DM 6

5.8K 134 0
                                    

"MAMA tengok ni. Habis lengan dengan kaki Elena kena gigit nyamuk." Adu Elena sebaik sahaja bangun tidur pada pagi itu. Habis merah merah kulit putihnya apabila digigit oleh nyamuk.

"Tidur kampung biasalah." Sampuk Puan Maria.

"Aunty, Naura ni tak biasalah benda benda ni semua." Elena memuncungkan mulutnya tanda protes.

"Kalau tak selesa, pergi balik rumah Naura yang mewah tu. Sini kampung je." Perli Puan Maria.

Puan Maria dan Amsyar sudah terbiasa dari dulu memanggil Elena dengan panggilan Naura.

"Memang nak balik pun, tapi mama lah sibuk nak stay sini sampai terpaksa tangguhkan meeting."

"Sudah sudah, mari makan dulu." Ajak Puan Naurah untuk meredakan pergaduhan itu.

Selepas makan, mereka semua bersantai di ruang tamu sementara Elena akan bertolak pulang.

"Eh, drama ni awak berlakon kan?" Tanya Amsyar sambil menunjuk ke skrin televisyen.

"Tukarlah channel lain." Kata Elena apabila terpampang mukanya yang sedang melakonkan babak romantik bersama pelakon lelaki.

Puan Naurah dan Tuan Mikail hanya mendiamkan diri. Kenal sangat dengan Elena. Dia tidak suka dirinya ditonton oleh ahli keluarga mahupun teman rapat.

Puan Maria pula kusyuk merenung skrin televisyen. Dia memang setiap hari akan tengok drama itu. Tidak sangka pula yang berlakon itu anak saudara tirinya sendiri.

"Awak tv saya ni mana ada astro nak tukar tukar." Balas Amsyar pula.

Elena terdiam. Lupa pula rumah kampung.

"Kau bawak aku keluarlah! Aku bosan tau tak duduk dalam rumah ni." Rungut Elena.

"Haaa.. kamu pergilah jalan jalan kampung dengan Amsyar tu." Ujar Tuan Mikail penuh makna.

"Jap, aku nak tukar baju." Kata Elena.

"Okay dah tu." Tegur Puan Naurah

"Mana okay macam ni. Tunggu kejap eh?" Elena terus berlari masuk ke dalam bilik lalu menukar bajunya.

 Tunggu kejap eh?" Elena terus berlari masuk ke dalam bilik lalu menukar bajunya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Okay jom!" Kata Elena lalu menuruni anak tangga.

"Awak nak pakai macam ni?" Soal Amsyar. Penampilan Elena dipandang atas bawah.

"Ye lah, kenapa?" Soal Elena. Keningnya terangkat sambil menilik penampilannya. Cantik je.

"Nanti orang kampung usha awak tak apa ke?" Soal Amsyar lagi.

"Aku dah biasa kena usha dengan berpuluh puluh kamera, setakat orang kampung tak kisah lah." Ujar Elena sambil berjalan mendahului Amsyar.

Puan Naurah hanya menggeleng. Nak buat macam mana, itu memang hobi Elena dari kecil. Main tukar tukar baju, asyik nak baju baru je sampailah ke besar.













©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now