Ujar Elena lalu berjalan ke arah Amsyar.

Sebaik sahaja Elena sampai di tempat Amsyar berdiri, Amsyar terus menarik tangan Elena ke suatu tempat.

"Apa ni! Lepaslah abang! Nanti Daniel nampak." Ujar Elena lalu menepis tangan Amsyar. Risau kalau kalau Daniel ternampak, kecoh lagi jadinya nanti.

"Oh sekarang ni dah kisah pasal orang lain pula? Apa masalah Elena eh? Kenapa benci sangat dengan abang? Apa yang abang dah buat? Yang patut benci sekarang ni ialah abang bukan Elena." Ujar Amsyar. Dia masih tidak berpuas hati dengan sikap endah tak endah Elena kepadanya. Sepatutnya dia yang bersikap seperti ini bukan Elena.

"Abang nak apa sebenarnya? Abang ni tak habis habis salahkan Elena. Abang nak apa lagi?" Soal Elena. Dia sudah mula bosan dengan topik ini. Dia tidak faham apa lagi yang dimahukan oleh Amsyar daripada dirinya.

"Okay, abang tak salahkan Elena, abang puji Elena okay? Abang rasa...." Amsyar berjeda seketika mencari ayat.

"Abang tak tahu nak puji awak apa." Amsyar tergelak kecil selepas kata katanya yang membuat Elena panas hati. Seolah olah tiada satu pun yang baik daripada diri Elena untuk dipuji.

"Ikutkan sebenarnya awak ni tak ada apa pun. Kosong. Kalau nak dibandingkan dengan Nina tu, dia jauh lebih baik dari awak. Tapi mungkin lah ada benda benda yang buatkan abang tertarik pada awak termasuk lah jantan jantan lain kat dalam dunia ni. Mungkin kelembutan wajah awak, senyuman awak, wajah yang lembut tapi sayang wajah yang lembut tak bermakna hati yang lembut." Sambung Amsyar panjang lebar lalu berjalan meninggalkan Elena sendirian di situ. Dia memang tak akan puas hati untuk buat Elena sakit hati selagi wanita itu tidak memberitahu sebab dia meninggalkan Amsyar.

Elena terpaku di situ. Dia bagaikan hilang kata kata mendengar apa yang Amsyar perkatakan. Betul ke dia tiada apa apa jika nak dibandingkan dengan Nina? Sebab itukah Amsyar lebih memilih Nina dari dirinya.

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now