DM 27

4.9K 120 2
                                    

AMSYAR terpisat pisat membuka matanya apabila jam di telefon berdering nyaring. Dia memandang ke sebelah. Terlihat isterinya sedang nyenyak tidur berbantalkan lengan Amsyar.

Amsyar tersenyum sebaik sahaja mengingati saat saat indah mereka semalam. Semoga hubungan mereka sentiasa terjaga hingga ke akhirnya.

Amsyar merapatkan lagi kedudukan mereka  lalu memeluk Elena dengan erat serta mencium bibirnya lembut.

Elena terjaga dek kerana ciuman itu.

Elena menggosok matanya dan membuka matanya luas luas apabila Amsyar berada betul betul di depan matanya.

"Apa kau buat dekat bilik aku?" Soal Elena hairan. Panggilan nya pun susah tertukar.

Amsyar tergelak kecil.

Cepat betul hilang ingatan bini aku ni.

"Tak ingat ke semalam? Abang dah memiliki sayang sepenuhnya." Bisik Amsyar perlahan ke telinga Elena.

Apabila teringat kejadian semalam terus memerah muka Elena menahan malu. Elena terus menarik selimut menyelubungi mukanya. Lupa pula dia dan Amsyar sudah berbaik.

Amsyar tergelak kecil.

"Hey! Bukak la selimut tu, abang tak habis tenung lagi muka bini abang yang cantik ni." Ujar Amsyar lalu menarik selimut yang menutupi wajah Elena.

Elena hanya diam tidak berkutik.

"Alolololo malu malu pula dia. Semalam bukan main ek terkam abang." Usik Amsyar apabila melihat muka Elena yang memerah.

"Diam lah abang, sayang nak mandi." Ujar Elena. Apa lah Amsyar ni boleh pula ungkit kisah semalam.

"Pergilah." Kata Amsyar sambil mengeratkan lagi pelukannya. Seronok betul dia usik Elena.

Elena mengeluh. Macam mana dia nak pergi kalau Amsyar memeluk dirinya dengan kemas.

"Lepaslah. Macam mana nak pergi?"

"Kiss dulu." Pinta Amsyar sambil memuncungkan mulutnya.

Elena mencium bibir Amsyar dengan lembut dan memberikannya senyuman manis.

"Dah, lepaslah." Ujar Elena. Pipi nya yang kemerah merahan cuba disembunyikan. Dia masih malu dan kekok berada dengan Amsyar tapi dia bahagia.

Amsyar tersenyum sumbing lalu merenggangkan pelukannya. Elena mencapai tuala lalu terus berlalu ke dalam bilik air.




























"SAYANG, apa kata kita pergi honeymoon?" Cadang Amsyar semasa mereka sedang breakfast bersama.

"Ermmm tak pelik ke?" Elena menjongketkan keningnya.

"Kenapa nak pelik pula?"

"Ye la..." Belum sempat habis Elena berkata bunyi dari telefon Elena menandakan ada mesej yang masuk.

Elena segera menghentikan suapannya. Dia terus melihat siapa yang menghantar mesej kepadanya.

Unknown

Malam ni, pukul 9 malam kau datang ke jalan lama. Kalau kau tak datang, kau akan menyesal dan jangan nak bawa siapa siapa pun.

Dahi Elena berkerut sebaik sahaja membaca mesej tersebut. Dia cepat cepat menutup telefonnya dan menyambung suapannya yang terhenti.

"Siapa sayang?" Soal Amsyar apabila melihat air muka isterinya berubah.

"Err.. manager." Ujar Elena. Senyuman nipis dihadiahkan pada Amsyar.

"Oh so yang tadi tu? Belum habis cakap lagi kan? Apa yang pelik?"

"Yelah.... Kita dah lama kahwin, takkan sekarang baru nak pergi honeymoon."

"Alaaaa.. Apa nak kisah. Bukan masalah besar pun. "

"Okay whatever you want abang. Sayang dah nak kena pergi ni. Ada meeting dekat office. Abang kerja elok elok tau. Take care." Ujar Elena. Tangan Amsyar dicium sekilas. Amsyar pula mencium dahi Elena.

"Sayang pun sama. Take care. Drive safe."






















JAM menunjukkan pukul 8:45 malam. Elena masih membuat kira kira sama ada mahu pergi berjumpa orang yang misteri itu ataupun terus balik rumah.

Setelah 5 minit berfikir, Elena membuat keputusan menghantar mesej kepada Amsyar memberitahunya dia pergi ke jalan lama atas urusan kerja. At least, Amsyar tahu akan keberadaan nya jika ada perkara buruk berlaku.

Elena terus memandu menuju ke jalan lama dengan hati yang tidak enak.

Sebaik sahaja sampai di jalan lama, Elena memarkir kereta di hujung jalan dan berjalan menuju ke lorong yang agak gelap tanpa sebarang cahaya.

Terdapat sebuah rumah yang agak usang di lorong itu. Lorong itu memang sudah lama tidak digunakan dan terbiar. Hanya cahaya bulan sahaja yang menyinari rumah tersebut.

"Lorong ni orang dah tak pakai, buat apa la orang tu nak jumpa aku kat sini." Bisik hati Elena. Hatinya makin lama makin tak sedap dan menyuruh nya untuk segera berpatah balik.

Elena menapak perlahan lahan ke rumah usang itu. Tingkap pun pecah pecah. Meremang pula Elena berseorangan di situ.

Sebaik sahaja sampai di depan pintu rumah, rasa gentar Elena mula bercambah.

"Betul ke apa yang aku buat ni?" Kata hati Elena.

Elena membuat keputusan untuk berpatah balik. Setapak Elena berpaling ke belakang. Seseorang terus menutup mulut Elena dengan kain yang mengandungi klorofom dan menarik Elena masuk ke dalam rumah usang tersebut.

Elena meronta ronta minta dilepaskan namun suaranya tidak kedengaran akibat ditekup oleh kain.

Elena jatuh pengsan ke pangkuan lelaki misteri itu setelah menghidu klorofom yang diletakkan.

Lelaki misteri itu tersenyum sinis lalu membawa Elena ke dalam suatu bilik yang kelihatan seakan akan bilik tidur yang juga usang.

VOTE ✨
COMMENT ✨
FOLLOW ✨

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now