DM 8

4.6K 127 0
                                    

SEMINGGU berlalu dengan sangat cepat. Elena menjalankan aktiviti hariannya seperti biasa iaitu shooting, event dan photoshoot.

Hari ini seperti yang dijanjikan Amsyar dan Puan Maria akan datang melawat rumah Elena.

"Assalamualaikum!" Laung Puan Maria dari luar pagar rumah banglo tiga tingkat itu.

"Tit!" Pagar yang besar gedabak berwarna putih bersih itu terbuka dengan sendiri.

Amsyar dan Puan Maria berjalan masuk ke dalam rumah setelah dijemput oleh Puan Naurah.

"Masuklah! Buat macam rumah sendiri ye. Tidur sini kan?" Sambut Puan Naurah mesra.

"Tak kut. Kami kena balik kejap lagi." Jawab Puan Maria. Jam tangan dikerling sekilas.

Mata Amsyar meliar sekeliling rumah banglo itu untuk mencari Elena.

"Amsyar cari siapa? Elena ke? Dia dekat atas. Rasanya dia tengah bersiap nak pergi gym." Kata Puan Naurah apabila Amsyar tidak fokus pada perbualannya dan Puan Maria.

"Ouh." Amsyar mengangguk.

"Tidurlah sini ye." Pujuk Puan Naurah.

"Mmm... Kalau dah cakap macam tu kami okah aja rasanya. Kan Amsyar?" Soal Puan Maria. Dia okay je cuma dia risau kalau kalau Amsyar ada kerja.

"Eh Amsyar okay je." Balas Amsyar. Boleh lah dia luangkan masa bersama Elena.

"Kejap eh, saya hidangkan makanan. Duduklah dulu." Kata Puan Naurah lalu menuju ke dapur.

Rumah Elena memang tidak menggunakan khidmat bibik kerana bak kata Puan Naurah.. 'belajar berdikari jangan asyik harapkan orang'.

Sedang Puan Naurah, Puan Maria dan Amsyar duduk dan berbual bual kosong, Elena turun dari tangga dengan pakaian yang menampakkan perutnya.

Elena memandang sekilas Puan Maria yang sedang berbual dengan mamanya namun dia buat buat tak nampak lalu menonong menuju ke arah pintu utama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Elena memandang sekilas Puan Maria yang sedang berbual dengan mamanya namun dia buat buat tak nampak lalu menonong menuju ke arah pintu utama.

"Elena hormat sikit aunty Maria ni." Tegur Puan Naurah kepada anak daranya itu.

Terbejat terus langkah Elena dibuatnya.

"Sorry... Err aunty baru sampai ke?" Soal Elena dari jauh.

"Ye, baru je sampai." Puan Maria mengelengkan kepalanya sedikit apabila melihat pakaian Elena.

Amsyar hanya menundukkan pandangannya. Walaupun dia sudah terbiasa dengan cara pemakaian Elena, dia masih tidak boleh memandang gadis itu seperti biasa. Mata dia ni bukan boleh dikawal sangat, nak je merayap ke tempat lain.

"Okaylah, Elena pergi dulu tau! Bye! Love ya'll!" Elena lantas bergerak pergi meninggalkan mereka semua.

















JAM sudah menunjukkan pukul 7:00 petang. Elena baru sahaja memarkirkan keretanya di garaj. 3 jam juga dia berada di gym tadi.

Elena mengelap peluhnya yang banyak akibat keletihan. Elena terus menuju ke biliknya dan mengerjakan solat maghrib tanpa bertangguh.

Selepas itu dia mengenakan hoodie berwarna putih dan seluar slack bewarna hitam. Simple dan sangat selesa.

Elena berjalan lenggang lenggok menuju ke ruang tamu yang kelihatan penuh dari jauh.

"Hye! Apasal semua berkumpul ni? Ada benda penting ke?" Tanya Elena sambil melabuhkan punggung di sebelah Tuan Mikail.

"Papa ada dua berita yang nak diberitahu pada kamu. Amsyar pun dah bersetuju, papa harap kamu pun setuju." Ujar Tuan Mikail sebagai pembuka bicara.

Elena sudah terasa tidak sedap hati. Apa pulak ni?

"Apa papa?" Tanya Elena tidak sabar untuk mengetahui berita yang ingin disampaikan.

"Satu, Amsyar dah setuju nak ambil harta tu and semuanya telah diuruskan oleh PA papa. Lagi dua minggu mungkin akan selesai semuanya. Amsyar dah boleh tentukan apa yang Amsyar nak buat pada harta tu." Ujar Tuan Mikail dengan senang hati.

Elena menganggukkan kepala nya beberapa kali. Dah selesai lah masalah papa kan?

"Lagi satu?" Tanya Elena.

"Ermm.. papa dengan mama dan aunty Maria dah bersetuju nak kahwinkan kamu dengan Amsyar bulan depan." Ujar Tuan Mikail sekali nafas.

Elena terkaku. Apakah? Dia tak mimpi kan?

Pipinya ditampar perlahan. Sakit. Ditampar lagi buat kali kedua. Tetap sakit. Maksudnya dia tak bermimpi.

Semua terpinga pinga melihat Elena yang menampar diri sendiri. Dah hilang akal ke budak sorang ni? Suruh kahwin je pun.

"What?! Kahwin dengan lelaki kampung ni?! Are you joking me?!" Elena terus bangun dari duduknya lalu memandang Tuan Mikail tidak puas hati. Ini dia tak boleh terima.

Tuan Mikail menarik tangan Elena supaya duduk kembali.

"Elena dah janji nak tolong papa kan?" Bisik Tuan Mikail.

"Tak ada cara lain ke pa? Elena tak nak lah." Elena mengeluh perlahan lalu mengurut dahinya. Pening terus kepalanya.

"Ini je caranya. Please Elena.. tolong papa..." Tuan Mikail menggenggam era tangan Elena.

"Bukan ke dia dah ada calon isteri?" Soal Elena pula.

"Mana ada! Saya okay je." Elena menjeling Amsyar tajam.

Elena mengeluh berat lalu mengangguk perlahan. Tak ada cara lain nak tolong papa melainkan ini sahaja.

"Elena setuju nak kahwin dengan Amsyar." Kata Elena sambil memandang Amsyar yang turut mendongakkan kepala melihat nya.

"Alhamdulillah.... Kalau macam tu, percepatkan je lah majlis kahwin ni." Sampuk Puan Naurah dengan teruja.

"Bulan depan boleh?" Tanya Tuan Mikail kepada semua orang.

Elena hanya diam. Amsyar mengangguk bagi pihak Elena.

"Esok Elena ada kerja tak?" Tanya Tuan Mikail.

"Ada meeting yang tertangguh haritu dengan photoshoot malam, pukul 9." Balas Elena lemah.

"Mmm.. kalau macam tu, esok pagi sebelum or selepas meeting Amsyar dengan Elena keluar pergi cari cincin and baju kahwin okay? Barang hantaran kita buat minggu depan." Cadang Tuan Mikail. Semuanya sudah terancang di dalam kepala otaknya.

Puan Naurah dan Puan Maria mengangguk setuju. Elena pula terasa dunianya kelam. Wajah Amsyar dipandang. Nampak gembira saja lelaki itu.

VOTE ✨
COMMENT ✨
FOLLOW ✨

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now